{"id":17141,"date":"2022-02-23T18:30:04","date_gmt":"2022-02-23T10:30:04","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=17141"},"modified":"2022-04-12T11:51:53","modified_gmt":"2022-04-12T03:51:53","slug":"tempat-tempat-menarik-di-taiping","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/tempat-tempat-menarik-di-taiping\/","title":{"rendered":"Jom Melawat Tempat-Tempat Menarik di Taiping Bandar Warisan"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Taiping adalah bandar kedua terbesar di Perak selepas bandar Ipoh. Kalau anda rasa terdetik untuk melawat bandar warisan ini, memang berbaloi kerana terdapat banyak tempat menarik di Taiping.<\/p>\n<p>Kalau anda nak tahu, bandar Taiping merupakan bandar yang melalui paling banyak cuaca hujan di Semenanjung Malaysia.<\/p>\n<p>Purata hujan tahunan bagi Semenanjung Malaysia adalah dalam 2,000mm hingga 2,500mm, tetapi di Taiping, purata tahunan hujannya adalah kira-kira 4,000mm!<\/p>\n<p>Ini telah membawa kepada koleksi flora yang subur termasuklah pokok hujan yang sudah berusia beratus tahun di Taman Tasik Taiping.<\/p>\n<p>Jom tengok beberapa tempat menarik di Taiping yang anda boleh lawati.<\/p>\n<h2>20 Tempat Menarik di Taiping Untuk Dikunjungi<\/h2>\n<h3>1. Stesen Keretapi Taiping<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17160\" aria-describedby=\"caption-attachment-17160\" style=\"width: 565px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17160\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124000\/stesen-keretapi-taiping-300x225.jpg\" alt=\"Stesen Keretapi Taiping\" width=\"565\" height=\"424\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124000\/stesen-keretapi-taiping-300x225.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124000\/stesen-keretapi-taiping-768x576.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124000\/stesen-keretapi-taiping-500x375.jpg 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124000\/stesen-keretapi-taiping-370x278.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124000\/stesen-keretapi-taiping-570x428.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124000\/stesen-keretapi-taiping-770x578.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124000\/stesen-keretapi-taiping-773x580.jpg 773w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124000\/stesen-keretapi-taiping.jpg 800w\" sizes=\"(max-width: 565px) 100vw, 565px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17160\" class=\"wp-caption-text\">Sumper: Mapio.net<\/figcaption><\/figure>\n<p>Sebut sahaja Taiping, mesti ramai yang akan merujuk kepada Stesen Keretapi Taiping kerana ramai yang telah mengunjunginya. Sebab apa? Kalau anda belum tahu, Stesen Keretapi Taiping merupakan stesen keretapi yang pertama di Tanah Melayu!<\/p>\n<p>Dirasmikan pada tahun 1885 oleh Residen British Perak yang pertama, landasan keretapi ini menghubungkan Taiping ke Port\u00a0Weld atau Kuala Sepetang untuk mengangkut bijih timah.<\/p>\n<p>Kini walaupun stesen ini tidak lagi digunakan dan landasannya telah dibuang pada tahun 1980-an, stesennya masih dikekalkan supaya generasi sekarang dan pada masa hadapan dapat melihat\u00a0keadaan stesen keretapi yang telah beroperasi lebih daripada 100 tahun ini.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Stesen Keretapi Taiping, 34000 Taiping<\/p>\n<h3>2. Taman Tasik Taiping<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17161\" aria-describedby=\"caption-attachment-17161\" style=\"width: 598px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17161\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124821\/taman-tasik-taiping-300x150.jpg\" alt=\"Taman Tasik Taiping\" width=\"598\" height=\"299\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124821\/taman-tasik-taiping-300x150.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124821\/taman-tasik-taiping-768x384.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124821\/taman-tasik-taiping-370x185.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124821\/taman-tasik-taiping-570x285.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124821\/taman-tasik-taiping-770x385.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15124821\/taman-tasik-taiping.jpg 940w\" sizes=\"(max-width: 598px) 100vw, 598px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17161\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Orang Perak<\/figcaption><\/figure>\n<p>Satu lagi tarikan yang merupakan &#8216;perkara pertama di Malaysia&#8217; ialah Taman Tasik Taiping, iaitu taman awam yang pertama di Malaysia.<\/p>\n<p>Dibuka pada tahun 1880, pada asalnya taman tasik ini merupakan kawasan perlombongan bijih timah ketika zaman penjajahan British.<\/p>\n<p>Di sini bukan sahaja terdapat sebuah tasik, malah terdapat 10 buah tasik dengan pohon-pohon angsana yang mengelilinginya!<\/p>\n<p>Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini seperti laluan <em>rollerskate<\/em>, trek untuk <em>jogging<\/em>, ruang refleksologi, dan banyak lagi.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak<\/p>\n<h3>3. Zoo Taiping<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17169\" aria-describedby=\"caption-attachment-17169\" style=\"width: 609px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17169\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping-300x169.jpg\" alt=\"Zoo Taiping\" width=\"609\" height=\"343\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping-300x169.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping-768x432.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping-480x270.jpg 480w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping-370x208.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping-570x321.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping-770x433.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping-1170x658.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping-1031x580.jpg 1031w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15214229\/zoo-taiping.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 609px) 100vw, 609px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17169\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: SoyaCincau.com<\/figcaption><\/figure>\n<p>Kalau anda nak tahu, Zoo Taiping juga merupakan zoo yang pertama yang wujud di Malaysia! Jangan terkejut ye sebab memang banyak tempat di Taiping merupakan perintis dalam pelbagai kategori.<\/p>\n<p>Berkeluasan 30 ekar, Zoo Taiping menempatkan lebih seribu ekor haiwan yang dibiarkan bergerak bebas dalam habitat semula jadi mereka.<\/p>\n<p>Kalau anda pencinta haiwan atau mempunyai anak-anak kecil yang teruja untuk melihat haiwan eksotik secara dekat, bolehlah melawati zoo yang istimewa ini.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak<\/p>\n<p><strong>Waktu Operasi<\/strong>: 8.30 pagi &#8211; 6.00 petang<\/p>\n<p><strong>Harga Tiket<\/strong>:<br \/>\n&#8211; Dewasa: RM17<br \/>\n&#8211; Kanak-kanak: RM8.50<\/p>\n<h3>4. Muzium Perak<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17170\" aria-describedby=\"caption-attachment-17170\" style=\"width: 548px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17170\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15215326\/muzium-perak-300x189.jpg\" alt=\"Muzium Perak\" width=\"548\" height=\"345\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15215326\/muzium-perak-300x189.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15215326\/muzium-perak-370x233.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15215326\/muzium-perak.jpg 550w\" sizes=\"(max-width: 548px) 100vw, 548px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17170\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Facebook Homestay Sayang Nor &#8220;Taiping&#8221;<\/figcaption><\/figure>\n<p>Muzium Perak yang terletak di Jalan Taming Sari ini menempatkan lebih daripada 8,000 pameran dan koleksi yang merangkumi koleksi barangan kebudayaan, alam semula jadi, dan arkeologi.<\/p>\n<p>Sesetengah daripada barang pameran di sini telah diklasifikasikan sebagai koleksi barangan yang bernilai amat tinggi dan rare yang berusia lebih daripada seratus tahun! Barangan ini adalah jenis yang sukar ditemui ataupun hampir pupus seperti spesimen haiwan.<\/p>\n<p>Kalau anda gemar dan pandai menghargai seni bina sesuatu bangunan, muzium ini juga dapat memenuhi kepuasan tersebut kerana reka bentuk bangunan neo-klasik Inggeris amat cantik sekali.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak<\/p>\n<p><strong>Waktu Operasi<\/strong>: 9.00 pagi &#8211; 5.00 petang<\/p>\n<p><strong>Harga Tiket<\/strong>:<br \/>\n&#8211; Dewasa: RM2<br \/>\n&#8211; Kanak-kanak: Percuma<\/p>\n<h3>5.\u00a0<span id=\"17_Kota_Ngah_Ibrahim_Muzium_Matang\">Kota Ngah Ibrahim (Muzium Matang)<\/span><\/h3>\n<figure id=\"attachment_17171\" aria-describedby=\"caption-attachment-17171\" style=\"width: 576px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17171\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15222100\/kota-ngah-ibrahim-300x199.jpg\" alt=\"Kota Ngah Ibrahim (Muzium Matang)\" width=\"576\" height=\"382\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15222100\/kota-ngah-ibrahim-300x199.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15222100\/kota-ngah-ibrahim-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15222100\/kota-ngah-ibrahim-370x246.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15222100\/kota-ngah-ibrahim-570x378.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15222100\/kota-ngah-ibrahim.jpg 595w\" sizes=\"(max-width: 576px) 100vw, 576px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17171\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: My Perak (Perak Historical<\/figcaption><\/figure>\n<p>Satu lagi muzium yang anda perlu lawati jika di Taiping ialah Muzium Matang yang penuh dengan sejarah. Ia dibina oleh seorang pembesar Perak yang terlibat dalam penentangan terhadap penjajah British.<\/p>\n<p>Dibina pada tahun 1854, muzium ini dikelilingi oleh tembok batu dengan kepanjangan 131 meter. Pada suatu ketika dahulu, di dalam kota ini pembesar Perak tersebut telah membina kediaman rasminya serta sebuah stor untuk menyimpan bijih timah.<\/p>\n<p>Kini kota ini digelar sebagai Muzium Matang yang mempunyai informasi berkaitan Perang Larut, pameran barangan yang digunakan untuk perlombongan bijih timah, dan banyak lagi.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Kompleks Sejarah Matang, Jabatan Muzium &amp; Antikuiti Kota Ngah Ibrahim, 34750 Matang, Taiping, Perak<\/p>\n<p><strong>Waktu Operasi<\/strong>: 9.00 pagi &#8211; 5.00 petang<\/p>\n<p><strong>Harga Tiket<\/strong>: Percuma<\/p>\n<h3>6. Taiping Equine Park<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17172\" aria-describedby=\"caption-attachment-17172\" style=\"width: 569px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17172\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15224042\/taiping-equine-park-300x225.jpg\" alt=\"Taiping Equine Park\" width=\"569\" height=\"427\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15224042\/taiping-equine-park-300x225.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15224042\/taiping-equine-park-500x375.jpg 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15224042\/taiping-equine-park-370x278.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15224042\/taiping-equine-park.jpg 550w\" sizes=\"(max-width: 569px) 100vw, 569px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17172\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: TripAdvisor<\/figcaption><\/figure>\n<p>Kalau anda tercari-cari aktiviti yang unik dan menyeronokkan ketika bercuti di Taiping, Taiping Equine Park menawarkan pakej menunggang kuda.<\/p>\n<p>Terdapat pelbagai jenis pakej menunggang kuda yang boleh didapati di sini sesuai untuk semua golongan umur dan kepakaran.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Taiping Equine Recreation,Jalan Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak<\/p>\n<p><strong>Waktu Operasi<\/strong>:<br \/>\n&#8211; Selasa &#8211; Jumaat: 8.30 pagi &#8211; 11.00 pagi \/ 3.30 petang &#8211; 7.00 malam<br \/>\n&#8211; Sabtu &amp; Ahad: 8.30 pagi &#8211; 7.00 malam<br \/>\n&#8211; Isnin: Tutup<\/p>\n<h3>7. Menara Jam Besar Taiping<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17173\" aria-describedby=\"caption-attachment-17173\" style=\"width: 315px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17173\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15225115\/menara-jam-taiping-203x300.jpg\" alt=\"Menara Jam Besar Taiping\" width=\"315\" height=\"465\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15225115\/menara-jam-taiping-203x300.jpg 203w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15225115\/menara-jam-taiping-693x1024.jpg 693w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15225115\/menara-jam-taiping-370x547.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15225115\/menara-jam-taiping-570x842.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15225115\/menara-jam-taiping-393x580.jpg 393w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15225115\/menara-jam-taiping.jpg 700w\" sizes=\"(max-width: 315px) 100vw, 315px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17173\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Relaks Minda<\/figcaption><\/figure>\n<p>Menara Jam Besar Taiping atau dikenali dengan nama Clock Tower ini adalah sebuah menara jam yang dibina pada tahun 1881 menggunakan kayu.<\/p>\n<p>Kini, menara ini diperbaharui dengan batu-bata untuk mengukuhkan pembinaannya dan berfungsi sebagai Pusat Informasi Pelancong Taiping.<\/p>\n<p>Kalau anda nak tahu, menara ini pernah dijadikan sebagai stesen polis dari tahun 1908 hingga tahun 1950, kemudian pula ditukar fungsi sebagai balai bomba! Menarik, kan?<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: 55, Jalan Kota, 34000 Taiping<\/p>\n<h3>8. Kuala Sepetang<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17174\" aria-describedby=\"caption-attachment-17174\" style=\"width: 531px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17174\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15230937\/kuala-sepetang-300x200.jpg\" alt=\"Kuala Sepetang\" width=\"531\" height=\"354\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15230937\/kuala-sepetang-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15230937\/kuala-sepetang-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15230937\/kuala-sepetang-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15230937\/kuala-sepetang-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15230937\/kuala-sepetang-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15230937\/kuala-sepetang-770x513.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15230937\/kuala-sepetang.jpg 800w\" sizes=\"(max-width: 531px) 100vw, 531px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17174\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Penang Insider<\/figcaption><\/figure>\n<p>Dikenali dengan nama Baratnya iaitu Port Weld, Kuala Sepetang menawarkan destinasi percutian yang menarik sekali kerana mempunyai banyak pilihan juadah yang enak.<\/p>\n<p>Di sini terletaknya kawasan perkampungan nelayan, menjadikannya amat popular untuk singgah dan makan makanan laut.<\/p>\n<p>Selain itu, di sini juga popular aktiviti memancing di atas bot bersama nelayan, melihat fenomena serangga kelip-kelip, memerhati burung, dan banyak lagi.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Kuala Sepetang, Perak<\/p>\n<h3>9. Air Terjun Pecah Batu<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17175\" aria-describedby=\"caption-attachment-17175\" style=\"width: 569px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17175\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15233023\/air-terjun-pecah-batu-300x200.jpg\" alt=\"Air Terjun Pecah Batu\" width=\"569\" height=\"379\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15233023\/air-terjun-pecah-batu-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15233023\/air-terjun-pecah-batu-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15233023\/air-terjun-pecah-batu-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15233023\/air-terjun-pecah-batu.jpg 570w\" sizes=\"(max-width: 569px) 100vw, 569px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17175\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Malaysia World Heritage Travel Site<\/figcaption><\/figure>\n<p>Terletak jauh sedikit dari Taiping, Air Terjun Pecah Batu memang berbaloi untuk dilawati kerana menawarkan kawasan air terjun yang indah sekali.<\/p>\n<p>Kawasan air terjun ini popular kerana mempunyai keluasan yang membuatkan rombongan bermandi-manda di sini memuaskan.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Jalan Kuala Trong, 34800 Terong, Perak<\/p>\n<h3>10. Masjid Lama Bandar Taiping<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17176\" aria-describedby=\"caption-attachment-17176\" style=\"width: 537px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17176\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15234130\/masjid-lama-bandar-taiping-300x189.jpg\" alt=\"Masjid Lama Bandar Taiping\" width=\"537\" height=\"338\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15234130\/masjid-lama-bandar-taiping-300x189.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15234130\/masjid-lama-bandar-taiping-370x233.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15234130\/masjid-lama-bandar-taiping-570x359.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15234130\/masjid-lama-bandar-taiping.jpg 630w\" sizes=\"(max-width: 537px) 100vw, 537px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17176\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Flickr ravijohnsmith<\/figcaption><\/figure>\n<p>Jangan terkejut kerana satu lagi kawasan atau bangunan yang tertua di Taiping ialah Masjid Lama Bandar Taiping yang dibina pada tahun 1893.<\/p>\n<p>Ia dibina oleh keluarga Ngah Ibrahim, pembesar Perak yang membina Kota Ngah Ibrahim yang disebutkan tadi. Kalau anda lihat dengan terperinci, anda akan dapati reka bentuk masjid ini dipengaruhi oleh seni bina Belanda.<\/p>\n<p>Masjid Lama Bandar Taiping ini telah digazetkan sebagai bangunan warisan di bandar Taiping kerana telah berdiri lebih daripada 100 tahun.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Jalan Kota, 34000 Taiping, Perak<\/p>\n<h3>11. Matang Mangrove Forest Reserve<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17177\" aria-describedby=\"caption-attachment-17177\" style=\"width: 550px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17177\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15235447\/matang-mangrove-forest-reserve-300x180.jpg\" alt=\"Matang Mangrove Forest Reserve\" width=\"550\" height=\"330\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15235447\/matang-mangrove-forest-reserve-300x180.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15235447\/matang-mangrove-forest-reserve-370x221.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15235447\/matang-mangrove-forest-reserve-570x341.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/15235447\/matang-mangrove-forest-reserve.jpg 640w\" sizes=\"(max-width: 550px) 100vw, 550px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17177\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Visit Perak<\/figcaption><\/figure>\n<p>Di Taiping juga terdapat hutan paya bakau yang terbesar di Malaysia, iaitu Matang Mangrove Forest Reserve. Dengan keluasan lebih daripada 40,000 hektar, hutan ini merupakan antara kawasan paya bakau yang diberikan penjagaan terbaik di dunia.<\/p>\n<p>Hutan paya bakau ini telah digazekkan sebagai hutan simpan sejak tahun 1906, menjadikannya bukan sahaja terbesar, tetapi juga hutan simpan paya bakau tertua di negara ini!<\/p>\n<p>Di sini anda dapat melihat spesis haiwan kawasan paya seperti udang, ketam, ikan, dan banyak lagi. Rugi kalau tak melawat tempat menarik di Taiping ini.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak<\/p>\n<h3>12.\u00a0<span id=\"6_Burmese_Pool_Taiping_Kolam_Renang_Batu_Besar\">Burmese Pool Taiping (Kolam Renang Batu Besar)<\/span><\/h3>\n<figure id=\"attachment_17178\" aria-describedby=\"caption-attachment-17178\" style=\"width: 580px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17178\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16001207\/burmese-pool-300x169.jpg\" alt=\"Burmese Pool Taiping (Kolam Renang Batu Besar)\" width=\"580\" height=\"327\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16001207\/burmese-pool-300x169.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16001207\/burmese-pool-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16001207\/burmese-pool-768x432.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16001207\/burmese-pool-480x270.jpg 480w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16001207\/burmese-pool-370x208.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16001207\/burmese-pool-570x321.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16001207\/burmese-pool-770x433.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16001207\/burmese-pool-1170x658.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16001207\/burmese-pool-1031x580.jpg 1031w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16001207\/burmese-pool.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 580px) 100vw, 580px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17178\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: YouTube Malaysia Travel Guide<\/figcaption><\/figure>\n<p>Juga dikenali dengan nama Kolam Renang Batu Besar, Burmese Pool Taiping ini terletak di kaki Bukit Larut dan memang popular dikalan penduduk tempatan.<\/p>\n<p>Kawasan kolam ini amat menenangkan dengan kehijauan disekitar kolam. Anda tentu akan berasa <em>relax<\/em> bermandi-manda di kolam yang luas ini.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Burmese Pool, Taiping 34000, Perak<\/p>\n<h3>13. Bandar Taiping<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17179\" aria-describedby=\"caption-attachment-17179\" style=\"width: 648px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17179\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16003238\/bandar-taiping-300x225.jpg\" alt=\"Bandar Taiping\" width=\"648\" height=\"486\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16003238\/bandar-taiping-300x225.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16003238\/bandar-taiping-370x278.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16003238\/bandar-taiping.jpg 500w\" sizes=\"(max-width: 648px) 100vw, 648px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17179\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Asam Garam 2 Puteri<\/figcaption><\/figure>\n<p>Kalau memang sudah bercuti di Taiping, tak sah kalau tak bersiar-siar di bandar Taiping. Kalau anda nak tahu, nama lama bandar Taiping sebenarnya ialah Klian Pauh yang merupakan ibu kota kepada daerah Matang, Larut, dan Selama.<\/p>\n<p>Di sini terdapat banyak peninggalan bangunan-bangunan lama dengan reka bentuk pengaruh Inggeris untuk anda terokai.<\/p>\n<p>Anda boleh menghayati reka bentuk seni bina bangunan-bangunan tersebut dan mengambil pelbagai gambar menarik di sini.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Taiping, Perak<\/p>\n<h3>14. Rumah Rehat Bandar<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17180\" aria-describedby=\"caption-attachment-17180\" style=\"width: 540px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17180\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16004800\/rumah-rehat-bandar-300x200.jpg\" alt=\"Rumah Rehat Bandar\" width=\"540\" height=\"360\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16004800\/rumah-rehat-bandar-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16004800\/rumah-rehat-bandar-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16004800\/rumah-rehat-bandar-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16004800\/rumah-rehat-bandar-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16004800\/rumah-rehat-bandar.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 540px) 100vw, 540px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17180\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Sikidang<\/figcaption><\/figure>\n<p>Dibina pada tahun 1887 oleh penjajah British, Rumah Rehat Bandar ini pada mulanya adalah sebuah bangunan bersejarah satu tingkat yang dibina daripada kayu untuk dijadikan rumah kediaman gabenor Perak.<\/p>\n<p>Ia telah dinaiktaraf menjadi bangunan batu dua tingkat pada tahun 1894. Di pedimen rumah ini tertulis &#8216;Rest House 1894&#8217;, menjadikan bangunan ini rumah rehat yang pertama di Tanah Melayu.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Rest House, Station Road, Taiping, Perak<\/p>\n<h3>15. New Clock Tower (Old Market)<\/h3>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-17181\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16005724\/new-clock-tower-225x300.jpg\" alt=\"New Clock Tower (Old Market)\" width=\"334\" height=\"445\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16005724\/new-clock-tower-225x300.jpg 225w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16005724\/new-clock-tower-370x493.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16005724\/new-clock-tower.jpg 384w\" sizes=\"(max-width: 334px) 100vw, 334px\" \/><\/p>\n<p>Selain daripada Menara Jam Besar seperti yang disebutkan tadi, terdapat satu lagi menara jam di Taiping yang dipanggil New Clock Tower.<\/p>\n<p>Terletak berdekatan dengan pasar, menara jam ini memiliki reka bentuk yang menakjubkan dengan kaca berwarna-warni yang memukau apabila dilihat.<\/p>\n<p>Walaubagaimanapun sebenarnya jam pada menara ini sudah tidak lagi berfungsi. Apa yang tinggal pada badan menara ini ialah tulias &#8220;Pasar Lamar, 1885&#8221;.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak<\/p>\n<h3>16. Bukit Larut (Maxwell Hill)<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17182\" aria-describedby=\"caption-attachment-17182\" style=\"width: 551px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17182\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16012530\/bukit-larut-300x200.jpg\" alt=\"Bukit Larut (Maxwell Hill)\" width=\"551\" height=\"367\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16012530\/bukit-larut-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16012530\/bukit-larut-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16012530\/bukit-larut-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16012530\/bukit-larut-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16012530\/bukit-larut-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16012530\/bukit-larut-770x513.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16012530\/bukit-larut.jpg 800w\" sizes=\"(max-width: 551px) 100vw, 551px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17182\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Penang Insider<\/figcaption><\/figure>\n<p>Dahulunya dikenali sebagai Maxwell Hill, Bukit Larut merupakan kawasan percutian tanah tinggi yang popular bukan sahaja kerana udaranya yang dingin dan segar, tetapi ia juga menawarkan pemandangan alam semula jadi yang indah.<\/p>\n<p>Di sini terdapat menara tinjau yang anda boleh naiki untuk menghayati pemandangan yang lebih terpesona sejauh Selat Melaka. Kalau bertuah, anda mungkin dapat melihat Pulau Pangkor!<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Maxwell Hill, Pegawai Penjaga Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak<\/p>\n<h3>17. Dataran Warisan Taiping<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17183\" aria-describedby=\"caption-attachment-17183\" style=\"width: 540px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17183\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16014123\/dataran-warisan-taiping-300x169.jpg\" alt=\"Dataran Warisan Taiping\" width=\"540\" height=\"304\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16014123\/dataran-warisan-taiping-300x169.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16014123\/dataran-warisan-taiping-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16014123\/dataran-warisan-taiping-768x432.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16014123\/dataran-warisan-taiping-480x270.jpg 480w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16014123\/dataran-warisan-taiping-370x208.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16014123\/dataran-warisan-taiping-570x321.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16014123\/dataran-warisan-taiping-770x433.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16014123\/dataran-warisan-taiping-1170x658.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16014123\/dataran-warisan-taiping-1031x580.jpg 1031w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16014123\/dataran-warisan-taiping.jpg 1200w\" sizes=\"(max-width: 540px) 100vw, 540px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17183\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: TripAdvisor<\/figcaption><\/figure>\n<p>Kalau anda jenis suka bersiar-siar pada waktu malam, singgahlah ke Dataran Warisan Taiping. Di sini anda boleh berjalan-jalan, jalankan aktiviti menarik seperti bermain kasut roda, dan macam-macam lagi.<\/p>\n<p>Bersebelahan dengan Dataran Warisan Taiping ini pula terdapat pasar meriah yang diberi nama Bazaar Cross Street. Terdapat pelbagai pilihan makanan dan barangan disini, membuatkan sesiapa sahaja rambang mata!<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: 1897, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak<\/p>\n<h3>18. Muzium Rumah Lama (Old House Museum)<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17188\" aria-describedby=\"caption-attachment-17188\" style=\"width: 510px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17188\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16114953\/old-house-museum-208x300.jpg\" alt=\"Muzium Rumah Lama (Old House Museum)\" width=\"510\" height=\"736\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16114953\/old-house-museum-208x300.jpg 208w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16114953\/old-house-museum-711x1024.jpg 711w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16114953\/old-house-museum-370x533.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16114953\/old-house-museum-570x821.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16114953\/old-house-museum.jpg 713w\" sizes=\"(max-width: 510px) 100vw, 510px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17188\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Blog Old House Museum<\/figcaption><\/figure>\n<p>Seperti yang anda boleh bayangkan, Muzium Rumah Lama ini dibina pada sekitar tahun 1880 oleh seorang ahli perniagaan Cina. Pada asalnya ia digunakan sebagai rumah kedai ahli perniagaan tersebut.<\/p>\n<p>Terletak berhadapan dengan Market Square Taiping, muzium ini nampak sahaja kecil tetapi di reka bentuk di dalamnya adalah memanjang sehingga ke belakang, lengkap dengan taman dalaman!<\/p>\n<p>Di sini anda boleh mendapati banyak pameran barangan antik yang merangkumi perabot, tembikar China, koleksi radio klasik, dan macam-macam lagi.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: 2A, Market Square, 34000 Taiping, Perak<\/p>\n<p><strong>Waktu Operasi<\/strong>:<br \/>\n&#8211; Isnin &#8211; Jumaat: 10.00 pagi &#8211; 6.00 petang<br \/>\n&#8211; Sabtu &amp; Ahad: 9.30 pagi &#8211; 6.00 petang<\/p>\n<p><strong>Harga Tiket<\/strong>:<br \/>\n&#8211; Dewasa: RM6<br \/>\n&#8211; Kanak-kanak: RM3<br \/>\n&#8211; Kanak-kanak 6 tahun ke bawah: Percuma<\/p>\n<h3>19. Spritzer EcoPark<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17189\" aria-describedby=\"caption-attachment-17189\" style=\"width: 544px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17189\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16115920\/spritzer-ecopark-300x155.jpg\" alt=\"Spritzer EcoPark\" width=\"544\" height=\"281\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16115920\/spritzer-ecopark-300x155.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16115920\/spritzer-ecopark-768x396.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16115920\/spritzer-ecopark-370x191.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16115920\/spritzer-ecopark-570x294.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16115920\/spritzer-ecopark-770x397.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16115920\/spritzer-ecopark.jpg 776w\" sizes=\"(max-width: 544px) 100vw, 544px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17189\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Acilis<\/figcaption><\/figure>\n<p>Ramai yang tentu biasa minum air mineral Spritzer, betul tak? Jangan tak tahu, jenama air mineral ini ada tamannya sendiri di Taiping!<\/p>\n<p>Diberi nama Spritzer EcoPark, taman ini dibuka secara rasmi pada tahun 2015 untuk menempatkan lapangan golf mini berbayar, seronok bagi setiap golongan umur untuk mencuba.<\/p>\n<p>Untuk meluaskan pengetahuan tentang pemprosesan air mineral, terdapat suatu tarikan iaitu The Discovery Tunner yang memaparkan info berkaitannya.<\/p>\n<p>Banyak lagi tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan di sini, sesuai untuk seisi keluarga. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat yang menarik dan unik ini.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning,\u00a034000 Taiping, Perak<\/p>\n<p><strong>Waktu Operasi<\/strong>: 9.00 pagi &#8211; 9.00 malam<\/p>\n<h3>20. 5D Art Paradise Taiping<\/h3>\n<figure id=\"attachment_17190\" aria-describedby=\"caption-attachment-17190\" style=\"width: 465px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-17190\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16122715\/5d-art-paradise-225x300.jpg\" alt=\"5D Art Paradise Taiping\" width=\"465\" height=\"620\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16122715\/5d-art-paradise-225x300.jpg 225w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16122715\/5d-art-paradise-370x493.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16122715\/5d-art-paradise-570x760.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16122715\/5d-art-paradise-435x580.jpg 435w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/16122715\/5d-art-paradise.jpg 720w\" sizes=\"(max-width: 465px) 100vw, 465px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-17190\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: opencity.my<\/figcaption><\/figure>\n<p>Bagi penggemar seni, terutamanya jenis yang unik, 5D Art Paradise menawarkan pameran seni multidimensi yang mengikut trend kebanyakan tempat di Malaysia.<\/p>\n<p>Seperti namanya, tempat ini adalah syurga bagi yang suka mengambil gambar unik dan mendapatkan pengalaman menghayati lukisan yang seolah-olah perkara betul!<\/p>\n<p>Tak rugi datang ke sini untuk mendapatkan pengalaman yang unik dan tidak boleh dilupakan.<\/p>\n<p><strong>Alamat<\/strong>: 25, Jalan Maharajalela, 34000 Taiping, Perak<\/p>\n<p><strong>Waktu Operasi<\/strong>: 10.00 pagi &#8211; 7.30 malam<\/p>\n<p><strong>Harga Tiket<\/strong>:<br \/>\n&#8211; Ketinggian 131cm &amp; keatas: RM25<br \/>\n&#8211; Ketinggian 91cm \u2013 130cm: RM20<\/p>\n<hr \/>\n<p>Banyak betul tempat menarik di Taiping yang bukan sahaja indah, tetapi juga bersejarah. Kalau tak terfikir nak melancong ke Taiping sebelum ini, kami harap artikel ini telah mengubah pemikiran anda untuk percutian di masa hadapan. Selamat bercuti!<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Taiping adalah bandar kedua terbesar di Perak selepas bandar Ipoh. Kalau anda rasa terdetik untuk melawat bandar warisan ini, memang berbaloi kerana terdapat banyak&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":91,"featured_media":17272,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[2225,2324],"tags":[3425,3424,3298,3423,3426],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>20 Tempat Menarik Di Taiping (2026) - Best untuk Percutian Keluarga<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Anda pernah terfikir untuk bercuti Taiping? Banyak tempat menarik di Taiping yang boleh dilawati seperti dalam senarai ini!\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/tempat-tempat-menarik-di-taiping\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"20 Tempat Menarik Di Taiping (2026) - Best untuk Percutian Keluarga\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Anda pernah terfikir untuk bercuti Taiping? Banyak tempat menarik di Taiping yang boleh dilawati seperti dalam senarai ini!\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/tempat-tempat-menarik-di-taiping\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2022-02-23T10:30:04+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2022-04-12T03:51:53+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/02\/17175507\/tempat-menarik-di-Taiping.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"13 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17141"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/91"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17141"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17141\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19398,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17141\/revisions\/19398"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17272"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17141"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17141"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17141"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}