{"id":22394,"date":"2022-08-02T16:15:05","date_gmt":"2022-08-02T08:15:05","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=22394"},"modified":"2022-08-19T14:48:06","modified_gmt":"2022-08-19T06:48:06","slug":"haiwan-peliharaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/haiwan-peliharaan\/","title":{"rendered":"Si Kecil Meminta-minta Untuk Mendapatkan Haiwan Peliharaan? Jom Tengok Haiwan Mana Yang Sesuai!"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Memelihara haiwan peliharaan boleh memberi pengalaman yang istimewa buat kanak-kanak. Dengan pilihan yang terbaik, ia boleh membawa kegembiraan selama bertahun-tahun lamanya.<\/p>\n<p>Aktiviti pemeliharaan ini juga dapat memberikan peluang bagi kanak-kanak untuk mempelajari pelbagai perkara berkaitan kehidupan yang berharga.<\/p>\n<p>Kalau Mommy terfikir ingin mendapatkan haiwan peliharaan untuk si kecil, sebenarnya terdapat banyak jenis yang boleh dipertimbangkan.<\/p>\n<h2><strong>5 Haiwan Peliharaan Yang Sesuai Untuk Dipelihara Kanak-kanak<\/strong><\/h2>\n<h3>1. Kucing Domestik<\/h3>\n<figure id=\"attachment_22413\" aria-describedby=\"caption-attachment-22413\" style=\"width: 612px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-22413 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105318\/kucing-peliharaan.jpg\" alt=\"haiwan peliharaan\" width=\"612\" height=\"408\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105318\/kucing-peliharaan.jpg 612w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105318\/kucing-peliharaan-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105318\/kucing-peliharaan-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105318\/kucing-peliharaan-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105318\/kucing-peliharaan-570x380.jpg 570w\" sizes=\"(max-width: 612px) 100vw, 612px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22413\" class=\"wp-caption-text\">Kredit gambar: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<p>Kucing sudah tentu menjadi pilihan ramai. Jangan kata kanak-kanak, orang dewasa pun ramai saja yang sayang dengan kucing!<\/p>\n<p>Kucing domestik dari mana-mana baka adalah sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan kanak-kanak. Bergantung kepada umur, si kecil boleh tolong memberikan makanan, minuman, dan bermain dengan kucingnya.<\/p>\n<p>Kalau kucing duduk di dalam rumah sahaja, satu lagi tugas yang perlu diajar ialah membersihkan kotak &#8216;<em>litter<\/em>&#8216; di mana kucing membuang air besar dan kecil.<\/p>\n<p>Mommy boleh dapatkan kucing dari kebanyakan pusat perlindungan haiwan. Lebih elok untuk &#8216;<em>adopt<\/em>&#8216; dan selamatkan haiwan comel ini daripada membelinya.<\/p>\n<h3>2. Ikan<\/h3>\n<figure id=\"attachment_22411\" aria-describedby=\"caption-attachment-22411\" style=\"width: 612px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-22411 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105128\/ikan-peliharaan.jpg\" alt=\"\" width=\"612\" height=\"407\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105128\/ikan-peliharaan.jpg 612w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105128\/ikan-peliharaan-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105128\/ikan-peliharaan-370x246.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105128\/ikan-peliharaan-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105128\/ikan-peliharaan-570x379.jpg 570w\" sizes=\"(max-width: 612px) 100vw, 612px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22411\" class=\"wp-caption-text\">Kredit gambar: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<p>Ikan selalunya boleh dijadikan haiwan peliharaan pertama kanak-kanak kerana ia adalah antara jenis yang paling senang untuk dijaga.<\/p>\n<p>Antara jenis ikan yang boleh dipelihara kanak-kanak adalah jenis yang kecil seperti ikan emas dan <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/ikan-laga\/\">ikan laga<\/a>.\u00a0Kanak-kanak boleh menjaganya dengan memberikan makanan ikan, menghias balang ikan atau akuarium, dan membersihkannya.<\/p>\n<p>Kalau menggunakan balang kaca kecil, pastikan Mommy tidak meletakkannya di tempat yang tinggi. Takut pecah pula!<\/p>\n<h3>3. Burung<\/h3>\n<figure id=\"attachment_22410\" aria-describedby=\"caption-attachment-22410\" style=\"width: 360px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-22410 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104930\/burung.jpg\" alt=\"\" width=\"360\" height=\"240\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104930\/burung.jpg 360w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104930\/burung-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104930\/burung-270x180.jpg 270w\" sizes=\"(max-width: 360px) 100vw, 360px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22410\" class=\"wp-caption-text\">Kredit gambar: Adobe Stock<\/figcaption><\/figure>\n<p>Membela burung boleh menjadi haiwan peliharaan yang menarik. Si kecil boleh diberikan peluang untuk mendapatkan sangkar yang cantik, sesuai dengan kecantikan burungnya!<\/p>\n<p>Walaubagaimanapun, memelihara burung memerlukan lebih banyak perhatian dari kanak-kanak. Sesetengah burung sebenarnya agak pintar, manakala yang lain sangat sosial. Semua burung memerlukan perhatian hampir setiap hari.<\/p>\n<p>Seperti yang disebutkan tadi, kanak-kanak boleh belajar untuk memberikannya makanan dan minuman, membersihkan sangkar, dan bermain dengan burung peliharaannya.<\/p>\n<h3>4. Kura-kura<\/h3>\n<figure id=\"attachment_22409\" aria-describedby=\"caption-attachment-22409\" style=\"width: 485px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-22409\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104634\/kura-kura-300x200.jpg\" alt=\"haiwan peliharaan\" width=\"485\" height=\"323\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104634\/kura-kura-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104634\/kura-kura-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104634\/kura-kura.jpg 360w\" sizes=\"(max-width: 485px) 100vw, 485px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22409\" class=\"wp-caption-text\">Kredit gambar: Adobe Stock<\/figcaption><\/figure>\n<p>Kura-kura yang kecil dan comel juga menjadi pilihan kebanyakan kanak-kanak, tetapi selalunya kanak-kanak yang lebih besar dan inginkan keunikan.<\/p>\n<p>Kalau dijaga dengan baik, kura-kura anak Mommy boleh hidup lama sehingga mencecah 50 tahun!<\/p>\n<p>Haiwan reptilia seperti kura-kura ini sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/alahan-haiwan\/\">alahan haiwan<\/a>\u00a0kerana haiwan reptilia tidak akan mencetuskan alahan.<\/p>\n<h3>5. Arnab<\/h3>\n<figure id=\"attachment_22414\" aria-describedby=\"caption-attachment-22414\" style=\"width: 612px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-22414 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105715\/arnab.jpg\" alt=\"\" width=\"612\" height=\"408\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105715\/arnab.jpg 612w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105715\/arnab-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105715\/arnab-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105715\/arnab-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04105715\/arnab-570x380.jpg 570w\" sizes=\"(max-width: 612px) 100vw, 612px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22414\" class=\"wp-caption-text\">Kredit gambar: Getty Images<\/figcaption><\/figure>\n<p>Seperti kucing, arnab juga popular kerana kecomelannya. Siapa boleh tahan dengan haiwan yang gebu-gebas, betul tak?<\/p>\n<p>Tak seperti kucing, arnab tidak boleh melompat tinggi, jadi Mommy tak perlu gunakan sangkar bertutup pun. Tentu seronok bila anak-anak dapat keluar masuk dari sangkar bermain dengan haiwan ini.<\/p>\n<p>Memelihara arnab lebih sesuai bagi kanak-kanak yang lebih besar kerana kanak-kanak kecil boleh menakutkan arnab dengan bunyi bising mereka.<\/p>\n<h2><strong>Kebaikan Membela Haiwan Peliharaan Untuk Kanak-kanak<\/strong><\/h2>\n<p>Memang tidak dinafikan lagi, membela haiwan peliharaan memberikan banyak manfaat, terutamanya bagi kanak-kanak.\u00a0Selain memberikan hiburan, haiwan itu juga dapat mengajar anak-anak pelbagai perkara tentang kehidupan.<\/p>\n<p>1. Memelihara haiwan mengajar kanak-kanak tentang <strong>tanggungjawab<\/strong>. Dengan &#8216;memiliki&#8217; haiwan peliharaan, kanak-kanak boleh belajar tentang cara menjaganya dengan memberikan makanan dan minuman serta membersihkannya.<\/p>\n<figure id=\"attachment_22407\" aria-describedby=\"caption-attachment-22407\" style=\"width: 502px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-22407\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104405\/anak-memberi-kucing-makan-300x199.jpg\" alt=\"haiwan peliharaan\" width=\"502\" height=\"333\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104405\/anak-memberi-kucing-makan-300x199.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104405\/anak-memberi-kucing-makan-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04104405\/anak-memberi-kucing-makan.jpg 362w\" sizes=\"(max-width: 502px) 100vw, 502px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22407\" class=\"wp-caption-text\">Kredit gambar: Adobe Stock<\/figcaption><\/figure>\n<p>2. Memelihara haiwan juga dapat mengajar kanak-kanak tentang <strong>pengurusan masa<\/strong>. Kanak-kanak perlu pandai membahagikan masa untuk menjaga dan bermain dengan haiwan peliharaannya dan membuat urusan harian lain bagi diri mereka sendiri.<\/p>\n<p>3. Memelihara haiwan dapat mengajar kanak-kanak tentang <strong>kewangan<\/strong>. Walaupun mungkin Mommy dan Daddy yang akan uruskan hal-hal kewangan, kanak-kanak masih boleh mempelajari tentang penggunaan wang untuk menjaga haiwan peliharaannya.<\/p>\n<p>4. Memelihara haiwan dapat mengajar kanak-kanak tentang <strong>kepentingan kesihatan<\/strong>. Seperti setiap manusia, haiwan juga perlu dijaga kesihatannya. Memelihara haiwan peliharaan dapat mengajar kanak-kanak tentang kesihatan haiwan, pemberian vaksinasi, dan pemberian ubat apabila haiwan tidak sihat.<\/p>\n<figure id=\"attachment_22402\" aria-describedby=\"caption-attachment-22402\" style=\"width: 533px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-22402\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04103349\/arnab-di-vet-300x200.jpg\" alt=\"haiwan peliharaan\" width=\"533\" height=\"355\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04103349\/arnab-di-vet-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04103349\/arnab-di-vet-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/07\/04103349\/arnab-di-vet.jpg 360w\" sizes=\"(max-width: 533px) 100vw, 533px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-22402\" class=\"wp-caption-text\">Kredit gambar: Adobe Stock<\/figcaption><\/figure>\n<p>5. Memelihara haiwan juga mengajar kanak-kanak untuk <strong>tidak mementingkan diri sendiri<\/strong>. Apabila mereka perlu menjaga haiwan, mereka belajar tentang mendahulukan keperluan haiwan kesayangannya sebelum mementingkan diri sendiri.<\/p>\n<p>Memang banyak kebaikannya menjaga haiwan peliharaan. Ia juga dipandang tinggi dalam Islam kerana haiwan juga adalah makhluk Allah s.w.t.<\/p>\n<p>Kalau Mommy sudah nekad untuk mendapatkan haiwan peliharaan untuk si kecil, pastikan Mommy dapatkan info yang secukupnya tentang haiwan yang dipilih untuk memudahkan penjagaan.<\/p>\n<p>Semoga Mommy dan si kecil sekeluarga akan mendapat pengalaman manis dari memelihara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan.<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Memelihara haiwan peliharaan boleh memberi pengalaman yang istimewa buat kanak-kanak. Dengan pilihan yang terbaik, ia boleh membawa kegembiraan selama bertahun-tahun lamanya. Aktiviti pemeliharaan ini&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":91,"featured_media":23462,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[652,8,637],"tags":[4758,4760,4761,4762,4759],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>5 Jenis Haiwan Peliharaan Yang Sesuai Untuk Dijaga Kanak-kanak (2026)<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Anak-anak anda meminta untuk memiliki haiwan peliharaan baru di rumah? Jom baca 5 jenis peliharaan yang sesuai untuk dijaga kanak-kanak!\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/haiwan-peliharaan\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"5 Jenis Haiwan Peliharaan Yang Sesuai Untuk Dijaga Kanak-kanak (2026)\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Anak-anak anda meminta untuk memiliki haiwan peliharaan baru di rumah? Jom baca 5 jenis peliharaan yang sesuai untuk dijaga kanak-kanak!\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/haiwan-peliharaan\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2022-08-02T08:15:05+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2022-08-19T06:48:06+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2022\/08\/02161608\/haiwan-peliharaan.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"5 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22394"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/91"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22394"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22394\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23461,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22394\/revisions\/23461"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23462"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22394"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22394"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22394"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}