{"id":36498,"date":"2023-11-24T10:00:25","date_gmt":"2023-11-24T02:00:25","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=36498"},"modified":"2023-11-23T17:30:32","modified_gmt":"2023-11-23T09:30:32","slug":"persediaan-mak-buyung-travel-naik-kapal-terbang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/persediaan-mak-buyung-travel-naik-kapal-terbang\/","title":{"rendered":"Persediaan Penting Untuk Mak Buyung Yang Mengidam Travel Naik Kapal Terbang"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Pastinya seronok apabila dapat pergi bercuti, lebih-lebih lagi dapat melancong ke luar negara atau tempat yang menarik dan indah dengan menaiki pesawat.<\/p>\n<p>Adakah ibu yang hamil boleh untuk naik kapal terbang apatah lagi ke duduk dengan jangka masa yang lama?<\/p>\n<p>Menurut pakar, adalah selamat untuk ibu mengandung yang sihat untuk menaiki kapal terbang sehingga <strong>minggu kehamilan ke 36 dan minggu ke 32<\/strong> untuk ibu mengandung bayi kembar.<\/p>\n<p>Waktu paling sesuai untuk ibu mengandung menaiki kapal terbang ialah sewaktu <strong>trimester kedua<\/strong>. Ketika ini, badan lebih bertenaga dan kekerapan untuk muntah juga berkurang. Hormon dan emosi yang lebih stabil pada waktu itu juga akan membuatkan badan lebih selesa untuk berjalan jauh.<\/p>\n<p>Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira sekiranya ibu mengandung mahu menaiki kapal terbang. Antaranya ialah kemudahan yang ada di<strong> destinasi yang dituju<\/strong>, <strong>faktor keselamatan<\/strong>, serta <strong>usia kehamilan ketika penerbangan<\/strong>.<\/p>\n<h2><strong>5 Persediaan Sebelum Naik Kapal Terbang Semasa Hamil\u00a0<\/strong><\/h2>\n<h3><strong>1. Sediakan dokumen penting<\/strong><\/h3>\n<p><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-36499 \" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14112858\/shutterstock_2029816610-1.jpg\" alt=\"\" width=\"801\" height=\"451\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14112858\/shutterstock_2029816610-1.jpg 1000w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14112858\/shutterstock_2029816610-1-300x169.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14112858\/shutterstock_2029816610-1-768x432.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14112858\/shutterstock_2029816610-1-480x270.jpg 480w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14112858\/shutterstock_2029816610-1-370x208.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14112858\/shutterstock_2029816610-1-570x321.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14112858\/shutterstock_2029816610-1-770x434.jpg 770w\" sizes=\"(max-width: 801px) 100vw, 801px\" \/><\/p>\n<p>Bagi ibu mengandung mencapai 28 minggu, sediakan surat doktor untuk rujukan staf penerbangan. Surat doktor ini dapat mengesahkan <em>due date<\/em>,\u00a0tahap kesihatan tubuh badan, dan anda tidak berisiko beranak pada waktu terdekat.<\/p>\n<p>Jangan lupa untuk baca terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan buat rujukan sebelum membeli tiket penerbangan.<\/p>\n<h3><strong>2. <\/strong><strong>Pilih tempat duduk yang selesa<\/strong><\/h3>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-36503 \" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14143156\/pregnant-mom-1.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"528\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14143156\/pregnant-mom-1.png 532w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14143156\/pregnant-mom-1-300x198.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14143156\/pregnant-mom-1-370x244.png 370w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Jika Mommy mampu, pilihlah tempat duduk <em>\u2018business class\u2019<\/em>\u00a0untuk lebih keselesaan ketika dalam perjalanan.<\/p>\n<p>Jika tidak,<em> upgrade<\/em>\u00a0tempat duduk biasa dengan menambah sedikit daripada jumlah tambang untuk mendapatkan\u00a0tempat duduk yang lebih sesuai.<\/p>\n<p>Kalau boleh pilihlah tempat duduk pada lorong laluan supaya mudah untuk ke tandas dan berdiri untuk regangan.<\/p>\n<h3><strong>3.<\/strong> <strong>Pilih pakaian yang selesa ketika naik kapal terbang ketika mengandung<\/strong><\/h3>\n<p>Gunakan pakaian berlapis paling selesa dan mudah untuk ditanggal jika panas. Pakai juga kasut paling selesa kerana anda akan banyak berjalan di lapangan terbang nanti.<\/p>\n<p>Anda juga boleh mendapatkan sarung kaki jenis <em>\u2018compressor\u2019<\/em>\u00a0untuk memastikan peredaran darah lancar ketika terbang.<\/p>\n<p>Jika kaki mula menunjukkan tanda-tanda bengkak dan kemerahan terutamanya di bahagian bawah belakang kaki, dapatkan rawatan segera. Perkara ini mungkin disebabkan oleh pembentukan darah beku pada kaki.<\/p>\n<h3><strong>4. Berhati-hati dengan kapal terbang kecil<\/strong><\/h3>\n<p>Menaiki kapal terbang tidak akan memberi kesan kepada anda dan bayi. Namun begitu, elakkan kapal terbang kecil yang tidak mempunyai tekanan kabin.<\/p>\n<p>Ketika di udara, tekanan menjadi semakin tinggi dan oksigen berkurangan. Hal ini kerana tanpa tekanan kabin, badan perlu bekerja lebih keras daripada biasa untuk membekalkan oksigen untuk anda dan kandungan.<\/p>\n<h3><strong>5. Buat senaman regangan dalam kapal terbang<\/strong><\/h3>\n<p>Duduk berjam-jam akan membuatkan kaki mudah bengkak dan kejang. Bangun dan jalan sebentar setiap jam. Lancarkan peredaran darah dengan lakukan regangan ringan.<\/p>\n<p>Dalam keadaan duduk atau berdiri, lakukan regangan dengan mengerakkan jari kaki, regangkan kaki dan betis serta buku lali. Regangkan juga bahagian bahu serta leher.<\/p>\n<h2><strong>Kesan Radiasi Dan Sebagainya Untuk Ibu Hamil Semasa Naik Kapal Terbang<\/strong><\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-36506 \" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/15103016\/pregnant.png\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"531\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/15103016\/pregnant.png 473w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/15103016\/pregnant-300x199.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/15103016\/pregnant-370x246.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/15103016\/pregnant-270x180.png 270w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p>Semua orang yang menaiki kapal terbang akan terdedah kepada sedikit radiasi di udara. Namun begitu, radiasi ini <strong>tidak akan membahayakan anda dan bayi<\/strong>.<\/p>\n<p>Begitu juga dengan pengimbas keselamatan di lapangan terbang. Hanya beg dan\u00a0<em>\u2018luggage\u2019<\/em>\u00a0saja yang akan dilalukan dengan pengimbas<em>\u00a0x-ray.<\/em>\u00a0Pengimbas keselamatan untuk badan hanyalah untuk mengesan besi.<\/p>\n<p>Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang kandungan anda untuk mengelakkan perkara buruk terjadi sebelum meneruskan perancangan untuk menaiki pesawat.<\/p>\n<p>Jangan sedih, Mommy masih boleh bercuti di dalam negara dan boleh melihat pelbagai keindahan tempat menarik di Malaysia.<\/p>\n<p>Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk lebih memahami tentang persediaan sebelum menaiki kapal terbang.<\/p>\n<hr \/>\n<p>Dapatkan pelbagai artikel yang menarik untuk bakal-bakal ibu di <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/category\/untuk-ibu\/fizikal-mental\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><strong>SINI<\/strong><\/a>.<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pastinya seronok apabila dapat pergi bercuti, lebih-lebih lagi dapat melancong ke luar negara atau tempat yang menarik dan indah dengan menaiki pesawat. Adakah ibu&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":121,"featured_media":36502,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[631,621],"tags":[9457,9459,9488,9458,9460,76,9461],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Persediaan Penting Untuk Mak Buyung Yang Mengidam Travel Naik Kapal Terbang<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Pastinya seronok apabila dapat pergi bercuti, lebih-lebih lagi dapat melancong ke luar negara atau tempat yang menarik dan indah dengan menaiki pesawat.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/persediaan-mak-buyung-travel-naik-kapal-terbang\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Persediaan Penting Untuk Mak Buyung Yang Mengidam Travel Naik Kapal Terbang\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Pastinya seronok apabila dapat pergi bercuti, lebih-lebih lagi dapat melancong ke luar negara atau tempat yang menarik dan indah dengan menaiki pesawat.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/persediaan-mak-buyung-travel-naik-kapal-terbang\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2023-11-24T02:00:25+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2023-11-23T09:30:32+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/11\/14142802\/Copy-of-Story-MMY-2023-11-14T142727.714-1-2.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"4 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36498"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/121"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36498"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36498\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36742,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36498\/revisions\/36742"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36502"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36498"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36498"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36498"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}