{"id":37347,"date":"2023-12-14T12:45:38","date_gmt":"2023-12-14T04:45:38","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=37347"},"modified":"2023-12-14T13:59:47","modified_gmt":"2023-12-14T05:59:47","slug":"cap-sahkan-mainan-plastik-beracun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/cap-sahkan-mainan-plastik-beracun\/","title":{"rendered":"CAP Sahkan! Mainan Plastik Kanak-Kanak Mengandungi Racun, Gesa Ibu Bapa Untuk Elakkan Beri Pada Anak"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Permainan merupakan antara alatan yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak khususnya untuk merangsang otak mereka.<\/p>\n<p>Ibu bapa lebih cenderung memilih alat mainan plastik untuk diberikan kepada golongan kanak-kanak, terutama bayi yang sedang dalam proses pertumbuhan gigi.<\/p>\n<p>Menerusi perkongsian di\u00a0<a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/photo.php?fbid=410546364837762&amp;set=a.212665811292486&amp;type=3&amp;mibextid=WC7FNe\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Facebook<\/a>, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesahkan alatan mainan plastik sebenarnya mengandungi bahan kimia beracun iaitu parafin berklorin.<\/p>\n<p>Bahan kimia tersebut adalah toksik yang digunakan dalam pembuatan pelbagai jenis plastik, termasuk dalam alatan mainan kanak-kanak yang boleh menyebabkan berlaku pelbagai masalah kesihatan.<\/p>\n<h2><strong>CAP Sahkan Mainan Plastik di Pasaran Mengandungi Racun\u00a0<\/strong><\/h2>\n<figure id=\"attachment_37352\" aria-describedby=\"caption-attachment-37352\" style=\"width: 800px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-37352\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/12\/14104619\/alat-mainan.jpg\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"671\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/12\/14104619\/alat-mainan.jpg 940w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/12\/14104619\/alat-mainan-300x251.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/12\/14104619\/alat-mainan-768x644.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/12\/14104619\/alat-mainan-370x310.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/12\/14104619\/alat-mainan-570x478.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/12\/14104619\/alat-mainan-770x645.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/12\/14104619\/alat-mainan-692x580.jpg 692w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-37352\" class=\"wp-caption-text\">Kredit Gambar: Facebook@Bahagian Pendidikan CAP<\/figcaption><\/figure>\n<p>Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim berkata, menerusi kajian yang dijalankan dengan kerjasama International Pollutants Elimination Network (IPEN) mendapati alat permainan yang dibeli dari beberapa premis di Pulau Pinang juga mengandungi parafin berklorin rantai tinggi.<\/p>\n<p>Menurutnya, terdapat 31 jenis alat mainan plastik yang dijadikan sampel bahan seperti kuda tiup, ayam menjerit, itik getah, anak patung dan beruang plastik.<\/p>\n<p>\u201cHasil ujian kesemua mainan yang dikumpul itu mengandungi parafin berklorin rantai pendek (SCCP) dan tinggi (MCPP). SCCP diharamkan secara global manakala MCCP sedang dinilai bagi pengharaman global.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, alatan mainan plastik yang digunakan oleh kanak-kanak, kebiasaannya dimasukkan ke dalam mulut atau sebagai bahan gigitan (teether) untuk bayi ketika proses tumbuh gigi adalah sangat toksik sehingga boleh diklasifikasikan sebagai sisa bahaya,\u201d\u00a0katanya.<\/p>\n<blockquote><p>Bahan kimia yang terdapat dalam alat mainan plastik itu berada pada tahap yang membimbangkan<\/p><\/blockquote>\n<p>Tambahan pula, kajian yang dijalankan oleh IPEN turut mendapati kepekatan parafin berklorin dalam alat permainan sangat tinggi dan amat membimbangkan.<\/p>\n<p>Hasil uji kaji yang diterbitkan oleh IPEN pada Oktober lalu menyerlahkan keperluan mendesak untuk mengawal selia bahan kimia ini secara global dan merentasi kerja kawal selia.<\/p>\n<p>\u201cTiada alat mainan yang diuji oleh IPEN dilabelkan bagi kehadiran bahan kimia toksik yang diperlukan bagi kepentingan pelabelan dan kebolehkesanan sepanjang kitaran hayat plastik,\u201d katanya lagi<\/p>\n<p>Oleh itu, CAP menuntut larangan bahan kimia terbabit dan pada masa yang sama mendesak kerajaan negara ini untuk meratifikasi Konvensyen Stockholm.<\/p>\n<h3><b>Bahaya Racun Parafin Berklorin<\/b><\/h3>\n<div class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\n<div dir=\"auto\">Parafin berklorin, dikelaskan berdasarkan panjang rantai karbon, merupakan bahan kimia yang sangat toksik yang digunakan di dalam pelbagai jenis plastik termasuk dalam alat mainan plastik kanak-kanak.<\/div>\n<\/div>\n<div dir=\"auto\"><\/div>\n<div dir=\"auto\">Bukti menunjukkan ia boleh menyebabkan kerosakan pada:<\/div>\n<ul>\n<li>kerosakan hati<\/li>\n<li>kerosakan buah pinggang<\/li>\n<li>menganggu sistem endokrin<\/li>\n<li>menyebabkan kanser<\/li>\n<li>merosakkan otak yang sedang berkembang<\/li>\n<li>menimbulkan ancaman kepada kesihatan reproduktif<\/li>\n<\/ul>\n<p>Demi keselamatan dan kesihatan anak-anak, Mommy perlu lebih peka terhadap perkara ini dan elakkan pemberian alat mainan plastik pada kanak-kanak.<\/p>\n<p>Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengetahuan baru untuk ibu bapa tentang bahaya alat mainan plastik beracun yang sering dimain oleh kanak-kanak tanpa disedari.<\/p>\n<hr \/>\n<p>Dapatkan lebih banyak artikel yang menarik dengan isu semasa terkini di <strong><a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/category\/terkini\/berita-isu-semasa\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">SINI.<\/a><\/strong><\/p>\n<hr \/>\n<div><em><strong>Penafian<\/strong>: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.<\/em><\/div>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Permainan merupakan antara alatan yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak khususnya untuk merangsang otak mereka. Ibu bapa lebih cenderung memilih alat mainan plastik untuk diberikan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":121,"featured_media":37349,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[3273,653,625],"tags":[9596,9597,9595,9599,9598,9602],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>CAP Sahkan! Mainan Plastik Kanak-Kanak Mengandungi Racun, Gesa Ibu Bapa Untuk Elakkan Beri Pada Anak<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Permainan merupakan antara alatan yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak khususnya untuk merangsang otak mereka. Ibu bapa lebih cenderung memilih alat\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/cap-sahkan-mainan-plastik-beracun\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"CAP Sahkan! Mainan Plastik Kanak-Kanak Mengandungi Racun, Gesa Ibu Bapa Untuk Elakkan Beri Pada Anak\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Permainan merupakan antara alatan yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak khususnya untuk merangsang otak mereka. Ibu bapa lebih cenderung memilih alat\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/cap-sahkan-mainan-plastik-beracun\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2023-12-14T04:45:38+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2023-12-14T05:59:47+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2023\/12\/13171414\/Copy-of-Story-MMY-2023-12-13T171230.430-1.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"3 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37347"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/121"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37347"}],"version-history":[{"count":13,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37347\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37379,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37347\/revisions\/37379"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37349"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37347"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37347"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37347"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}