{"id":40246,"date":"2024-08-20T10:00:28","date_gmt":"2024-08-20T02:00:28","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=40246"},"modified":"2024-08-12T17:37:58","modified_gmt":"2024-08-12T09:37:58","slug":"kandungan-15-minggu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/kandungan-15-minggu\/","title":{"rendered":"Kandungan 15 Minggu: Apa yang Berlaku pada Bayi dan Tubuh Mommy?"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada usia kandungan 15 minggu, banyak perubahan penting berlaku kepada bayi dan Mommy. Walaupun pada usia kehamilan 15 minggu ini, Mommy mungkin belum merasakan pergerakan bayi, pemeriksaan ultrasound yang dilakukan doktor akan menunjukkan bahawa bayi Mommy sangat aktif di dalam rahim.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Banyak lagi sebenarnya yang perlu Mommy tahu mengenai keadaan Mommy dan bayi sepanjang kehamilan 15 minggu. Semua itu kami rungkaikan dalam perkongsian di bawah!<\/span><\/p>\n<h2><strong>Perkembangan Janin Ketika Usia Kandungan 15 Minggu<\/strong><\/h2>\n<figure id=\"attachment_40252\" aria-describedby=\"caption-attachment-40252\" style=\"width: 800px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-40252 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153059\/Baby-Yum-Yum-Pregnancy-at-15-weeks_11zon.jpg\" alt=\"perkembangan janin\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153059\/Baby-Yum-Yum-Pregnancy-at-15-weeks_11zon.jpg 800w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153059\/Baby-Yum-Yum-Pregnancy-at-15-weeks_11zon-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153059\/Baby-Yum-Yum-Pregnancy-at-15-weeks_11zon-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153059\/Baby-Yum-Yum-Pregnancy-at-15-weeks_11zon-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153059\/Baby-Yum-Yum-Pregnancy-at-15-weeks_11zon-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153059\/Baby-Yum-Yum-Pregnancy-at-15-weeks_11zon-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153059\/Baby-Yum-Yum-Pregnancy-at-15-weeks_11zon-770x513.jpg 770w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-40252\" class=\"wp-caption-text\">Kredit gambar: babyyumyum.com<\/figcaption><\/figure>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada usia hamil 15 minggu ini juga Mommy, bayi sebenarnya sudah boleh menggerakkan semua anggota badan dan sendi mereka, serta mungkin sekarang ini bayi Mommy sedang menghisap ibu jari atau tersenyum.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun mata bayi Mommy masih tertutup dan mereka belum dapat melihat sepenuhnya, tetapi ajaibnya di sini, bayi Mommy mampu merasakan cahaya yang berada di sekelilingnya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada minggu ke-15 kehamilan ini juga, organ bayi Mommy akan terus berkembang dengan sangat pesat. <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Telinga bayi sudah pun mula berfungsi, membolehkannya mula mendengar, dan usus mereka juga bergerak ke tempat yang sepatutnya dalam badan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Paru-paru bayi juga mula berkembang pada peringkat ini, tetapi bayi Mommy masih akan bernafas dalam cecair amniotik sehingga mereka selamat dilahirkan. <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kadangkala, bayi Mommy mungkin akan tersedu dalam rahim, walaupun Mommy mungkin belum dapat merasakannya lagi.<\/span><\/p>\n<h2><strong>Saiz Bayi pada Usia Kandungan 15 Minggu<\/strong><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tertanya-tanya tak saiz bayi Mommy sekarang? Ketika memasuki usia kandungan 15 minggu ini, bayi Mommy sudah sebesar buah oren.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Berat purata bayi pada masa ini adalah kira-kira 2.5 auns dengan panjang mereka sekitar 4 inci.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kaki bayi Mommy kini lebih panjang berbanding lengan mereka, menjadikan perkadaran tubuh bayi lebih normal.<\/span><\/p>\n<h2><strong>Ultrasound dan Ujian Kesihatan Ketika Usia Kandungan 15 Minggu\u00a0<\/strong><\/h2>\n<figure id=\"attachment_40253\" aria-describedby=\"caption-attachment-40253\" style=\"width: 800px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"size-full wp-image-40253\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153251\/268471730-H-1024x700_11zon.jpg\" alt=\"15 minggu kehamilan\" width=\"800\" height=\"546\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153251\/268471730-H-1024x700_11zon.jpg 800w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153251\/268471730-H-1024x700_11zon-300x205.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153251\/268471730-H-1024x700_11zon-768x524.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153251\/268471730-H-1024x700_11zon-370x253.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153251\/268471730-H-1024x700_11zon-570x389.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153251\/268471730-H-1024x700_11zon-770x526.jpg 770w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-40253\" class=\"wp-caption-text\">Kredit gambar: parenting.firstcry.com<\/figcaption><\/figure>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada minggu ke-15 kehamilan, jika Mommy memilih untuk menjalani Skrin Berbilang Penanda (MMS), juga dikenali sebagai Ujian Skrin Tiga atau Empat, Mommy akan menjalani pengambilan darah untuk mengukur tahap protein dan hormon tertentu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ujian ini bertujuan menilai risiko bayi mengalami kecacatan tiub neural dan keabnormalan kromosom.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, amniosentesis, satu lagi ujian elektif yang biasanya dilakukan antara minggu ke-15 dan ke-20, boleh mendiagnosis kecacatan tiub saraf, keabnormalan kromosom, dan gangguan genetik lain.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun amniosentesis dianggap selamat, ia mempunyai risiko tertentu, jadi penting untuk Mommy berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menjalani prosedur ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Akan tetapi, jika keputusan ujian triple atau quad tidak normal atau jika terdapat risiko keabnormalan genetik yang lebih tinggi pada bayi Mommy, amniosentesis mungkin disarankan oleh doktor.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Prosedur ini pula Mommy, akan melibatkan penggunaan ultrasound untuk memasukkan jarum ke dalam kantung amniotik bagi mengumpul sampel cecair untuk diuji.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Memandangkan semua ujian ini boleh memberi tekanan, Mommy sangat digalakkan mencari masa untuk memanjakan diri dan menjaga kesejahteraan diri.<\/span><\/p>\n<h2><strong>Boleh atau Tidak Mommy Mengetahui Jantina Bayi pada Usia Kandungan 15 Minggu?<\/strong><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun agak awal untuk Mommy mengetahui jantina bayi hanya dengan ultrasound pada 15 minggu, Mommy mungkin dapat mengetahui jantina bayi jika menjalani kaedah lain iaitu melalui ujian amniosentesis.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Prosedur ini sebenarnya Mommy, lebih memberi jawapan pasti mengenai status jantina bayi yang biasanya boleh diperoleh antara 18 dan 22 minggu usia kehamilan.<\/span><\/p>\n<h2><strong>Perubahan Tubuh Mommy pada Usia Kandungan 15 Minggu\u00a0<\/strong><\/h2>\n<figure id=\"attachment_40254\" aria-describedby=\"caption-attachment-40254\" style=\"width: 800px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"size-full wp-image-40254\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153507\/12-weeks-pregnant.jpg\" alt=\"mengandung 15 minggu\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153507\/12-weeks-pregnant.jpg 800w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153507\/12-weeks-pregnant-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153507\/12-weeks-pregnant-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153507\/12-weeks-pregnant-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153507\/12-weeks-pregnant-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153507\/12-weeks-pregnant-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153507\/12-weeks-pregnant-770x513.jpg 770w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-40254\" class=\"wp-caption-text\">Kredit gambar: www.medicalnewstoday.com<\/figcaption><\/figure>\n<p>Pada minggu ke-15 kehamilan, Mommy mungkin mengalami pelbagai perubahan fizikal dan gejala. Berikut adalah beberapa simptom yang mungkin Mommy alami, seperti:<\/p>\n<h3>Pedih Ulu Hati dan Senak<\/h3>\n<p>Hormon perubahan boleh menyebabkan <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/senak-perut-ketika-hamil\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">pedih ulu hati dan senak<\/a>. Untuk mengurangkannya, Mommy perlu elakkan makanan yang mencetuskan simptom ini dan berbincang dengan doktor mengenai <a href=\"https:\/\/www.thebump.com\/a\/what-medications-are-safe-during-pregnancy\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" class=\"broken_link\">antasid yang selamat<\/a> untuk kehamilan.<\/p>\n<h3>Hidung Berdarah<\/h3>\n<p>Peningkatan jumlah darah dan saluran hidung yang sensitif boleh menyebabkan pendarahan hidung.<\/p>\n<p>Walaupun biasanya tidak berbahaya, jika pendarahan hidung berat, Mommy perlu berhubung dengan doktor.<\/p>\n<h3>Gusi Sensitif dan Bengkak<\/h3>\n<p>Ketika memasuki usia hamil 15 minggu, gusi Mommy mungkin menjadi lebih sensitif. Pastikan Mommy memberus gigi dengan kerap dan flos dengan lembut.<\/p>\n<p>Jangan lupa untuk menjalani lawatan pergigian secara berkala yang sangat penting ketika Mommy mengandung.<\/p>\n<h3>Sesak Nafas<\/h3>\n<p>Bayi yang semakin membesar dalam rahim boleh memberi tekanan pada organ Mommy, lalu menyebabkan Mommy berasa sesak nafas.<\/p>\n<p>Untuk hilangkannya, Mommy boleh cuba tidur secara mengiring untuk meningkatkan peredaran darah dan memudahkan Mommy bernafas.<\/p>\n<h3>Sakit Badan dan Kesemutan<\/h3>\n<p>Sakit badan dan kesemutan di tangan dan kaki boleh berlaku akibat pertambahan berat badan dan perubahan hormon.<\/p>\n<h3>Peningkatan Dorongan Seks dan Perubahan Mood<\/h3>\n<p>Dengan peningkatan tenaga, Mommy mungkin merasa lebih bertenaga dalam bilik tidur.<\/p>\n<p>Namun, jika Mommy mengalami simptom lain yang menyebabkan ketidakselesaan, jangan risau kerana ia hanya perkara biasa.<\/p>\n<p>Mood Mommy mungkin lebih baik jika Mommy menjaga diet dan melakukan aktiviti fizikal dengan baik.<\/p>\n<h3>Perut Hamil pada Usia Kandungan 15 Minggu<\/h3>\n<p>Pada minggu ke-15, rahim Mommy mula berkembang untuk menampung bayi yang sedang membesar dan mungkin mula melebihi pelvis Mommy.<\/p>\n<p>Perut hamil pada minggu ini mungkin tidak begitu ketara, terutama jika ini merupakan kehamilan Mommy yang pertama.<\/p>\n<p>Namun, jika Mommy sedang hamil anak kembar mungkin perut Mommy akan mengalami benjolan bayi yang lebih jelas lebih awal.<\/p>\n<h2><strong>Tips untuk Menyokong Kehamilan pada Minggu ke-15<\/strong><\/h2>\n<figure id=\"attachment_40256\" aria-describedby=\"caption-attachment-40256\" style=\"width: 800px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"size-full wp-image-40256\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30154139\/14-weeks-pregnant_11zon.jpg\" alt=\"15 minggu hamil\" width=\"800\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30154139\/14-weeks-pregnant_11zon.jpg 800w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30154139\/14-weeks-pregnant_11zon-300x169.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30154139\/14-weeks-pregnant_11zon-768x432.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30154139\/14-weeks-pregnant_11zon-480x270.jpg 480w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30154139\/14-weeks-pregnant_11zon-370x208.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30154139\/14-weeks-pregnant_11zon-570x321.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30154139\/14-weeks-pregnant_11zon-770x433.jpg 770w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-40256\" class=\"wp-caption-text\">Kredit gambar: www.motherandbaby.com<\/figcaption><\/figure>\n<ul>\n<li><strong>Jadualkan Pemeriksaan Pergigian:<\/strong> Jika Mommy mengalami masalah dengan gusi atau gigi, Mommy perlu lakukan pemeriksaan gigi secara berkala.<\/li>\n<li><strong>Rehat Secukupnya:<\/strong> Walaupun Mommy berasa bertenaga, tetapi jangan keterlaluan dengan tenaga yang ada. Mommy perlukan rehat yang mencukupi untuk membantu mengatasi sakit kepala dan keletihan.<\/li>\n<li><strong>Tidur Mengiring:<\/strong> Tidur mengiring, terutama sebelah kiri, boleh membantu peredaran darah dan mengelakkan masalah tekanan.<\/li>\n<li><strong>Ambil Kelas Bersalin:<\/strong> Pertimbangkan untuk menghadiri kelas bersalin untuk mempersiapkan diri untuk kelahiran bayi.<\/li>\n<li><strong>Kekalkan Diet yang Sihat:<\/strong> Pilih makanan yang kaya dengan zat besi dan kalsium untuk menyokong keperluan nutrisi Mommy dan bayi.<\/li>\n<\/ul>\n<p>Dengan memastikan Mommy menjaga kesihatan fizikal dan mental, Mommy tidak hanya mempersiapkan diri untuk kelahiran bayi tetapi juga menyokong perkembangan bayi dalam kandungan.<\/p>\n<p>Nikmati masa kehamilan ini dan persiapkan diri Mommy secukupnya untuk perjalanan baru sebagai ibu!<\/p>\n<p>Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program <a href=\"https:\/\/www.motherhood.com.my\/events\/newmom?utm_source=facebook&amp;utm_medium=socialmedia&amp;utm_campaign=newmom&amp;fbclid=IwAR0DdJ9f1ow8YzFS3t4lH0SND4z8X7OtyQIER88hFyG42a6GoxhVp4mpGbw\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" class=\"broken_link\">Motherhood New Mom<\/a> untuk mendapatkan New Mom Program seperti \u2018welcome gift\u2019 percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!<\/p>\n<p>Apa tunggu lagi jom serang <a href=\"https:\/\/www.motherhood.com.my\/home\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">website Motherhood <\/a>atau <a href=\"https:\/\/www.motherhood.com.my\/superapp\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">download aplikasi Motherhood<\/a> sekarang!<\/p>\n<hr \/>\n<p><em><strong>Penafian<\/strong>: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.<\/em><\/p>\n<hr \/>\n<p>Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di\u00a0<a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/category\/kehamilan\/perkembangan-janin\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><strong>SINI<\/strong><\/a>.<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada usia kandungan 15 minggu, banyak perubahan penting berlaku kepada bayi dan Mommy. Walaupun pada usia kehamilan 15 minggu ini, Mommy mungkin belum merasakan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":109,"featured_media":40255,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[3327,14],"tags":[10283,10233,10232,10234,3328,5796],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Kandungan 15 Minggu: Apa yang Berlaku pada Bayi dan Tubuh Mommy?<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Usia kandungan 15 minggu menandakan tahap penting dalam perkembangan janin dan perubahan tubuh Mommy. Ketahui semuanya di sini!\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/kandungan-15-minggu\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Kandungan 15 Minggu: Apa yang Berlaku pada Bayi dan Tubuh Mommy?\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Usia kandungan 15 minggu menandakan tahap penting dalam perkembangan janin dan perubahan tubuh Mommy. Ketahui semuanya di sini!\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/kandungan-15-minggu\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2024-08-20T02:00:28+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2024-08-12T09:37:58+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/07\/30153803\/Article-1_-Image_0-1.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"6 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40246"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/109"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40246"}],"version-history":[{"count":11,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40246\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40465,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40246\/revisions\/40465"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40255"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40246"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40246"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40246"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}