{"id":40844,"date":"2024-10-18T21:00:42","date_gmt":"2024-10-18T13:00:42","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=40844"},"modified":"2024-10-18T14:28:00","modified_gmt":"2024-10-18T06:28:00","slug":"kandungan-27-minggu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/kandungan-27-minggu\/","title":{"rendered":"Kandungan 27 Minggu: Perkembangan Janin dan Risiko Kelahiran Pramatang"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p><span style=\"font-weight: 400;\">Kehamilan adalah perjalanan penuh cabaran, terutamanya apabila Mommy sudah memasuki usia kandungan 27 minggu. Mommy mungkin mula merasakan perubahan fizikal dan hormon yang ketara, yang boleh mempengaruhi kesihatan dan keselesaan Mommy.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bukan sahaja Mommy, ketika usia kandungan 27 minggu, bayi Mommy juga sedang berkembang dengan pesat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Berikut adalah beberapa perkembangan bayi dan gejala yang sering dialami dan cara untuk Mommy menguruskannya!<\/span><\/p>\n<h2><b>Perkembangan Janin Ketika Usia Kandungan 27 Minggu<\/b><\/h2>\n<p><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"size-full wp-image-40846 aligncenter\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123447\/shutterstock_2393618575.jpg\" alt=\"perkembangan janin 27 minggu\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123447\/shutterstock_2393618575.jpg 800w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123447\/shutterstock_2393618575-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123447\/shutterstock_2393618575-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123447\/shutterstock_2393618575-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123447\/shutterstock_2393618575-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123447\/shutterstock_2393618575-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123447\/shutterstock_2393618575-770x513.jpg 770w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada fasa kehamilan ini, pertumbuhan bayi Mommy sangat pesat, dan terdapat banyak perkembangan penting yang berlaku. Antaranya:<\/span><\/p>\n<h3>Saiz dan Berat Bayi pada Usia Kandungan 27 Minggu<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada usia kandungan 27 minggu, bayi Mommy mungkin seberat 900 gram dengan panjang sekitar 36.8 cm.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bayi Mommy semakin montel, kulitnya semakin licin, dan mereka sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dalam keadaan yang lebih sihat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam beberapa bulan lagi, bayi Mommy akan membentuk pipi yang comel!<\/span><\/p>\n<h3>Bayi Mula Mengenali Suara Mommy Memasuki Usia Kandungan 27 Minggu<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada usia 27 minggu kandungan, bayi Mommy mungkin sudah mengenali suara Mommy dan Daddy.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pendengaran mereka semakin matang, jadi inilah masa yang sesuai untuk Mommy bercakap, menyanyi, atau membaca kepada bayi.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mommy juga boleh perkenalkan lagu tidur yang Mommy mungkin akan gunakan selepas si comel lahir nanti.<\/span><\/p>\n<h3>Perkembangan Sensori dan Bayi Tersedu<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, bayi Mommy juga sudah mula merasai rasa makanan yang Mommy makan melalui cairan amniotik.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini juga menyebabkan sesetengah bayi mengalami sedu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sedu ini adalah tanda normal perkembangan bayi dan biasanya terasa seperti kekejangan kecil di dalam perut Mommy.<\/span><\/p>\n<h3>Bayi Mula Membuka Mata<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada minggu hamil 27 minggu ini, bayi Mommy mula membuka dan menutup mata mereka.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika Mommy menyuluh lampu ke perut, si manja Mommy mungkin bertindak balas dengan menendang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun penglihatan mereka belum sempurna, bayi sudah mula peka terhadap cahaya.<\/span><\/p>\n<h2><strong>Risiko Kelahiran Pramatang pada Kehamilan Anak Kembar<\/strong><\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"size-full wp-image-40849 aligncenter\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25124220\/shutterstock_2316914267.jpg\" alt=\"kelahiran pramatang\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25124220\/shutterstock_2316914267.jpg 800w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25124220\/shutterstock_2316914267-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25124220\/shutterstock_2316914267-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25124220\/shutterstock_2316914267-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25124220\/shutterstock_2316914267-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25124220\/shutterstock_2316914267-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25124220\/shutterstock_2316914267-770x513.jpg 770w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika Mommy mengandung anak kembar, risiko kelahiran pramatang lebih tinggi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Waspada, jika Mommy mengalami gejala seperti pendarahan, sakit perut, atau kontraksi yang kerap, Mommy perlu segera berjumpa dengan doktor.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bayi kembar biasanya dilahirkan sekitar minggu ke-37, tetapi lebih lama mereka kekal dalam rahim, lebih baik untuk perkembangan mereka.<\/span><\/p>\n<h3>Pertambahan Berat Badan pada Usia Kandungan 27 Minggu<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Memasuki usia kehamilan 27 minggu ini, Mommy mungkin mengalami pertambahan berat antara 15 hingga 30 paun.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika Mommy mengandung anak kembar, berat badan Mommy disarankan antara 29 hingga 44 paun.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Akan tetapi, pertambahan berat yang berlebihan atau terlalu sedikit boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan Mommy dan bayi.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mommy mungkin perasan kaki dan tangan Mommy kelihatan seperti bengkak.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jangan risau! Bengkak atau edema adalah perkara biasa pada minggu ke-27, terutamanya pada kaki dan tangan Mommy.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini berlaku kerana peningkatan aliran darah dan tekanan pada vena kava inferior.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk mengurangkan bengkak, Mommy disarankan untuk tidak duduk atau berdiri terlalu lama, dan berehat dengan kaki diangkat.<\/span><\/p>\n<h2><b>Gejala Kehamilan Ketika Usia Kandungan 27 Minggu yang Mommy Perlu Tahu<\/b><\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"size-full wp-image-40847 aligncenter\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123724\/shutterstock_2294346321.jpg\" alt=\"gejala hamil 27 minggu\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123724\/shutterstock_2294346321.jpg 800w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123724\/shutterstock_2294346321-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123724\/shutterstock_2294346321-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123724\/shutterstock_2294346321-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123724\/shutterstock_2294346321-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123724\/shutterstock_2294346321-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25123724\/shutterstock_2294346321-770x513.jpg 770w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<h3>Pengsan atau Pening Katika Usia Kandungan 27 Minggu<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mommy mungkin mengalami rasa pening atau pengsan disebabkan penurunan tekanan darah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika Mommy pening, duduklah dan angkat kaki untuk meningkatkan aliran darah.<\/span><\/p>\n<h3>Kontraksi Braxton Hicks<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ketika ini juga, Mommy mungkin mula merasai kontraksi Braxton Hicks, yang terasa seperti ketegangan di perut.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kontraksi ini tidak menyakitkan dan bersifat sementara, jadi Mommy tidak perlu risau melainkan ia berlaku secara kerap dan semakin kuat.<\/span><\/p>\n<h3>Gusi Berdarah<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Perubahan hormon boleh menyebabkan gusi Mommy bengkak dan berdarah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pastikan Mommy menjaga kebersihan mulut dengan memberus gigi dua kali sehari dan menggunakan benang gigi.<\/span><\/p>\n<h3>Gatal Perut<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bukan itu sahaja, memasuki usia kandungan 27 minggu ini, kulit perut Mommy mungkin kering dan gatal disebabkan pembesaran.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pelembap dan mandian oat boleh membantu melegakan kegatalan ini.<\/span><\/p>\n<h3><a href=\"https:\/\/www.precisionhealth.com.au\/ms\/healthcare-services\/advanced-neurosurgery-spinal-surgery\/conditions-treated\/movement-disorders\/restless-legs-syndrome\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Sindrom Kaki Resah (RLS)<\/a><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, Mommy mungkin merasa kegelisahan atau kesemutan di kaki, terutama pada waktu malam.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sindrom kaki resah ini mungkin disebabkan kekurangan zat besi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Yoga dan teknik relaksasi boleh membantu Mommy untuk mengurangkan simptom RLS ini.<\/span><\/p>\n<h3>Sakit Ligamen Bulat<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mommy mungkin merasakan kesakitan yang tajam di perut atau pinggul.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Rehat dan elakkan pergerakan mendadak boleh membantu mengurangkan rasa sakit ini.<\/span><\/p>\n<h3>Hidung Tersumbat<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Hormon kehamilan boleh menyebabkan saluran hidung Mommy bengkak, yang mengakibatkan hidung tersumbat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mommy boleh cuba ubat titisan atau semburan hidung (nebuliser) yang mengandungi garam laut untuk dapatkan kelegaan.<\/span><\/p>\n<h3>Rambut dan Bulu Badan Tambahan<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mommy mungkin perasan pertumbuhan rambut yang lebih lebat pada wajah dan badan disebabkan oleh perubahan hormon.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Cuba kaedah seperti mencukur atau waxing untuk menguruskannya.<\/span><\/p>\n<h3>Bengkak pada Kaki dan Buku Lali<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pengumpulan cecair dalam badan menyebabkan bengkak pada kaki.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Oleh itu, Mommy sangat digalakkan minum air yang mencukupi dan mengangkat kaki ketika duduk.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika bengkak berlebihan, segera berjumpa doktor.<\/span><\/p>\n<h3>Inkontinens Kencing<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Masalah<a href=\"https:\/\/www.mmgazette.com\/ubat-ubatan-untuk-rawatan-terkucil-inkontinens-urinari-zanariah-abu-bakar-pegawai-farmasi\/#:~:text=Inkontinens%20desakan%20atau%20dikenali%20juga,gesaan%20untuk%20membuang%20air%20kencing.\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"> inkontinens kencing<\/a> mungkin berlaku semasa Mommy ketawa atau bersin.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Namun jangan risau! Senaman lantai pelvis seperti Kegel boleh membantu Mommy mengatasi masalah ini.<\/span><\/p>\n<h3>Sakit Pelvis dan Kejang Kaki<\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kejang kaki dan sakit pelvis juga biasa berlaku pada minggu ke-27 dan senaman ringan boleh membantu Mommy mengurangkan ketidakselesaan ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada minggu ke-27 kehamilan, Mommy sedang melalui fasa perkembangan penting bagi bayi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun ada pelbagai gejala dan cabaran yang perlu Mommy hadapi sepanjang kehamilan ini, Mommy perlu sentiasa ingat bahawa setiap hari adalah satu langkah lebih dekat untuk bertemu dengan bayi Mommy yang dinantikan selama ini.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi, teruskan kuat dan penuh semangat untuk menjaga kesihatan Mommy dan bayi dengan baik!<\/span><\/p>\n<p>Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan\u00a0<em>parenting<\/em>\u00a0atau penjagaan bayi, jangan risau.<\/p>\n<p>Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program\u00a0<a href=\"https:\/\/www.motherhood.com.my\/events\/newmom?utm_source=facebook&amp;utm_medium=socialmedia&amp;utm_campaign=newmom&amp;fbclid=IwAR0DdJ9f1ow8YzFS3t4lH0SND4z8X7OtyQIER88hFyG42a6GoxhVp4mpGbw\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" class=\"broken_link\">Motherhood New Mom<\/a>\u00a0untuk mendapatkan New Mom Program seperti \u2018welcome gift\u2019 percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!<\/p>\n<p>Apa tunggu lagi jom serang\u00a0<a href=\"https:\/\/www.motherhood.com.my\/home\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">website Motherhood\u00a0<\/a>atau\u00a0<a href=\"https:\/\/www.motherhood.com.my\/superapp\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">download aplikasi Motherhood<\/a>\u00a0sekarang!<\/p>\n<hr \/>\n<p><em><strong>Penafian<\/strong>: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.<\/em><\/p>\n<hr \/>\n<p>Jom Mommy! Tambah ilmu dan terokai pelbagai lagi info dan perkongsian menarik yang lain di\u00a0<strong><a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/category\/kehamilan\/perkembangan-janin\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">SINI<\/a><\/strong>!<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kehamilan adalah perjalanan penuh cabaran, terutamanya apabila Mommy sudah memasuki usia kandungan 27 minggu. Mommy mungkin mula merasakan perubahan fizikal dan hormon yang ketara,&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":109,"featured_media":40848,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[3327,14],"tags":[10368,3328,5796],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Kandungan 27 Minggu: Perkembangan Janin dan Risiko Kelahiran Pramatang<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Pada usia kandungan 27 minggu, bayi mula membuka mata dan mendengar suara. Fahami lebih lanjut perubahan penting pada bayi dan tubuh anda!\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/kandungan-27-minggu\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Kandungan 27 Minggu: Perkembangan Janin dan Risiko Kelahiran Pramatang\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Pada usia kandungan 27 minggu, bayi mula membuka mata dan mendengar suara. Fahami lebih lanjut perubahan penting pada bayi dan tubuh anda!\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/kandungan-27-minggu\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2024-10-18T13:00:42+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2024-10-18T06:28:00+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2024\/09\/25124000\/shutterstock_2364323973.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"5 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40844"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/109"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40844"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40844\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41732,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40844\/revisions\/41732"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40848"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40844"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40844"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40844"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}