{"id":5229,"date":"2019-07-12T14:25:00","date_gmt":"2019-07-12T06:25:00","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=5229"},"modified":"2021-03-15T19:39:39","modified_gmt":"2021-03-15T11:39:39","slug":"kelengkapan-dan-keperluan-bayi-ibu-bapa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/kelengkapan-dan-keperluan-bayi-ibu-bapa\/","title":{"rendered":"Kelengkapan dan Keperluan Bayi Yang Setiap Ibu Bapa Harus Sediakan"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Selepas melahirkan, rutin harian para ibu akan menjadi padat dengan proses penyusuan dan penjagaan si manja.<\/p>\n<p>Oleh itu, amatlah disarankan untuk para ibu agar melakukan persiapan barangan keperluan bayi anda dalam tempoh kehamilan lagi.<\/p>\n<p>Jika anda merancang untuk melakukannya lebih awal, sebaiknya adalah selepas mengetahui jantina bayi anda.<\/p>\n<p>Berbincanglah dengan pasangan anda dalam mencapai kata sepakat dan sokongan moral. Untuk memudahkan urusan, catat lah hasil perbincangan dan senarai barangan bayi anda.<\/p>\n<p>Usahlah merasakan ianya satu beban dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul, malah nikmatilah saat-saat indah membeli belah keperluan si comel anda bersama pasangan.<\/p>\n<h2><span style=\"color: #993366;\">Peralatan dan Keperluan Bayi<\/span><\/h2>\n<p>Barangan keperluan bayi secara umumnya boleh dikategorikan dalam lima kumpulan iaitu pakaian, keperluan tempat tidur, keperluan mandian, keperluan menyusu dan keperluan asas.<\/p>\n<h3><span style=\"color: #333399;\">Pakaian<\/span><\/h3>\n<p><strong>1. Pakaian di siang hari<\/strong> &#8211; para ibu hendaklah memilih pakaian bayi yang sesuai di siang hari terutamanya ketika cuaca panas iaitu pakaian yang diperbuat dari kapas lembut, nipis dan yang menyerap peluh.<\/p>\n<p>Cadangan yang sesuai ialah pakaian yang tekstur fabriknya berlubang dan kuantitinya ialah 5 pasang.<\/p>\n<p><strong>2. Pakaian pada waktu malam<\/strong> &#8211; pada waktu malam, pakaian yang sesuai ialah yang menutupi keseluruhan badan bayi anda. Ini sesuai dengan suhu waktu malam yang dingin.<\/p>\n<p>Fabriknya haruslah selesa dan lembut untuk kulit bayi agar waktu tidur bayi anda tidak terganggu. Cadangan kuantiti yang sesuai ialah 5 pasang.<\/p>\n<p><strong>3. Sarung tangan dan kaki<\/strong> &#8211; kebiasaannya, ia dijual sepasang bersama pakaian bayi dan para ibu tidak perlu bersusah payah untuk membeli yang lain.<\/p>\n<p>Namun sekiranya anda memilih untuk membelinya secara berasingan, kuantiti yang sesuai ialah 5 pasang.<\/p>\n<figure id=\"attachment_5237\" aria-describedby=\"caption-attachment-5237\" style=\"width: 800px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-5237\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06225638\/baju-bayi-e1562827033151.png\" alt=\"baju kelengkapan bayi \" width=\"800\" height=\"534\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-5237\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Shutterstock<\/figcaption><\/figure>\n<p><em>Jika para ibu mempunyai kekangan kewangan, kuantiti boleh lah dikurangkan. Namun, anda harus memastikan pakaian, sarung tangan dan sarung kaki yang bersih sentiasa tersedia. <\/em><\/p>\n<p><em>Terutama sarung tangan, ia lebih mudah kotor kerana bayi anda mungkin akan selalu bermain dengan mulut dan menghisapnya. <\/em><\/p>\n<p><em>Pakaian pula mungkin akan kerap ditukar kerana terkena muntah atau najis bayi anda. <\/em><\/p>\n<p><em>Buatlah perancangan awal seperti meminjam pakaian bayi dari keluarga terdekat untuk memastikan keperluan bayi anda mencukupi dan penjagaan bayi menjadi lebih mudah.<\/em><\/p>\n<h3><span style=\"color: #333399;\">Keperluan Tempat Tidur<\/span><\/h3>\n<figure id=\"attachment_5239\" aria-describedby=\"caption-attachment-5239\" style=\"width: 711px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-5239\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06230633\/babycot-edit-267x300.png\" alt=\"keperluan bayi tempat tidur\" width=\"711\" height=\"800\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06230633\/babycot-edit-267x300.png 267w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06230633\/babycot-edit-768x864.png 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06230633\/babycot-edit-370x416.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06230633\/babycot-edit-570x641.png 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06230633\/babycot-edit-770x866.png 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06230633\/babycot-edit-516x580.png 516w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06230633\/babycot-edit.png 800w\" sizes=\"(max-width: 711px) 100vw, 711px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-5239\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Shutterstock<\/figcaption><\/figure>\n<p><strong>1. Katil bayi<\/strong> &#8211; katil bayi yang sesuai ialah katil yang diperbuat dari bahan yang kukuh dan tanpa bucu yang tajam.<\/p>\n<p>Pastikan reka bentuk katil bayi mementingkan keselamatan seperti mempunyai penghadang dan tiada ruang atau potongan yang boleh membuat lengan atau kaki bayi tersepit.<\/p>\n<p><strong>2. Tilam<\/strong> &#8211; dalam pemilihan tilam, para ibu mempunyai pelbagai pilihan seperti tilam getah, tilam fiber semula jadi dan tilam berspring.<\/p>\n<p>Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh <em>Foundation of the Study for Infant Deaths<\/em>, tilam yang sesuai ialah tilam yang padat, tidak terlalu lembik ataupun terlalu lembut.<\/p>\n<p>Para ibu tidak disarankan untuk menggunakan tilam yang terpakai kerana khuatir ini akan menjejaskan keselesaan dan keselamatan bayi. Pastikan juga tilam bayi sentiasa bersih dari debu hama dan kotoran.<\/p>\n<p><strong>3. Selimut<\/strong> &#8211; untuk menentukan kesesuaian selimut bagi bayi anda, faktor suhu hendaklah diutamakan.<\/p>\n<p>Ketika cuaca panas, gunakanlah selimut yang nipis agar bayi anda lebih selesa dan tidak berpeluh secara berlebihan.<\/p>\n<p>Manakala ketika cuaca lebih dingin, pilihlah selimut yang lebih tebal untuk memberi perlindungan yang optimum pada bayi.<\/p>\n<p>Gejala seperti perut kembung akibat terdedahnya pada angin dan suhu dingin dapat dielakkan.<\/p>\n<p>Harus diingatkan, sama ada tebal atau pun nipis, selimut tersebut hendaklah diperbuat dari fabrik yang selesa dan menyerap peluh.<\/p>\n<p><strong>4. Pelapik tilam<\/strong> &#8211; para ibu hendaklah membeli sekurang-kurangnya sehelai pelapik tilam yang diperbuat dari getah.<\/p>\n<p>Tujuannya ialah untuk melindungi tilam dari terkena najis dan muntah bayi.<\/p>\n<p>Pelapik tilam yang kalis air akan memudahkan pembersihan dan penyeliaan tempat tidur bayi anda.<\/p>\n<p><strong>5. Kelambu<\/strong> &#8211; untuk mengelakkan gigitan nyamuk dan serangga, penggunaan kelambu adalah amat disarankan.<\/p>\n<p>Namun, pemasangan dan penggunaannya haruslah dipantau rapi untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.<\/p>\n<p>Pilihlah kelambu yang nipis supaya tidak menyekat pengudaraan dan kuat fabriknya agar tidak mudah terkoyak dan tahan lama.<\/p>\n<h3><span style=\"color: #333399;\">Keperluan Mandian<\/span><\/h3>\n<figure id=\"attachment_5240\" aria-describedby=\"caption-attachment-5240\" style=\"width: 800px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-5240\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231030\/baby-mandi.png\" alt=\"keperluan bayi mandi \" width=\"800\" height=\"534\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231030\/baby-mandi.png 1000w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231030\/baby-mandi-300x200.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231030\/baby-mandi-768x512.png 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231030\/baby-mandi-370x247.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231030\/baby-mandi-270x180.png 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231030\/baby-mandi-570x380.png 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231030\/baby-mandi-770x514.png 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231030\/baby-mandi-870x580.png 870w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-5240\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Shutterstock<\/figcaption><\/figure>\n<p><strong>1. Besen<\/strong> &#8211; pilihlah reka bentuk besen yang sesuai dengan saiz badan bayi anda. Ia hendaklah diperbuat dari plastik yang kukuh dan tahan panas.<\/p>\n<p><strong>2. Sabun mandian<\/strong> &#8211; selain menjimatkan, sabun mandian yang boleh juga digunakan sebagai syampu akan memudahkan proses mandian bayi.<\/p>\n<p>Hanya dengan dua tiga picit, anda dapat membersihkan seluruh badan bayi anda dari kepala hingga kaki. Sabun ini biasanya dilabel &#8216;<em>head to toe&#8217;<\/em> pada pembungkusannya.<\/p>\n<p><strong>3. Tuala bayi<\/strong> &#8211; untuk mengeringkan badan bayi, pilihlah tuala bayi yang lembut dan cepat menyerap air.<\/p>\n<p>Agar tidak timbul sebarang tindak balas negatif pada kulit bayi, tuala bayi haruslah sentiasa ditukar dan dijaga kebersihannya. Cadangan kuantiti yang sesuai ialah 3 helai.<\/p>\n<h3><span style=\"color: #cc99ff;\">Keperluan Menyusu<\/span><\/h3>\n<p><strong>1. Botol susu<\/strong> &#8211; walaupun anda merancang <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/susu-ibu-makanan-terbaik\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">untuk menyusu bayi anda secara terus<\/a>, anda hendaklah membeli sekurang-kurangnya 3 botol susu, sebaiknya anti kolik dan BPA <em>free<\/em>.<\/p>\n<p>Walaupun tidak digunakan untuk penyusuan susu formula, anda boleh menggunakannya untuk penyusuan susu perahan dada anda.<\/p>\n<p><strong>2. Puting<\/strong> &#8211; pilihlah puting yang sesuai berdasarkan saiz dan kadar alirannya. Semakin meningkat usia bayi, semakin meningkat saiz dan kadar alirannya.<\/p>\n<p><strong>3. Berus botol<\/strong> &#8211; untuk membersihkan botol dan puting dengan baik, para ibu haruslah menggunakan pemberus botol yang efektif. Pilihlah yang mana dirasakan cocok dengan saiz dan bentuk botol susu bayi anda.<\/p>\n<p><strong>4. Pam susu<\/strong> &#8211; jika para ibu bercadang untuk memberikan susu perahan pada bayi, terutamanya para ibu yang bekerjaya, anda harus mempunyai sekurang-kurangnya satu pam susu.<\/p>\n<figure id=\"attachment_5241\" aria-describedby=\"caption-attachment-5241\" style=\"width: 800px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-5241\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231940\/milk-pump.png\" alt=\"susu ibu \" width=\"800\" height=\"689\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231940\/milk-pump.png 1000w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231940\/milk-pump-300x258.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231940\/milk-pump-768x661.png 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231940\/milk-pump-370x319.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231940\/milk-pump-570x491.png 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231940\/milk-pump-770x663.png 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06231940\/milk-pump-674x580.png 674w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-5241\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Shutterstock<\/figcaption><\/figure>\n<p><strong>5. Alat steril<\/strong> &#8211; mungkin dalam kekerapan seminggu sekali, para ibu perlu mensteril barangan penyusuan bayi untuk kebersihan menyeluruh.<\/p>\n<p>Pilihlah kaedah mensteril yang sesuai dengan cara anda dan sediakanlah alatan sterilnya.<\/p>\n<p>Jika para ibu memilih untuk mensteril dengan merebus sehingga mendidih, alatan steril yang perlu disediakan hanya lah sebuah periuk.<\/p>\n<h3><span style=\"color: #cc99ff;\">Keperluan Asas<\/span><\/h3>\n<p><strong>1. Pampers<\/strong> &#8211; pampers yang sesuai bergantung pada saiz badan bayi anda.<\/p>\n<p>Di pasaran, terdapat lampin pakai buang yang terdiri dari pelbagai saiz seperti XS, S, M, L dan XL.<\/p>\n<p>Kebiasaannya, bayi yang baru lahir sesuai dengan saiz XS dan saiz ini akan meningkat seiring dengan berat dan usia bayi anda.<\/p>\n<p><strong>2. Bengkung bayi<\/strong> &#8211; untuk mengelakkan kembung perut akibat terdedah kepada angin, pemakaian bengkung bayi adalah penting.<\/p>\n<p>Pilihlah bengkung yang diperbuat dari kapas dan saiz yang sesuai supaya ia tidak mengganggu keselesaan, penghadaman dan pernafasan bayi.<\/p>\n<p><strong>3. Kain lampin<\/strong> &#8211; dalam proses penjagaan bayi, kain lampin amatlah diperlukan. Ia mempunyai pelbagai kegunaan seperti untuk membedung bayi, mengelap muntah susu dan sebagai selimut alternatif.<\/p>\n<p>Cadangan yang sesuai ialah 10 helai.<\/p>\n<p><strong>4. Tikar pelapik getah<\/strong> &#8211; ketika penukaran lampin bayi, para ibu memerlukan tikar pelapik getah.<\/p>\n<p>Jika bayi anda kencing atau membuang najis pada waktu ini, kerja pembersihan akan menjadi lebih senang.<\/p>\n<p><strong>5. Bedak, losyen dan minyak bayi<\/strong> &#8211; kesemua ini diperlukan untuk memberi keselesaan lebih pada bayi. Penggunaan bedak dan losyen akan memberi rasa nyaman dan bau harum pada bayi anda.<\/p>\n<p>Sebelum memakai bengkung bayi, sapulah beberapa titis minyak bayi seperti minyak telon atau minyak kayu putih pada perut dan bahagian belakang badan bayi untuk memanaskannya.<\/p>\n<p><strong>6. Bebola kapas, tisu dan putik kapas bayi<\/strong> &#8211; barangan ini diperlukan untuk memudahkan penjagaan bayi.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, para ibu akan memerlukan bebola kapas untuk mencuci pusat bayi, tisu untuk mengelap sebarang kekotoran dan putik kapas bayi untuk membersih rongga-rongga bayi.<\/p>\n<p><strong>7. Topi<\/strong> &#8211; ketika melakukan aktiviti di luar rumah seperti berjalan di taman, topi bayi diperlukan untuk melindungi kepala bayi anda yang masih lembut dari terdedahnya pada cahaya matahari dan sebarang bahaya.<\/p>\n<p><strong>8. Stokin dan kasut bayi<\/strong> &#8211; jika para ibu dan bapa mempunyai peruntukan yang lebih, anda bolehlah membeli stokin dan kasut bayi untuk memberi gaya lebih pada bayi anda.<\/p>\n<p><strong>9. Kain sandang<\/strong> &#8211; kain sandang diperlukan untuk menyenangkan aktiviti di luar rumah. Pilihlah kain sandang yang mampu menampung berat bayi anda dengan elok dan juga yang memberikan keselesaan kepada anda.<\/p>\n<p><strong>10. Kereta sorong<\/strong> &#8211; selain kain sandang, dengan menggunakan kereta sorong, anda tidak lagi perlu untuk mendukung bayi anda sepanjang masa.<\/p>\n<p>Pilihlah kereta sorong yang kukuh secara keseluruhannya dan yang memberikan keselesaan ideal pada bayi anda.<\/p>\n<figure id=\"attachment_5242\" aria-describedby=\"caption-attachment-5242\" style=\"width: 800px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-5242\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06232510\/stroller.png\" alt=\"stroller bayi\" width=\"800\" height=\"534\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06232510\/stroller.png 1000w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06232510\/stroller-300x200.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06232510\/stroller-768x512.png 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06232510\/stroller-370x247.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06232510\/stroller-270x180.png 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06232510\/stroller-570x380.png 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06232510\/stroller-770x514.png 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/06232510\/stroller-870x580.png 870w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-5242\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Shutterstock<\/figcaption><\/figure>\n<p><strong>11. Beg keperluan bayi<\/strong> &#8211; para ibu memerlukan sebuah beg untuk meletakkan segala barangan bayi ketika berada di luar rumah. Beg yang mempunyai banyak poket dan ruangan pelbagai saiz adalah disarankan.<\/p>\n<p><strong>12. Kerusi keselamatan bayi<\/strong> &#8211; untuk para ibu dan bapa yang kerap menaiki kereta bersama bayi, kerusi keselamatan bayi adalah amat penting.<\/p>\n<p>Selain untuk menjaga keselamatan bayi anda, ia juga dapat memberikan keselesaan pada bayi ketika berada di dalam kereta. Pilihlah yang sesuai dengan umur dan saiz badan bayi anda.<\/p>\n<p><strong>13. Bakul penyimpanan<\/strong> &#8211; segala keperluan bayi perlu disimpan dengan elok untuk memastikan kebersihannya.<\/p>\n<p>Penyimpanan barangan kelengkapan bayi dalam bakul atau kotak penyimpanan (<em>storage box<\/em>) akan lebih memudahkan urusan para ibu.<\/p>\n<p>Anda tidak lagi perlu untuk menghabiskan masa mencari barangan bayi kerana kesemuanya disimpan di tempat yang sama.<\/p>\n<h2><span style=\"color: #993366;\">Keperluan Emosi dan Mental Bayi<\/span><\/h2>\n<p>Dalam menyediakan kelengkapan bayi anda, bukan sahaja keperluan fizikal yang penting.<\/p>\n<p>Para ibu dan bapa haruslah sentiasa memberikan belaian, perhatian dan kasih sayang sebanyak yang boleh pada bayi supaya keperluan emosi mereka mencukupi.<\/p>\n<p>Bayi yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang kebiasaannya akan membesar menjadi seorang yang stabil mentalnya.<\/p>\n<p>Sentiasalah membacakan surah-surah al-quran dan doa-doa yang sesuai pada bayi anda sejak awal kelahiran lagi.<\/p>\n<p>Dalam menyediakan kelengkapan barangan bayi anda, faktor utama yang harus diutamakan ialah keselesaan dan kesesuaian barangan pada bayi.<\/p>\n<p>Barangan yang mahal sebagai contoh, tidak semestinya terjamin mutunya. Reka bentuk yang menarik juga tidak semestinya mampu memberikan keselesaan kepada bayi.<\/p>\n<p>Lakukanlah pemerhatian dan kajian terhadap barangan bayi dan pilihlah yang mana anda rasa yang terbaik untuk si comel anda.<\/p>\n<p>Dapatkan keperluan bayi pada harga termurah hanya di <a href=\"https:\/\/www.motherhood.com.my\/?utm_source=storymotherhood&amp;utm_medium=content&amp;utm_campaign=homepage\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">Motherhood.com.my<\/a>!<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas melahirkan, rutin harian para ibu akan menjadi padat dengan proses penyusuan dan penjagaan si manja. Oleh itu, amatlah disarankan untuk para ibu agar&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":50,"featured_media":5312,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[2,629],"tags":[755,759,758,760,757,756],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Kelengkapan dan Keperluan Bayi Yang Setiap Ibu Bapa Harus Sediakan<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Amatlah disarankan untuk para ibu agar melakukan persiapan barangan keperluan bayi anda dalam tempoh kehamilan lagi.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/kelengkapan-dan-keperluan-bayi-ibu-bapa\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Kelengkapan dan Keperluan Bayi Yang Setiap Ibu Bapa Harus Sediakan\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Amatlah disarankan untuk para ibu agar melakukan persiapan barangan keperluan bayi anda dalam tempoh kehamilan lagi.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/kelengkapan-dan-keperluan-bayi-ibu-bapa\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2019-07-12T06:25:00+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2021-03-15T11:39:39+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2019\/07\/11152408\/barangan-keperluan-bayi.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"8 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5229"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/50"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5229"}],"version-history":[{"count":16,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5229\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21913,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5229\/revisions\/21913"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5312"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5229"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5229"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5229"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}