{"id":7914,"date":"2021-04-26T16:00:35","date_gmt":"2021-04-26T08:00:35","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=7914"},"modified":"2021-05-01T17:52:53","modified_gmt":"2021-05-01T09:52:53","slug":"air-selusuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/air-selusuh\/","title":{"rendered":"Benarkah Air Selusuh Membantu Memudahkan Proses Bersalin?"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Air selusuh sememangnya sinonim dengan ibu hamil dan proses melahirkan.<\/p>\n<p>Menurut kata orang tua, air selusuh dapat membantu untuk memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin.<\/p>\n<p>Betul ke?<\/p>\n<p>Ada yang menyokong pendapat ini dan ada yang tidak. Namun menurut sains, masih tidak ada lagi kajian klinikal yang dapat membuktikan keberkesanan air selusuh ini dalam memudahkan proses bersalin.<\/p>\n<p>Jadi anda harus mengamalkannya ataupun tidak ya? Bila dah timbul pelbagai pandangan macam ni, jadi keliru pula kan?<\/p>\n<blockquote><p><span style=\"color: #800000;\">Air apa sebenarnya air selusuh ni?<\/span><\/p><\/blockquote>\n<h2><span style=\"color: #25b3b8;\">Apakah Itu Air Selusuh?<\/span><\/h2>\n<p>Air selusuh adalah air yang dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran, yang bertujuan untuk memudahkan proses bersalin.<\/p>\n<p>Namun terdapat juga sesetengah air selusuh yang dibacakan mantera atau jampi serapah yang berkemungkinan tidak selari dengan ajaran agama Islam.<\/p>\n<p>Selain daripada itu, ada juga air selusuh yang dimasukkan dan direndam akar kayu, herba dan bahan-bahan lain yang dipercayai dapat mempercepatkan pembukaan pintu rahim dan menyebabkan kontraksi.<\/p>\n<h2><span style=\"color: #25b3b8;\">Adakah Ia Sesuai Untuk Diamalkan?<\/span><\/h2>\n<p>Menurut pegawai perubatan Obstetrik dan Ginekologi di Kementerian Kesihatan Malaysia, <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/drmuhammadizzat\/posts\/10211628911061880\" target=\"_blank\" rel=\"noopener nofollow\">Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak<\/a>, air selusuh yang dicampurkan bahan-bahan ke dalamnya mungkin kurang sesuai untuk diminum dan diamalkan.<\/p>\n<p>Ini adalah kerana kita tidak jelas tentang bahan kimia yang terdapat di dalam bahan-bahan itu. Banyak persoalan yang harus timbul.<\/p>\n<blockquote><p><span style=\"color: #800000;\">Seberapa banyak dosnya? Apakah sesuai untuk setiap individu dan keadaan bayi yang dikandung? Kandungannya boleh menyebabkan sebarang kesan sampingan tak?<\/span><\/p><\/blockquote>\n<p>Oleh kerana masih tiada kajian tentang kesan air selusuh kepada ibu hamil dan bayi, kita tidak boleh menjawab mana-mana persoalan ini dengan jelas.<\/p>\n<p>Campuran bersama bahan-bahan lain inilah yang merisaukan sebenarnya.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, antara bahan yang dicampurkan ke dalam air selusuh adalah akar Fatimah.<\/p>\n<p>Ia juga turut dikenali sebagai Rumput Fatimah\/Rose of Jericho atau Sanggul Fatimah. Akar ini dipercayai mengandungi bahan yang dapat merangsang proses bersalin.<\/p>\n<p>Apabila darah awal bersalin telah keluar, air ketuban telah pun pecah ataupun tanda-tanda awal bersalin yang lain berlaku, ibu hamil disarankan untuk meminum air selusuh ini. Selain itu, sapukan juga di kawasan perut dan rahim.<\/p>\n<h2><span style=\"color: #25b3b8;\">Mengapakah Air Selusuh Dikatakan Berbahaya?<\/span><\/h2>\n<figure id=\"attachment_7920\" aria-describedby=\"caption-attachment-7920\" style=\"width: 600px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"size-full wp-image-7920\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234419\/bahaya-air-selusuh.png\" alt=\"bahaya air selusuh\" width=\"600\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234419\/bahaya-air-selusuh.png 600w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234419\/bahaya-air-selusuh-300x225.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234419\/bahaya-air-selusuh-500x375.png 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234419\/bahaya-air-selusuh-370x278.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234419\/bahaya-air-selusuh-570x428.png 570w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-7920\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: istockphoto<\/figcaption><\/figure>\n<p>Terdapat kajian yang mendapati bahawa bahan yang digunakan dalam pembuatan air selusuh akan bertindak balas seperti hormon oksitosin, iaitu menyebabkan kontraksi pada rahim ibu.<\/p>\n<p>Sememangnya, jumlah dan kesannya kepada individu dan kandungan tidak dijelaskan dengan terperinci. Bayangkan jika dosnya berlebihan ataupun keadaan ibu dan bayi tidak sesuai untuk menerimanya?<\/p>\n<p>Masalah kesihatan yang lain mungkin terjadi dan kandungan akan terancam. Agak berisiko, bukan?<\/p>\n<p>Bukan itu sahaja ya, pengambilan air selusuh dikatakan berbahaya kerana mengganggu proses berpuasa ibu hamil.<\/p>\n<p>Seperti yang dinyatakan Dr. Muhammad Izzat, ibu hamil yang telah memasuki fasa aktif bersalin akan disuruh berpuasa supaya apabila berlakunya kecemasan, pembedahan boleh dilakukan dengan segera.<\/p>\n<p>Sudah tentunya pengambilan air selusuh akan mengganggu proses ini kan?<\/p>\n<p>Malah terdapat juga kes ibu hamil yang terpaksa dibedah kerana mengalami kesakitan yang melampau selepas meminum air selusuh.<\/p>\n<p>Berdasarkan pengalaman beliau juga, kebanyakan ibu hamil yang mengamalkan air ini meracau akibat sakit yang teramat.<\/p>\n<p>Jika dinilai, agak menggerunkan kesan pengambilan air selusuh ini kan? Apatah lagi kesannya bukan sahaja kepada ibu hamil tetapi juga kepada bayi di dalam kandungan.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, kontraksi yang kerap berlaku selepas mengambil air ini boleh menyebabkan gangguan pada peredaran darah bayi dan melemaskannya.<\/p>\n<p>Jadi adakah ibu hamil tidak boleh mengambil sebarang air selusuh?<\/p>\n<h2><span style=\"color: #25b3b8;\">Air Selusuh Yang Selamat Untuk Ibu Hamil dan Kandungan<\/span><\/h2>\n<p>Sebenarnya, bukan kesemua air selusuh itu tidak elok. Air selusuh yang dibacakan ayat-ayat suci al-quran, selawat serta doa untuk memudahkan proses bersalin adalah bagus.<\/p>\n<p>Namun janganlah dicampur dengan bahan-bahan lain seperti herba dan akar kayu ya.<\/p>\n<p>Penjelasan dari Dr. Muhammad Izzat sudah cukup jelas yang kita tidak boleh kawal kesan dan akibatnya.<\/p>\n<h3>Cara yang Boleh Dicuba<\/h3>\n<p>Namun jika anda ingin amalkan meminum dan menyapu air selusuh di perut, apa kata anda cuba cara <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/SerojaHerbs\/posts\/apa-itu-air-selusuh-air-selusuh-merupakan-air-untuk-memudahkan-dan-melancarkan-p\/426815034793017\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener nofollow\">Ustaz Don Daniyal<\/a> ini:<\/p>\n<p>1. Sediakan air masak atau sebaiknya air zamzam di dalam bekas yang bersih. Anggarkan kuantiti yang mencukupi untuk diminum dan disapu pada anggota badan ya.<\/p>\n<p>2. Mulakan bacaan dengan <strong>Surah Al-Fatihah<\/strong> sebanyak 1 kali.<\/p>\n<figure id=\"attachment_7917\" aria-describedby=\"caption-attachment-7917\" style=\"width: 600px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"size-full wp-image-7917\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24233006\/surah-al-fatihah.png\" alt=\"surah al fatihah\" width=\"600\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24233006\/surah-al-fatihah.png 600w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24233006\/surah-al-fatihah-300x225.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24233006\/surah-al-fatihah-500x375.png 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24233006\/surah-al-fatihah-370x278.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24233006\/surah-al-fatihah-570x428.png 570w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-7917\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: almukhlisin.my<\/figcaption><\/figure>\n<p>3. Kemudian teruskan bacaan dengan membaca <a href=\"https:\/\/www.surah.my\/59\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><strong>Surah Al-Hasyr<\/strong><\/a> dari <strong>ayat 21 sehingga ayat 24<\/strong>.<\/p>\n<p><strong>Surah A-Hasyr ayat 21:<br \/>\n<\/strong><em>Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.<\/em><\/p>\n<p><strong>Surah A-Hasyr ayat 22:<br \/>\n<\/strong><em>Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.<\/em><\/p>\n<p><strong>Surah A-Hasyr ayat 23:<br \/>\n<\/strong><em>Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.<\/em><\/p>\n<p><strong>Surah A-Hasyr ayat 24:<br \/>\n<\/strong><em>Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.<\/em><\/p>\n<p>4. Sesudah itu, bacakan <strong>selawat syifa\u2019<\/strong> ini:<\/p>\n<figure id=\"attachment_7916\" aria-describedby=\"caption-attachment-7916\" style=\"width: 600px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"size-full wp-image-7916\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24232641\/selawat-shifa-1.png\" alt=\"selawat shifa'\" width=\"600\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24232641\/selawat-shifa-1.png 600w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24232641\/selawat-shifa-1-300x225.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24232641\/selawat-shifa-1-500x375.png 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24232641\/selawat-shifa-1-370x278.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24232641\/selawat-shifa-1-570x428.png 570w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-7916\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: amanpalestinmy<\/figcaption><\/figure>\n<p>5. Kemudian, bacakan <strong>Doa Selusuh<\/strong>:<\/p>\n<p><em>\u201cYa Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama isteri berbintikan emak) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.\u201d<\/em><\/p>\n<p>6. Yang terakhir, sudahi bacaan anda dengan <strong>Doa Pemudah<\/strong>:<\/p>\n<p><em>\u201cYa Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.\u201d<\/em><\/p>\n<figure id=\"attachment_7921\" aria-describedby=\"caption-attachment-7921\" style=\"width: 600px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"size-full wp-image-7921\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234710\/cara-buat-air-selusuh.png\" alt=\"cara buat air selusuh\" width=\"600\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234710\/cara-buat-air-selusuh.png 600w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234710\/cara-buat-air-selusuh-300x225.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234710\/cara-buat-air-selusuh-500x375.png 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234710\/cara-buat-air-selusuh-370x278.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24234710\/cara-buat-air-selusuh-570x428.png 570w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-7921\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: istockphoto<\/figcaption><\/figure>\n<p>InsyaAllah, dengan kuasa Allah yang Maha Berkuasa, semoga air selusuh yang dibacakan ayat-ayat suci al-quran, selawat dan doa-doa ini akan memudahkan urusan bersalin ibu hamil.<\/p>\n<p>Seeloknya, mintalah para suami untuk membuatnya dan semoga dengan berkat doa dari suami, urusan bersalin anda akan lebih lancar.<\/p>\n<p>Atau lebih baik, Mama juga boleh mengamalkan <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/doa-mudah-bersalin\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">surah-surah dan doa bersalin<\/a> ini sepanjang mengandung.<\/p>\n<p>Namun harus diingatkan ya, ini hanyalah sebahagian dari usaha dan jika berkesan, ia hanyalah asbab sahaja. Semoga usaha para ibu dan bapa diberkatiNya.<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Air selusuh sememangnya sinonim dengan ibu hamil dan proses melahirkan. Menurut kata orang tua, air selusuh dapat membantu untuk memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin&#8230;.<\/p>\n","protected":false},"author":50,"featured_media":7918,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[14,635,636,634],"tags":[1297,1300,1301,1299,1302,391,1298],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Apa Itu Air Selusuh &amp; Benarkah Ia Memudahkan Proses Bersalin?<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Menurut kata orang tua, air selusuh dapat membantu untuk memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin. Jom ketahui cara yang betul.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/air-selusuh\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Apa Itu Air Selusuh &amp; Benarkah Ia Memudahkan Proses Bersalin?\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Menurut kata orang tua, air selusuh dapat membantu untuk memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin. Jom ketahui cara yang betul.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/air-selusuh\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2021-04-26T08:00:35+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2021-05-01T09:52:53+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/04\/24233603\/air-selusuh-untuk-ibu-hamil.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"6 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7914"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/50"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7914"}],"version-history":[{"count":10,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7914\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8159,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7914\/revisions\/8159"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7918"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7914"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7914"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7914"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}