{"id":8342,"date":"2021-05-18T18:23:58","date_gmt":"2021-05-18T10:23:58","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=8342"},"modified":"2021-05-31T13:57:29","modified_gmt":"2021-05-31T05:57:29","slug":"tanggungjawab-suami-dalam-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/tanggungjawab-suami-dalam-islam\/","title":{"rendered":"7 Tanggungjawab Suami Dalam Islam Yang Wajib Dilaksanakan"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Dalam Islam, tanggungjawab suami adalah perintah dari Allah yang wajib dilaksanakan sebaik mungkin. Pada tanggungjawab-tanggungjawab inilah, terletaknya hak seorang isteri dalam sebuah perkahwinan.<\/p>\n<p>Dalam memikul dan melaksanakannya, para suami hendaklah memainkan pelbagai peranan.<\/p>\n<p>Sebagai ketua keluarga, mereka hendaklah menjadi pencari nafkah, pelindung, pemimpin, dan pendidik untuk isteri dan anak-anak.<\/p>\n<h2><span style=\"color: #800080;\">7 Tanggungjawab Suami Dalam Islam<\/span><\/h2>\n<p><strong><em>&#8220;Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya.&#8221; &#8211; <a href=\"https:\/\/muftiwp.gov.my\/en\/artikel\/al-kafi-li-al-fatawi\/3326-al-kafi-1229-bagaimana-mencontohi-rasulullah-saw-dalam-memberi-nafkah-kepada-isteri\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Riwayat Ibn Majah<\/a><\/em><\/strong><\/p>\n<p>Untuk menjadi seorang suami dan bapa, para lelaki harus peka dan faham dengan jelas tentang tanggungjawab-tanggungjawab yang bakal anda pikul.<\/p>\n<p>Sungguh, peranan sebagai seorang suami itu bukanlah ringan tetapi ia merupakan amanah yang berat dari Allah.<\/p>\n<p>Namun dengan pengetahuan bersertakan kesediaan dan keikhlasan hati, insyaAllah anda akan merasakan nikmat dalam melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab ini:<\/p>\n<h3><span style=\"color: #d831e0;\">#1. Memberi Nafkah Bulanan<\/span><\/h3>\n<p>Dalam Islam, tugas mencari dan memberi nafkah kepada keluarga terletak di atas bahu suami.<\/p>\n<p>Setiap bulan, para suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Islam itu agama yang adil kerana nafkah yang wajib ini dilandaskan pada kemampuan suami.<\/p>\n<p>Jika pendapatan anda hanya cukup-cukup makan sahaja, pemberian nafkah yang sedikit pun sudah memadai. Asalkan anda menjalankan tanggungjawab anda.<\/p>\n<p>Namun sekiranya anda benar-benar tidak mampu, berbicaralah secara elok dengan isteri dan mintalah mereka halalkannya. Tetapi sebaiknya, gantilah nafkah itu apabila anda mampu kelak.<\/p>\n<p>Sesungguhnya terdapat keberkatan pada nafkah yang diberikan kepada isteri dan keluarga. Meskipun isteri anda bekerja, nafkah ini tetap wajib diberi ya.<\/p>\n<h3><span style=\"color: #d831e0;\">#2. Menyediakan Tempat Tinggal Dan Keperluan Isteri<\/span><\/h3>\n<figure id=\"attachment_8349\" aria-describedby=\"caption-attachment-8349\" style=\"width: 600px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-8349 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020927\/tempat-tinggal-untuk-isteri.png\" alt=\"menyediakan tempat tinggal untuk isteri\" width=\"600\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020927\/tempat-tinggal-untuk-isteri.png 600w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020927\/tempat-tinggal-untuk-isteri-300x225.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020927\/tempat-tinggal-untuk-isteri-500x375.png 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020927\/tempat-tinggal-untuk-isteri-370x278.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020927\/tempat-tinggal-untuk-isteri-570x428.png 570w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8349\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: istockphoto<\/figcaption><\/figure>\n<p>Dengan kudrat dan kemampuan yang ada, para suami haruslah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan isteri dan keluarga.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, anda mesti menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk isteri dan anak-anak.<\/p>\n<p>Tempat tinggal ini haruslah tidak dikongsi dengan sesiapa sahaja termasuk ibu bapa anda dan isteri. Ini merupakan antara hak seorang isteri kepada suaminya.<\/p>\n<p>Selain itu, keperluan lain seperti makan minum isteri, pakaian dan ubat-ubatan hendaklah juga disediakan. Para suami bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan keluarga pada setiap masa ya.<\/p>\n<h3><span style=\"color: #d831e0;\">#3. Menggauli Isteri Dengan Baik<\/span><\/h3>\n<p>Antara salah satu nikmat berumah tangga yang dikurniakan Allah kepada suami dan isteri adalah nikmat jima\u2019. Para suami wajib menggauli isteri dengan cara yang dibenarkan syarak.<\/p>\n<p>Isteri anda mempunyai hak untuk disentuh ketika mereka berkeinginan terhadap anda. Jika tidak ditunaikan, hukumnya berdosa dan dikira anda menzalimi isteri.<\/p>\n<p>Ingat ya, bukan isteri sahaja tau yang wajib penuhi keinginan anda.<\/p>\n<p>Selain itu, para suami ditegah untuk menyuruh isteri memenuhi keinginannya melalui cara yang bertentangan dengan syarak.<\/p>\n<p>Nikmat hubungan kelamin itu haruslah dipenuhi dan dinikmati dengan tertib dan penuh hormat pada pasangan.<\/p>\n<p>Janganlah memaksa isteri anda untuk melakukan kaedah yang tidak disukainya. Sama-samalah belajar tentang kecenderungan pasangan anda dalam berhubungan intim. Senangilah mereka semampunya.<\/p>\n<h3><span style=\"color: #d831e0;\">#4. Mendidik Isteri<\/span><\/h3>\n<p>Sebagai suami, anda juga wajib mendidik isteri dengan ilmu agama yang secukupnya. Bekalkanlah keluarga anda dengan ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan di dunia dan akhirat.<\/p>\n<p>Jika anda sibuk atau tidak mampu, bawalah isteri dan anak-anak ke majlis agama untuk mendidik jiwa mereka.<\/p>\n<p>Anda juga boleh mengupah ustazah atau sesiapa yang mahir untuk mengajar anak-anak dan isteri membaca dan mentadabbur Al-Quran.<\/p>\n<p>Bukan itu sahaja, para suami juga harus mendidik akhlak isteri dan anak-anak.<\/p>\n<p>Sekiranya mereka melakukan perkara yang salah, tegur dan nasihatilah mereka dengan penuh kasih sayang. Tunjukkan mereka cara yang betul untuk melakukannya.<\/p>\n<p>Peranan suami sebagai pendidik keluarga itu meliputi kesemua aspek jasmani dan rohani.<\/p>\n<p>Dalam mendidik, lakukanlah dengan <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/drasyrafwajdidusuki\/posts\/didik-isteri-secara-hikmah-bukan-kekerasansukar-diterima-akal-setiap-kali-meneri\/1150805964949449\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">penuh kelembutan tetapi tegas<\/a> ya. Mintalah pertolongan Allah untuk memudahkan niat dan usaha anda dalam membimbing keluarga.<\/p>\n<h3><span style=\"color: #d831e0;\">#5. Menyantun dan Menghormati Isteri<\/span><\/h3>\n<figure id=\"attachment_8348\" aria-describedby=\"caption-attachment-8348\" style=\"width: 600px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-8348 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020801\/santun-dan-hormat-isteri.png\" alt=\"santun dan hormat isteri\" width=\"600\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020801\/santun-dan-hormat-isteri.png 600w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020801\/santun-dan-hormat-isteri-300x225.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020801\/santun-dan-hormat-isteri-500x375.png 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020801\/santun-dan-hormat-isteri-370x278.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020801\/santun-dan-hormat-isteri-570x428.png 570w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8348\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: istockphoto<\/figcaption><\/figure>\n<p>Tanggungjawab suami yang seterusnya adalah menyantun dan menghormati isteri sebaiknya. Dalam apa jua situasi, cubalah untuk memberikan layanan yang terbaik kepada isteri.<\/p>\n<p>Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, sudah tentu ada liku-likunya. Ketika menghadapinya, para suami hendaklah melayani isteri dengan sopan santun dan penuh hormat.<\/p>\n<p>Janganlah kerana kedudukan anda sebagai suami, anda merasakan diri lebih mulia dan mereka tidak layak mendapat penghormatan yang sama.<\/p>\n<p>Suami isteri itu, seharusnya berdiri seiring dengan saling mendampingi dan menyokong satu sama lain.<\/p>\n<p>Apabila terjadi persengketaan, janganlah sesekali mengasari tubuh badan isteri dan keluarkan kata-kata yang kasar padanya. Sebagai pembimbing, cubalah untuk berbincang secara elok dengannya. Hormatilah dia dengan mengelak dari menyentuh sensitivitinya.<\/p>\n<h3><span style=\"color: #d831e0;\">#6. Menggembirakan Hati dan Menjaga Perasaan Isteri<\/span><\/h3>\n<p><strong><em>&#8220;Diriwatkan dari Aisyah R.A., bahawa pada suatu hari beliau pernah ditanya: Bagaimanakah sikap baginda Rasul S.A.W. ketika di dalam rumah? Maka Aisyah menjawab: Baginda Rasul adalah orang yang paling lemah lembut, sering tersenyum dan sering pula tertawa.&#8221; &#8211; <a href=\"https:\/\/cintasakinahjaipk.perak.my\/artikel\/HAK%20SUAMI%20KE%20ATAS%20ISTERI.pdf\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" class=\"broken_link\">Riwayat Ibnu Saad<\/a><\/em><\/strong><\/p>\n<p>Ramai para suami yang tidak faham secara menyeluruh tentang konsep pemberian nafkah batin kepada isteri. Mereka menyangka ia hanyalah hubungan kelamin sahaja tetapi sebenarnya ia lebih dari itu.<\/p>\n<p>Menggembirakan hati isteri sebagai contohnya, adalah termasuk dalam nafkah batin yang harus diberikan oleh suami. Apa sahaja perbuatan atau kata-kata yang menyenangkan hati isteri, itu dikira sebagai nafkah batin juga.<\/p>\n<p>Ini adalah antara tanggungjawab suami ya. Menjaga perasaan dan emosi isteri itu adalah salah satu tugas anda. Elakkanlah melakukan apa sahaja yang boleh mengguris dan melukakan hati isteri.<\/p>\n<p>Anda bukan sahaja mendapat pahala dengan menghiburkan dan menyenanginya. Malah kegembiraan itu akan memberi kesan kepada perkahwinan dan institusi keluarga anda.<\/p>\n<h3><span style=\"color: #d831e0;\">#7. Menjaga Maruah Dan Aib Isteri<\/span><\/h3>\n<p>Sememangnya manusia itu diciptakan dengan penuh cela. Begitu juga para isteri di luar sana. Wahai para suami, janganlah sesekali mengharapkan kesempurnaan pada pasangan anda tetapi sambutlah segala perbezaan dengan positif.<\/p>\n<p>Ini bukan bermaksud anda harus menerima kesalahannya tetapi janganlah dicanang pada orang sekeliling walaupun kepada ibu bapa anda.<\/p>\n<p>Maruah isteri anda merupakan maruah anda juga ya. Jika seorang isteri itu melakukan sesuatu yang tidak elok, si suami akan turut terpalit juga.<\/p>\n<p>Gandingan suami isteri sememangnya begitu. Ditepuk air di dalam dulang, akan terperciklah ke muka sendiri.<\/p>\n<p>Jagalah aib isteri anda sebaiknya. Orang lain tidak mengenali isteri anda seperti anda mengenalinya. Jika terbuka aibnya, mereka mungkin akan mencemuh dan hilang hormat padanya.<\/p>\n<p>Walaupun situasi sudah berubah kelak, tidaklah semudah itu untuk manusia melupakan.<\/p>\n<p>Apa sahaja yang berlaku dalam rumah tangga anda, selesaikanlah dengan elok secara berdua ya.<\/p>\n<figure id=\"attachment_8345\" aria-describedby=\"caption-attachment-8345\" style=\"width: 600px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-8345 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020110\/tugas-suami.png\" alt=\"suami isteri\" width=\"600\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020110\/tugas-suami.png 600w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020110\/tugas-suami-300x225.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020110\/tugas-suami-500x375.png 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020110\/tugas-suami-370x278.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/08020110\/tugas-suami-570x428.png 570w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8345\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: istockphoto<\/figcaption><\/figure>\n<p>InsyaAllah, apabila para suami memikul dan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya, rumah tangga anda akan dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmat dari Allah.<\/p>\n<p>Begitu juga dengan si isteri. Anda harus peka dengan <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/tanggungjawab-isteri\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">tanggungjawab anda sebagai seorang isteri<\/a> dan juga ibu.<\/p>\n<p>Semoga hubungan yang dibina berkekalan selamanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam Islam, tanggungjawab suami adalah perintah dari Allah yang wajib dilaksanakan sebaik mungkin. Pada tanggungjawab-tanggungjawab inilah, terletaknya hak seorang isteri dalam sebuah perkahwinan. Dalam&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":50,"featured_media":8529,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[626,624,621],"tags":[1389,1386,1387,1391,1390,1388],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>7 Tanggungjawab Suami dalam Islam (Bakal Suami Perlu Tahu)<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Peranan sebagai seorang suami merupakan satu amanah dari Allah. Berikut merupakan tanggungjawab suami yang si lelaki patut tahu.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/tanggungjawab-suami-dalam-islam\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"7 Tanggungjawab Suami dalam Islam (Bakal Suami Perlu Tahu)\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Peranan sebagai seorang suami merupakan satu amanah dari Allah. Berikut merupakan tanggungjawab suami yang si lelaki patut tahu.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/tanggungjawab-suami-dalam-islam\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2021-05-18T10:23:58+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2021-05-31T05:57:29+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/18181142\/tanggungjawab-suami-2.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"6 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8342"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/50"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8342"}],"version-history":[{"count":10,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8342\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9022,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8342\/revisions\/9022"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8529"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8342"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8342"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8342"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}