{"id":8378,"date":"2021-05-18T19:13:18","date_gmt":"2021-05-18T11:13:18","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=8378"},"modified":"2021-05-31T14:20:02","modified_gmt":"2021-05-31T06:20:02","slug":"khasiat-barli-untuk-kesihatan-badan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/khasiat-barli-untuk-kesihatan-badan\/","title":{"rendered":"11 Khasiat Barli Yang Mengagumkan Untuk Kesihatan Badan Luaran Dan Dalaman"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Bagi sebilangan daripada kita, barli adalah bijirin asas yang sentiasa ada di dalam pantri atau dapur kita.<\/p>\n<p>Ingat tak, bila-bila kita sakit atau demam kecil-kecil dulu, mak atau nenek kita mesti akan sediakan air barli dan mereka akan kata air barli bagus untuk hilangkan demam, kan?<\/p>\n<p>Agak-agak penyataan yang mereka tuntut tu berasas tak, memandangkan Google tidak lagi wujud pada zaman dulu untuk mengesahkannya?<\/p>\n<p>Berasas atau tak, ternyata nenek moyang kita mempunyai firasat tentang kebaikan barli untuk tubuh badan kita.<\/p>\n<p>Jom tengok apa lagi khasiat barli selain baik untuk menyejukkan badan yang demam.<\/p>\n<h2>11 Khasiat Barli Untuk Tubuh Badan Anda<\/h2>\n<h3><b>#1 Barli Lebih Tinggi Nutrisi Berbanding Bijirin Lain<\/b><\/h3>\n<p>Barli boleh didapati dalam pelbagai bentuk termasuk biji barli, tepung barli, dan serpihan barli.<\/p>\n<p>Barli mempunyai kalori yang rendah, serat yang tinggi, dan ia penuh dengan vitamin, zat, dan nutrisi penting.<\/p>\n<p>Bagi ibu yang mengandung atau yang merancang untuk mengandung semua ni memang diperlukan sangat untuk kesihatan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan kan?<\/p>\n<p>Untuk yang menyusu pun memang diperlukan sangat, bukan saja untuk kebaikan bayi, tapi Mommy pun kena top-up balik nutrisi tersebut untuk diri sendiri.<\/p>\n<p>Barli yang bertindak sebagai serat makanan yang sangat efektif mempunyai tahap beta glucan yang lebih tinggi daripada oat, dan kalsium yang lebih tinggi dari beras perang.<\/p>\n<p>Antara bijirin-bijirin lain yang popular, barli juga mempunyai nilai fungsi tertinggi, dengan GI rendah dan beta glucan tinggi, dan mempunyai ciri-ciri antioksidan yang lebih tinggi berbanding bijirin lain.<\/p>\n<h3><b>#2 Barli Boleh Melindungi Daripada Penyakit Kronik<\/b><\/h3>\n<p>Menurut kajian, barli ada potensi untuk mengurangkan risiko penyakit tertentu, jadi ia amat sesuai untuk individu yang mempunyai masalah kesihatan atau penyakit kronik.<\/p>\n<p>Barli mengandungi <em>flavounoid<\/em>, iaitu zat dalam bijirin yang dianggap dapat melindungi dari penyakit jantung dan juga kanser.<\/p>\n<p>Barli juga adalah salah satu sumber fitokimia tocols yang mempunyai sifat antioksidan yang berpotensi untuk mengurangkan risiko strok dan fitokimia phystosterols yang dapat mengurangkan kolestrol.<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><strong>Penyelidik Harvard pula membuat kajian dan mendapati individu yang mengambil bijirin seperti barli untuk sarapan pagi dalam tempoh 19 tahun mempunyai risiko sakit jantung yang lebih rendah.<\/strong><\/p>\n<p>Nampak tak betapa pentingnya barli sampai banyak betul kajian dah dibuat oleh penyelidik universiti terunggul.<\/p>\n<p><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"alignnone wp-image-8412 aligncenter\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15090119\/khasiat-barli-1-300x199.jpg\" alt=\"barli untuk jantung\" width=\"522\" height=\"346\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15090119\/khasiat-barli-1-300x199.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15090119\/khasiat-barli-1-1024x681.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15090119\/khasiat-barli-1-768x511.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15090119\/khasiat-barli-1-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15090119\/khasiat-barli-1-370x246.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15090119\/khasiat-barli-1-570x379.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15090119\/khasiat-barli-1-770x512.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15090119\/khasiat-barli-1-1170x778.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15090119\/khasiat-barli-1-872x580.jpg 872w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15090119\/khasiat-barli-1.jpg 1226w\" sizes=\"(max-width: 522px) 100vw, 522px\" \/><\/p>\n<h3><b>#3 Barli Dapat Membantu Menurunkan Berat Badan<\/b><\/h3>\n<p>Mommy mesti mencari-cari ada tak khasiat barli yang ini bukan? Ye lah, berat badan memang menjadi isu lepas dah bersalin, bukan untuk nampak cantik saja, tapi berat badan kan berkait rapat dengan kesihatan badan kita.<\/p>\n<p>Siapa yang taknak badan yang sihat supaya senang nak menjaga anak-anak?<\/p>\n<p>Oleh kerana barli mempunyai serat yang tinggi dan beberapa jenis asid amino yang penting, barli dapat memodulasikan kadar gula dalam darah, justeru itu mengelakkan penyimpanan lemak yang berlebihan.<\/p>\n<p>Sekali lagi, berbanding dengan bijirin lain, barli mempunyai kalori yang rendah, dan dapat dijadikan makanan yang mengenyangkan dan membantu Mommy merasa kenyang dengan lebih lama, justeru mengelakkan memakan secara berlebihan.<\/p>\n<p>Barli juga dapat membantu sistem penghadaman dan pencernaan, dan meningkatkan metabolisme. Ia sangat bermanfaat bagi individu yang selalu merasa kembung perut.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-8414\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15091044\/penimbang-badan-300x200.jpg\" alt=\"barli boleh turunkan berat badan\" width=\"596\" height=\"397\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15091044\/penimbang-badan-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15091044\/penimbang-badan-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15091044\/penimbang-badan-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15091044\/penimbang-badan-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15091044\/penimbang-badan-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15091044\/penimbang-badan-770x514.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15091044\/penimbang-badan.jpg 865w\" sizes=\"(max-width: 596px) 100vw, 596px\" \/><\/p>\n<h3><b>#4 Makanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang dan Diabetes<\/b><\/h3>\n<p>Bagi individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan diabetes, barli adalah makanan yang amat sesuai kerana ia melancarkan fungsi buah pinggang dengan berkesan.<\/p>\n<p>Diabetes adalah penyebab utama kerosakan buah pinggang dan penyakit buah pinggang kronik.<\/p>\n<p>Tahap gula darah tinggi dalam jangka panjang menyebabkan kerosakan ginjal dan menjadi punca kreatinin yang tinggi, dan pengambilan barli dapat menurunkan tahap kreatinin tersebut untuk mengawal diabetes dan kerosakan buah pinggang.<\/p>\n<p>Untuk Mommies yang mengandung pula, barli sangat sesuai untuk mengelakkan kencing manis semasa mengandung, atau lebih dikenali sebagai <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/blog\/gestational-diabetes-what-you-need-to-know\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><em>gestational diabetes<\/em><\/a>.<\/p>\n<h3><b>#5 Barli Dapat Meningkatkan Immuniti<\/b><\/h3>\n<p>Barli\u00a0 sangat kaya dengan lignan tumbuhan yang baik untuk flora dalam usus, justeru menyokong dan meningkatkan imuniti anda.<\/p>\n<p>Tambahan pula, barli kaya dengan vitamin C yang dapat membantu meningkatkan sistem imun badan kita. Selain itu, barli juga kaya dengan zink yang dapat membantu pemulihan badan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-8415\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-300x225.jpg\" alt=\"barli boleh meningkat immuniti\" width=\"489\" height=\"367\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-300x225.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-768x576.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-500x375.jpg 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-370x278.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-570x428.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-770x578.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-1170x878.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15092655\/sistem-imun-773x580.jpg 773w\" sizes=\"(max-width: 489px) 100vw, 489px\" \/><\/p>\n<h3><b>#6 Kelebihan Zat Besi Dan Tembaga Dalam Barli<\/b><\/h3>\n<p>Barli mempunyai zat gizi tembaga (copper) yang dapat membantu mengurangkan simptom <em>Rheumatoid arthritis<\/em>.<\/p>\n<p>Zat gizi tembaga mampu melemahkan<em> free radicals<\/em>, justeru membantu pertumbuhan semula sel. Zat gizi tembaga juga penting untuk perhubungan kolagen dan elastin yang dapat membantu geseran tulang dan sendi supaya lebih lancar.<\/p>\n<p>Zat besi yang terkandung dalam barli pula dapat meningkatkan jumlah darah, lalu mencegah <em>anemia<\/em> dan keletihan.<\/p>\n<p>Bagi Mommies yang struggle dengan masalah ni boleh lah <em>consider<\/em> mengambil barli waktu mengandung atau bila-bila masa sahaja.<\/p>\n<h3><b>#7 Barli Untuk Kecantikan Kulit<\/b><\/h3>\n<p>Barli yang penuh dengan vitamin C, antioksidan, dan mineral adalah sangat diperlukan untuk kulit yang sihat dan cerah.<\/p>\n<p>Bijirin yang kaya dengan sumber nutrisi penting ini juga terbukti dapat mengurangkan keradangan di dalam badan.<\/p>\n<p>Bukan itu sahaja, barli sangat kaya dengan selenium yang dapat membantu mengekalkan dan memperbaiki keanjalan <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/tips-kulit-anjal-lembap-awet-muda-serum-anti-penuaan\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">kulit untuk selalu tampak awet muda<\/a>.<\/p>\n<p>Siapa yang tak mahu kulit bersih, sihat, dan <em>youthful<\/em> walaupun usia semakin meningkat, kan? Antioksidan dalam barli juga membantu menghilangkan toksin dari badan, justeru menaikkan seri wajah Mommy.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-8418\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-300x200.jpg\" alt=\"barli untuk kecantikan\" width=\"536\" height=\"357\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-770x513.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093037\/kulit-cantik-870x580.jpg 870w\" sizes=\"(max-width: 536px) 100vw, 536px\" \/><\/p>\n<h3><b>#8 Dalam Islam, Barli Merupakan Makanan Sunnah<\/b><\/h3>\n<p>Barli dikatakan telah disebut sebanyak 21 kali dalam hadis-hadis sahih.<\/p>\n<p>Diet Rasulullah SAW dikatakan mengandungi barli, atau nama lainnya dalam Bahasa Arab, <em>talbinah<\/em>. Sekiranya barli menjadi salah satu sunnah Rasulullah SAW, tentu banyak kebaikannya kan?<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">Dalam satu riwayat dalam dari Imam Ahmad yang bermaksud:<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><b>Aisyah RA telah berkata, \u201cAdalah Nabi SAW apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW \u2018hendaklah kamu menyediakan talbinah dan berilah minum talbinah itu kepadanya,&#8221;\u201d<\/b><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\">(diriwayatkan oleh Imam Ahmad)<\/p>\n<p>Mungkin dari situlah mak-mak dan nenek moyang kita ketahui tentang kebaikan barli untuk menyejukkan badan bila demam. Boleh tahan juga dapat informasi bernas dan sahih tanpa Google dulu-dulu ya?<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-8419\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-300x200.jpg\" alt=\"barli dalam islam\" width=\"520\" height=\"346\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-770x513.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093435\/pasar-arab-870x580.jpg 870w\" sizes=\"(max-width: 520px) 100vw, 520px\" \/><\/p>\n<h3><b>#9 Barli Mampu Merawat Jangkitan Saluran Kencing atau UTI<\/b><\/h3>\n<p>Jangkitan saluran kencing, atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai UTI (<a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/blog\/things-you-should-know-about-uti\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><em>Urinary Tract Infection<\/em><\/a>) adalah sangat biasa didapati kaum wanita.<\/p>\n<p>Nak tahu macam mana barli dapat membantu?<\/p>\n<p>Barli adalah diuretik, di mana ia dapat meningkatkan kadar penghasilan air kencing. Jika barli selalu diambil dan dijadikan regimen yang diminum setiap hari, Mommy dapat mencegah atau merawat UTI.<\/p>\n<p>Pengambilan air barli juga adalah sangat bermanfaat jika Mommy kurang gemar minum air kosong sahaja, dimana kekurang meminum air itu akan meningkatkan risiko mendapat UTI.<\/p>\n<h3><b>#10 Barli Boleh Dimakan atau Diminum Oleh Kanak-Kanak<\/b><\/h3>\n<p>Bukan orang dewasa saja yang dapat memanfaatkan peminuman air barli ni, malah bayi yang dah boleh makan makanan separa pejal atau <em>solids<\/em> juga boleh mencuba keenakan barli seperti resipi yang boleh dijumpai <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/makanan-pertama-bayi\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">disini<\/a> sebagai salah satu makanan pertama bayi.<\/p>\n<p>Kanak-kanak yang lebih besar juga boleh menikmati barli dengan<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0<\/span>pelbagai cara yang boleh dihidangkan seperti dimasukkan ke dalam sup atau salad, atau pun <em>stick to basic<\/em> dengan resepi air barli mudah dan sedap yang boleh didapati <a href=\"https:\/\/www.kelabmama.com\/cara-buat-air-barli\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">disini<\/a>.<\/p>\n<p>Bayangkan anak-anak dihidangkan dengan segelas air barli sejuk waktu panas terik\u2026terliur rasa! Tepung barli juga boleh digunakan untuk buat makanan manisan seperti kek dan biskut.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-8421\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-300x200.jpg\" alt=\"bubur barli\" width=\"492\" height=\"328\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-770x513.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15093933\/sup-barli-870x580.jpg 870w\" sizes=\"(max-width: 492px) 100vw, 492px\" \/><\/p>\n<h3><b>#11 Barli Amat Diperlukan Oleh Kaum Wanita<\/b><\/h3>\n<p>Penyelidik di negara Barat telah membuat kajian terhadap pengambilan serat oleh wanita-wanita pra-menopaus dan mendapati bahawa diet yang kaya dengan serat dari bijirin seperti barli yang mempunyai serat yang sangat tinggi menunjukkan pengurangan sehingga 50% dalam kanser payudara!<\/p>\n<p>Satu lagi kajian pula dijalankan atas wanita-wanita<em> post-<\/em>menopaus dan menunjukkan pengurangan risiko kanser payu dara sebanyak 34%.<\/p>\n<p>Barli juga tergolong sebagai salah satu makanan yang dikategorikan sebagai laktogenik, dimana ia dapat meningkatkan dan menggalak penghasilan susu badan.<\/p>\n<p>Daripada mengambil suplemen yang was-was, lebih baiklah bagi Mommy yang menyusu untuk mengambil <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/milk-booster\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><em>milk booster<\/em><\/a> semulajadi, kan?<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-8422\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-300x200.jpg\" alt=\"barli untuk kesihatan wanita\" width=\"486\" height=\"324\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-770x513.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094142\/wanita-870x580.jpg 870w\" sizes=\"(max-width: 486px) 100vw, 486px\" \/><\/p>\n<h2>Bagaimana Pula Dengan Kesan Sampingan Barli?<\/h2>\n<p>Memang tidak boleh disangkal lagi yang barli sangat baik untuk tubuh badan kita luaran dan dalaman dan penuh dengan zat dan galian.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan khasiat barli pada tahap yang optimum, seperti juga dengan perkara-perkara lain, pengambilan barli perlulah diambil dengan bersederhana.<\/p>\n<p>Selain daripada khasiat barli di atas, Mommy harus tahu bahawa pengambilan barli yang melampau boleh menyebabkan gas, perut kembung, atau <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/susu-untuk-bayi-sembelit-di-malaysia\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">sembelit<\/a>.<\/p>\n<p>Jika tidak membuat air barli sendiri tetapi mengambil atau membeli barli yang telah diproses, ada pula risiko pengambilan pemanis atau gula tiruan dan <em>additive<\/em> lain yang tinggi.<\/p>\n<p>Barli juga mengandungi <em>gluten<\/em>, jadi ia mungkin tidak sesuai dan perlu dielakkan bagi individu yang mempunyai <em>Celiac disease<\/em> atau intoleransi gluten.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-8423\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-300x200.jpg\" alt=\"tangan sentuh padi\" width=\"521\" height=\"347\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-770x513.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/15094420\/khasiat-barli2-870x580.jpg 870w\" sizes=\"(max-width: 521px) 100vw, 521px\" \/><\/p>\n<p>Barli yang dikategorikan sebagai <em>ancient grain<\/em> oleh negara Barat jelas mengandungi banyak zat dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan kita sejak zaman dahulu kala lagi.<\/p>\n<p>Ia adalah sejenis bijirin yang dapat dinikmati oleh seluruh ahli keluarga, biarpun yang muda atau yang tua, untuk kesihatan, mencegah kesakitan, atau merawat kebanyakan penyakit.<\/p>\n<p>Barli juga amat mudah didapati di pasaran dan senang untuk di masak atau direbus, dan boleh di simpan di dalam pantri dengan lama.<\/p>\n<p>Jadi tidak hairan lagi banyak keluarga di Malaysia pasti menyimpan stok barli di dapur, sama ada untuk dinikmati dengan pelbagai cara hidangan, atau <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/suhu-demam-bayi\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">melegakan sakit demam<\/a>. Banyak bukan khasiat barli ini?<\/p>\n<p>Air barli yang sudah direbus pula memang senang sahaja untuk di simpan di dalam peti sejuk kalau tak habis. Bila nak minum balik, cuma panaskan atau minumlah secara sejuk kalau disukai begitu.<\/p>\n<p>InsyaAllah, dengan pengambilan air barli, kita dapat meraih manfaatnya secara fizikal dan juga mendapat pahala dari mengikuti sunnah Rasulullah SAW.<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagi sebilangan daripada kita, barli adalah bijirin asas yang sentiasa ada di dalam pantri atau dapur kita. Ingat tak, bila-bila kita sakit atau demam&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":91,"featured_media":8382,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[622,640],"tags":[1404,958,146,75,133,1405],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>11 Khasiat Barli - Memang Baik Untuk Kesihatan (Anda Perlu Tahu)<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai khasiat barli kepada kesihatan dalaman dan luaran kita. Baca artikel untuk maklumat lanjut.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/khasiat-barli-untuk-kesihatan-badan\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"11 Khasiat Barli - Memang Baik Untuk Kesihatan (Anda Perlu Tahu)\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai khasiat barli kepada kesihatan dalaman dan luaran kita. Baca artikel untuk maklumat lanjut.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/khasiat-barli-untuk-kesihatan-badan\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2021-05-18T11:13:18+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2021-05-31T06:20:02+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/14153805\/barley.jpeg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"760\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"9 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8378"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/91"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8378"}],"version-history":[{"count":23,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8378\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9026,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8378\/revisions\/9026"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8382"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8378"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8378"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8378"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}