{"id":8484,"date":"2021-05-20T16:55:12","date_gmt":"2021-05-20T08:55:12","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=8484"},"modified":"2021-05-31T14:37:41","modified_gmt":"2021-05-31T06:37:41","slug":"fakta-anak-sulung-menarik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/fakta-anak-sulung-menarik\/","title":{"rendered":"11 Fakta Anak Sulung Yang Menarik &#038; (Pasti!) Dipersetujui Ramai Ibu Bapa"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Antara fakta anak sulung yang utama adalah bagaimana dia sangat istimewa buat para ibu dan bapa kerana kelahiran pertama yang dinanti-nantikan seisi keluarga.<\/p>\n<p>Melalui anak sulunglah, ibu dan bapa belajar dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Mereka telah memberi seribu pengalaman kepada ibu bapa sepanjang proses untuk membesarkan mereka sebagai zuriat pertama.<\/p>\n<p>Sudah tentulah mereka mendapat tempat yang khas di hati ibu bapa kan? Jika dibandingkan dengan anak-anak yang lain, anak sulung juga mempunyai personaliti yang berbeza dan lebih menonjol.<\/p>\n<p>Motherhood kongsikan lebih 10 fakta anak sulung yang ramai ibu bapa tidak tahu.<\/p>\n<h2><span style=\"color: #808000;\">11 Fakta Anak Sulung<\/span><\/h2>\n<p>Kebiasaannya, anak sulung mempunyai imej yang tersendiri kerana sifat-sifat yang ada padanya. Menurut Dr<a href=\"https:\/\/dl6lg8nr91zw8.cloudfront.net\/betul-ke-anak-sulung-orangnya-tenang-tapi-ego-ini-jawapan-dato-dr-haji-mohd-fadzilah-kamsah-2\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" class=\"broken_link\">. Fadzilah Kamsah<\/a>, terdapat beberapa personaliti yang terserlah pada setiap anak sulung.<\/p>\n<p>Antaranya adalah:<\/p>\n<h3>1. Tenang dan matang<\/h3>\n<p>Anak sulung merupakan seorang yang tenang dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Mereka membuat keputusan selepas menimbang kira segala sudut dan faktor secara menyeluruh.<\/p>\n<p>Mungkin kerana usianya yang lebih tua berbanding dengan yang lain telah membuatnya lebih matang. Selain itu, apabila dilahirkan, rata-rata kebanyakkan dari anak sulung telah mendapat perhatian sepenuhnya dari ibu dan bapa.<\/p>\n<p>Disebabkan itulah mereka mampu mengawal emosi dengan lebih baik kerana tangki emosi mereka lebih terisi berbanding yang lain.<\/p>\n<h3>2. Mudah bertolak ansur dan dibawa berbincang<\/h3>\n<p>Kerana kematangannya, anak sulung mudah untuk bertolak ansur dan cenderung untuk mengalah apabila berlakunya sesuatu perbalahan atau salah faham.<\/p>\n<p>Mungkin disebabkan pengetahuan dan pengalamannya yang lebih banyak, mereka dapat menilai situasi dengan lebih baik dan mudah untuk dibawa berbincang. Mereka bersikap lebih rasional dalam membuat keputusan dan menilai sesuatu.<\/p>\n<p>Selain itu, hal ini juga mungkin disebabkan oleh perasaan mereka yang ingin melindungi adik-adiknya.<\/p>\n<h3>3. Cemerlang<\/h3>\n<p>Anak sulung selalunya mendapat sokongan yang penuh dari ibu dan bapa.<\/p>\n<p>Dari segi pendidikan, kemahiran dan didikan agama, mereka diberi peluang yang banyak untuk berusaha dan meningkatkan kualiti diri. Jadi tidak peliklah jika anak sulung lebih cemerlang berbanding yang lain.<\/p>\n<p>Selain itu, ia juga boleh dipengaruhi oleh faktor keinginannya selaku anak sulung yang ingin berjaya untuk mengubah dan membela nasib keluarga.<\/p>\n<h3>4. Model contoh<\/h3>\n<figure id=\"attachment_8491\" aria-describedby=\"caption-attachment-8491\" style=\"width: 600px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-8491 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231920\/sifat-anak-sulung.png\" alt=\"sifat anak sulung model\" width=\"600\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231920\/sifat-anak-sulung.png 600w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231920\/sifat-anak-sulung-300x225.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231920\/sifat-anak-sulung-500x375.png 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231920\/sifat-anak-sulung-370x278.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231920\/sifat-anak-sulung-570x428.png 570w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8491\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: istockphoto<\/figcaption><\/figure>\n<p>Memang kita selalu dengar yang abang dan kakak sulung adalah model contoh kepada adik-adik mereka kan? Memang begitulah dalam kebanyakkan keluarga.<\/p>\n<p>Anak sulung dilihat sebagai kayu pengukur dan ayam tambatan keluarga. Apa yang dilakukan mereka, perbuatan ataupun ucapan, sering menjadi ikutan adik-beradik.<\/p>\n<p>Pernah kan kita mendengar ibu dan bapa menyuruh anak yang lain mencontohi anak sulung mereka. Sebagai contoh:<\/p>\n<blockquote><p>Belajarlah bersungguh-sungguh macam abang long kamu ya? Dari kecil lagi dia tak pernah putus asa. Tengoklah sekarang dah jadi doktor dah.<\/p><\/blockquote>\n<h3>5. Pandai memujuk<\/h3>\n<p>Selain itu, anak sulung juga dikatakan seorang yang pandai memujuk. Betul ke?<\/p>\n<p>Mungkin disebabkan posisi mereka sebagai anak yang paling tua, merekalah yang sentiasa memujuk adik-adiknya. Jadi secara tidak langsung, sifat ini terbentuk dalam diri mereka. Jika begitu, bertuahlah siapa yang menjadi pasangan mereka kan?<\/p>\n<h3>6. Bijak mengawal situasi<\/h3>\n<p>Bukan itu sahaja, mereka juga pandai mengawal situasi di sekeliling mereka. Dengan ilmu dan pengalaman yang ada, mereka mampu mempengaruhi orang dan secara tidak langsung, keadaan sekeliling.<\/p>\n<p>Mungkin juga disebabkan faktor usia, adik-adik akan lebih mendengar kata dan orang lain hormat pada mereka.<\/p>\n<h3>7. Bertanggungjawab<\/h3>\n<p>Sudah tentunya sebagai anak sulung, tanggungjawab mereka lebih berat berbanding yang lain. Selaku anak pertama dalam keluarga, ibu dan bapa mestilah meletakkan pengharapan yang tinggi kepada mereka dari semua segi.<\/p>\n<p>Jika anak sulung lelaki, sudah tentu merekalah yang diharapkan untuk menolong bapa melakukan kerja-kerja berat.<\/p>\n<p>Bagi anak perempuan sulung pula, ibu mestilah mengharapkannya untuk membantunya di dapur dan melakukan tugasan rumah yang lain.<\/p>\n<p>Dengan pendedahan dan ajaran sebegini, tidak peliklah jika anak sulung menjadi seorang yang bertanggungjawab kan? Apabila lahirnya adik-adik yang lain, anak sulung akan merasa bertanggungjawab pada mereka.<\/p>\n<h3>8. Ego<\/h3>\n<figure id=\"attachment_8492\" aria-describedby=\"caption-attachment-8492\" style=\"width: 600px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"size-full wp-image-8492\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17232326\/personaliti-anak-sulung.png\" alt=\"personaliti anak sulung\" width=\"600\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17232326\/personaliti-anak-sulung.png 600w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17232326\/personaliti-anak-sulung-300x225.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17232326\/personaliti-anak-sulung-500x375.png 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17232326\/personaliti-anak-sulung-370x278.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17232326\/personaliti-anak-sulung-570x428.png 570w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8492\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: istockphoto<\/figcaption><\/figure>\n<p>Fakta anak sulung yang seterusnya adalah, mereka juga sering dilihat sebagai seorang yang ego. Hmm&#8230;ada kebenaran juga kan pada pendapat ini?<\/p>\n<p>Biasalah sebagai anak sulung, mereka memainkan peranan yang besar dalam keluarga. Sebagai contoh adik-adik, pelindung, pendamai, anak harapan ibu bapa; semua ini sedikit sebanyak boleh membentuk keegoan dalam diri mereka.<\/p>\n<p>Di posisi mereka, anak sulung ini tidak suka diperlekehkan dan dipandang rendah oleh orang lain akan kelebihan dan kemampuannya.<\/p>\n<h3>9. Degil<\/h3>\n<p>Kadang-kadang pula, boleh tahan degil anak sulung ni kan? Mereka kurang suka diarah-arahkan terutamanya jika dari orang lain selain ibu dan bapa mereka.<\/p>\n<p>Sudah terbiasa memainkan peranan sebagai orang harapan, apabila disuruh buat itu ini, agak sukar untuk mereka menerima dan melakukannya.<\/p>\n<h3>10. Sensitif dan manja<\/h3>\n<p>Walaupun begitu, anak sulung ni sensitif dan manja tau. Mungkin kerana mereka sentiasa bersikap matang dan rasional, ada juga ketikanya mereka ingin bermanja.<\/p>\n<p>Kebiasaannya ibu bapa lebih memberikan perhatian kepada <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/fakta-anak-bongsu\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">anak bongsu<\/a> dan lain-lain yang lebih muda. Mungkin disebabkan itulah mereka tidak mendapat perhatian yang secukupnya dengan kehadiran adik-adik yang lain.<\/p>\n<p>Ini menyebabkan mereka bersikap lebih sensitif dan apabila berjumpa pasangannya, dengan merekalah anak sulung ini bermanja.<\/p>\n<h3>11. Tegas<\/h3>\n<p>Sebagai anak sulung, mereka juga tegas dalam pendirian dan kelakuan mereka. Memang kebanyakkan adik-beradik akan lebih mendengar kata anak sulung bukan sahaja kerana hormat pada mereka tetapi juga kerana ketegasannya dalam berbicara.<\/p>\n<figure id=\"attachment_8488\" aria-describedby=\"caption-attachment-8488\" style=\"width: 600px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-8488 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231345\/anak-sulung.png\" alt=\"anak sulung sayang adik\" width=\"600\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231345\/anak-sulung.png 600w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231345\/anak-sulung-300x225.png 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231345\/anak-sulung-500x375.png 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231345\/anak-sulung-370x278.png 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231345\/anak-sulung-570x428.png 570w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8488\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: istockphoto<\/figcaption><\/figure>\n<p>Anak sulung tidak boleh ditukar ganti. Merekalah yang sering dirujuk untuk mendapatkan pandangan dan nasihat buat adik-beradik.<\/p>\n<p>Bahkan, sanak-saudara pun turut menghormati dan menyayangi anak sulung sebagai kelahiran pertama dalam keluarga.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Antara fakta anak sulung yang utama adalah bagaimana dia sangat istimewa buat para ibu dan bapa kerana kelahiran pertama yang dinanti-nantikan seisi keluarga. Melalui&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":50,"featured_media":8490,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[626,624],"tags":[1420,1425,1421,1422,1423,1424],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>11 Fakta Anak Sulung Yang (Pasti!) Dipersetujui Ramai Ibu Bapa<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"Salah satu fakta anak sulung adalah merekalah yang sering diberi perhatian dan disayangi oleh seisi keluarga. Jom tahu fakta-fakta yang lain.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/fakta-anak-sulung-menarik\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"11 Fakta Anak Sulung Yang (Pasti!) Dipersetujui Ramai Ibu Bapa\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Salah satu fakta anak sulung adalah merekalah yang sering diberi perhatian dan disayangi oleh seisi keluarga. Jom tahu fakta-fakta yang lain.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/fakta-anak-sulung-menarik\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2021-05-20T08:55:12+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2021-05-31T06:37:41+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/17231708\/ciri-ciri-anak-sulung.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"5 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8484"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/50"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8484"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8484\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9028,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8484\/revisions\/9028"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8490"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8484"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8484"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8484"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}