{"id":8665,"date":"2021-05-24T14:29:06","date_gmt":"2021-05-24T06:29:06","guid":{"rendered":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/?p=8665"},"modified":"2021-08-17T16:16:14","modified_gmt":"2021-08-17T08:16:14","slug":"baby-kuning-jaundis-punca-cara-merawat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/baby-kuning-jaundis-punca-cara-merawat\/","title":{"rendered":"Baby Kuning: Punca, Kesan Kepada Bayi, Dan Petua Merawatnya"},"content":{"rendered":"<article class=\"entry-content\"><p>Kesihatan bayi yang baru dilahirkan memang menjadi fokus utama ibu bapa, terutama sekali pasangan yang baru mendapat cahaya mata buat kali pertamanya.<\/p>\n<p>Tidak hairanlah bila ada sahaja sedikit abnormaliti dari segi kesihatan bayi, ibu bapa pasti akan serta merta risau.<\/p>\n<p>Secara umumnya, penyakit kuning, atau dalam istilah perubatannya jaundis, boleh berlaku kepada lebih daripada 60% bayi.<\/p>\n<p>Ibu bapa digalakkan untuk melengkapkan pengetahuan tentang punca-punca penyakit kuning, apakah kesannya kepada bayi, dan bagaimana cara untuk merawatnya supaya anda akan lebih bersedia jika berlaku kepada bayi sendiri.<\/p>\n<p>Penyakit bayi (baby) kuning adalah keadaan di mana kulit dan matanya kelihatan kuning. Bagi kebanyakan bayi, penyakit kuning ini boleh sembuh tanpa rawatan dalam satu atau dua minggu.<\/p>\n<figure id=\"attachment_8690\" aria-describedby=\"caption-attachment-8690\" style=\"width: 650px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><small>Highlighted<\/small><div class='nuren-tag' data-nuren-zone='story_ng_zone' style='max-width:600px;margin: 0 auto;'><\/div><br><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-8690 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23002441\/bayi-jaundis.jpg\" alt=\"bayi jaundis tidur\" width=\"650\" height=\"365\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23002441\/bayi-jaundis.jpg 650w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23002441\/bayi-jaundis-300x168.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23002441\/bayi-jaundis-480x270.jpg 480w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23002441\/bayi-jaundis-370x208.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23002441\/bayi-jaundis-570x320.jpg 570w\" sizes=\"(max-width: 650px) 100vw, 650px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8690\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: mamaplus.md<\/figcaption><\/figure>\n<p>Penyakit kuning berlaku apabila bayi mempunyai kadar bilirubin atau bacaan kuning yang tinggi, iaitu pigmen hempedu kuning yang dihasilkan semasa pemecahan normal sel darah merah.<\/p>\n<p>Apabila semakin banyak sel darah merah berpecah, molekul bilirubin akan semakin bertambah.<\/p>\n<h2>Jenis Penyakit Baby Kuning<\/h2>\n<p>Penyakit kuning pada si manja terbahagi kepada dua, iaitu &#8216;jaundis fisiologi&#8217; dan &#8216;jaundis patologi&#8217;.<\/p>\n<ul>\n<li>\n<h3>Jaundis fisiologi<\/h3>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p>Jaundis fisiologi ialah keadaan di mana bayi kelihatan kuning biasanya ketika bayi berumur tiga hari dan akan berakhir dalam hari yang ke tujuh selepas dilahirkan dan ia tidak membahayakan serta akan sembuh tanpa memerlukan rawatan.<\/p>\n<ul>\n<li>\n<h3>Jaundis patologi<\/h3>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p>Jaundis patologi pula adalah keadaan di mana kuning pada kulit bayi dapat dilihat dari seawal hari pertama dilahirkan dan keadaan ini kebarangkalian besarnya lebih merbahaya serta memerlukan rawatan segera.<\/p>\n<h2>Punca-punca Baby Kuning atau Jaundis<\/h2>\n<ul>\n<li>\n<h3>Organ dalaman bayi masih belum matang<\/h3>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p>Walaupun penyakit kuning boleh berlaku pada bayi yang lahir matang dan dalam terma penuh, penyakit kuning ini pada kebiasaannya lebih mudah menjangkiti bayi yang dilahirkan <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/bayi-pramatang\/\">pramatang<\/a> atau tidak cukup bulan.<\/p>\n<p>Ini boleh berlaku apabila organ dalaman bayi seperti hati belum cukup matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna selepas dilahirkan, justeru tidak dapat memproses dan menghasilkan bilirubin seperti organ yang sudah matang.<\/p>\n<figure id=\"attachment_8698\" aria-describedby=\"caption-attachment-8698\" style=\"width: 660px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-8698 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23005020\/bayi-kuning-tiub.jpg\" alt=\"baby kuning dengan tiub\" width=\"660\" height=\"495\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23005020\/bayi-kuning-tiub.jpg 660w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23005020\/bayi-kuning-tiub-300x225.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23005020\/bayi-kuning-tiub-500x375.jpg 500w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23005020\/bayi-kuning-tiub-370x278.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23005020\/bayi-kuning-tiub-570x428.jpg 570w\" sizes=\"(max-width: 660px) 100vw, 660px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8698\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Google Image<\/figcaption><\/figure>\n<ul>\n<li>\n<h3>Kuantiti dan kualiti susu Ibu<\/h3>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p>Susu ibu juga memainkan peranan dalam menjadi punca baby kuning. Pertama, jika susu ibu tidak mencukupi, ia boleh menyebabkan penyakit kuning kerana bayi kurang minum susu.<\/p>\n<p>Di sebaliknya pula, susu ibu juga boleh menjadi punca baby kuning kerana ia mungkin berkait dengan zat dalam susu ibu yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada menghasilkan bilirubin.<\/p>\n<ul>\n<li>\n<h3>Jenis darah ibu<\/h3>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p>Jaundis juga boleh berlaku apabila <strong>jenis darah ibu<\/strong> adalah berlainan dari jenis darah bayi.<\/p>\n<p>Bayi yang tidak mempunyai jenis darah yang sesuai dengan ibunya boleh menyebabkan penghasilan dan pengumpulan antibodi yang akan memecahkan sel darah merah dan menaikkan kadar bilirubin dengan rancak dan secara serta-merta.<\/p>\n<ul>\n<li>\n<h3>Faktor-faktor lain<\/h3>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p>Selain daripada punca-punca utama yang disebutkan di atas, penyakit kuning juga boleh berpunca daripada <strong>faktor-faktor lain<\/strong> seperti:<\/p>\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li>Pendarahan dalam bayi<\/li>\n<li>Jangkitan darah dalam bayi<\/li>\n<li>Jangkitan virus atau bakteria lain<\/li>\n<li>Kerosakan hati<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<h2>Kesan Penyakit Kuning Kepada Bayi<\/h2>\n<ol>\n<li>Bayi akan kelihatan kuning dan putih matanya juga akan menjadi kekuningan, bergantung kepada tahap penyakit kuning yang dialami.<\/li>\n<li>Bayi menjadi kurang aktif, kurang menyusu, dan kurang membuang air besar dan kecil.<\/li>\n<li>Bayi akan asyik merengek dan menangis dengan nyaring.<\/li>\n<li>Najis bayi akan kelihatan kelabu dan pucat, berbanding dengan <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/jenis-warna-najis-bayi-kesihatan\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">najis bayi yang tiada jaundis<\/a> yang akan kelihatan kekuningan kerana bilirubin dapat dibuang secara normal.\n<div class=\"mceTemp\"><\/div>\n<\/li>\n<li>Apabila paras bilirubin terlalu tinggi di dalam darah, ia boleh meninggalkan kesan seperti kerosakan pada sel otak dan akan menyebabkan kerencatan. Perkembangan bayi juga akan menjadi tidak normal, dan bayi boleh mengalami masalah pendengaran, kekejangan otot serta boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera.<\/li>\n<\/ol>\n<p><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter wp-image-8697\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-scaled.jpg\" alt=\"bapa menukar lampin bayi\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-scaled.jpg 2560w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-770x513.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004710\/lampin-bayi-870x580.jpg 870w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<h2>Cara-cara Merawat Kuning Bayi<\/h2>\n<ol>\n<li>Selalunya, lepas ibu bersalin di hospital, tak kira lah hospital kerajaan atau swasta, jika bayi anda kelihatan mempunyai jaundis, para jururawat tentu akan terus merawat si manja anda dengan segera menggunakan fototerapi.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Fototerapi ialah kaedah merawat penyakit kuning dengan meletakkan bayi di bawah cahaya biru lembut yang berfungsi untuk mengubahkan bilirubin berwarna kuning kepada ciri-ciri yang lebih mudah larut untuk memudahkannya dikeluarkan melalui air kencing atau najis bayi.<\/em><\/p>\n<figure id=\"attachment_8695\" aria-describedby=\"caption-attachment-8695\" style=\"width: 624px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-8695 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23003908\/Fototerapi.jpg\" alt=\"Fototerapi untuk merawat baby kuning\" width=\"624\" height=\"702\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23003908\/Fototerapi.jpg 624w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23003908\/Fototerapi-267x300.jpg 267w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23003908\/Fototerapi-370x416.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23003908\/Fototerapi-570x641.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23003908\/Fototerapi-516x580.jpg 516w\" sizes=\"(max-width: 624px) 100vw, 624px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8695\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: momjunction.com<\/figcaption><\/figure>\n<ol start=\"2\">\n<li>Jika ibu sudah pulang ke rumah dan tanda-tanda penyakit kuning hanya timbul selepas balik dari hospital, ibu boleh pertimbangkan menyewa mesin fototerapi yang sekarang boleh didapatkan dengan mudah. Ia boleh digunakan sehingga tanda kuning bayi hilang, kemudian ibu disarankan untuk teruskan penyusuan ibu.<\/li>\n<li>Ibu juga perlu ikhtiar dan perbanyakkan pemberian susu ibu kepada bayi untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan bayi. Lebih kerap ibu memberi susu, lebih senang untuk bayi membuang air, justeru kadar bilirubin juga dapat dikurangkan dengan lebih cepat. Ibu boleh cuba berikan susu ibu dalam 8-12 kali sehari.<\/li>\n<\/ol>\n<figure id=\"attachment_8696\" aria-describedby=\"caption-attachment-8696\" style=\"width: 800px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-8696\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-scaled.jpg\" alt=\"ibu menyusu baby kuning\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-scaled.jpg 2560w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-768x512.jpg 768w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-570x380.jpg 570w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-770x513.jpg 770w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/23004212\/ibu-menyusu-870x580.jpg 870w\" sizes=\"(max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8696\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: Photo by Jonathan Borba from Pexels<\/figcaption><\/figure>\n<ol start=\"4\">\n<li>Dapatkan jururawat pakar laktasi supaya ibu dapat belajar <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/blog\/how-to-get-a-good-deep-latch-the-key-to-successful-breastfeeding\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">teknik menyusu dengan betul<\/a> supaya lebih mudah untuk anda susukan bayi dan penyusuan berjalan lancar.<\/li>\n<li>Ibu <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/blog\/foods-beverages-abstain-when-breastfeeding\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">menyusu perlu mengambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang<\/a> untuk memberi nutrien yang cukup kepada bayi dan juga makanan yang dapat memperbanyakkan susu ibu. Jika ibu menggunakan susu formula, secara umumnya terdapat banyak <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/pilihan-susu-formula-terbaik-untuk-bayi\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">susu formula untuk bayi<\/a> kuning yang dijual di pasaran, tetapi anda dinasihatkan untuk rujuk doktor pakar terlebih dahulu.<\/li>\n<\/ol>\n<h2>Amalan Nenek Moyang Yang Harus DIELAKKAN Jika Baby Kuning<\/h2>\n<p>Secara umumnya, banyak juga <a href=\"https:\/\/sinarplus.sinarharian.com.my\/lifestyle\/amalan-bahaya-turunkan-demam-kuning-bayi-no8-paling-ramai-yang-buat\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">cara merawat baby kuning secara tradisional<\/a>, tapi kebanyakannya mitos sahaja, dan boleh memudaratkan lagi kesihatan bayi.<\/p>\n<h3>1. Menjemur dibawah sinaran matahari<\/h3>\n<p>Petua yang sangat tidak patut dicuba kerana ia boleh membahayakan bayi anda. Sebenarnya, sinaran matahari secara tidak langsung seperti di tepi tingkap atau pintu tidak akan berkesan untuk mengurangkan jaundis bayi.<\/p>\n<figure id=\"attachment_8754\" aria-describedby=\"caption-attachment-8754\" style=\"width: 744px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" class=\"wp-image-8754 size-full\" src=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/24142226\/shutterstock_660808261.jpg\" alt=\"menjemur baby kuning di bawah sinaran matahari \" width=\"744\" height=\"496\" srcset=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/24142226\/shutterstock_660808261.jpg 744w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/24142226\/shutterstock_660808261-300x200.jpg 300w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/24142226\/shutterstock_660808261-370x247.jpg 370w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/24142226\/shutterstock_660808261-270x180.jpg 270w, https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/24142226\/shutterstock_660808261-570x380.jpg 570w\" sizes=\"(max-width: 744px) 100vw, 744px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8754\" class=\"wp-caption-text\">Sumber: bukalapak.com<\/figcaption><\/figure>\n<p>Sinaran matahari secara langsung pula boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kering dan menaikkan suhu badan bayi. Sinaran UV selepas pukul 9 pagi pula berisiko menyebabkan masalah kulit pada si manja.<\/p>\n<h3>2. Memberi madu asli atau air anggur atau serbuk mutiara pada si manja<\/h3>\n<p>Mommy, bayi anda baru umur beberapa hari dan usus mereka ketika di bawah umur 6 bulan masih belum matang sepenuhnya.<\/p>\n<p>Sebab itu bayi <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/jadual-pemakanan-bayi-6-bulan\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">hanya boleh diberi makanan separa pejal selepas berumur 6 bulan<\/a> kerana makanan selain susu ibu sebelum usia 6 bulan boleh menyebabkan bayi anda dijangkiti penyakit usus lain.<\/p>\n<h3>3. Memberi air masak<\/h3>\n<p>Sama seperti di atas, petua ini sangat tidak digalakkan ya Mommy! Pemberian air yang berlebihan berisiko menyebabkan pencairan garam sodium dalam darah dan mengakibatkan serangan sawan.<\/p>\n<p>Jadi, ibu-ibu perlu perbanyakkan lagi pengetahuan tentang pantang larang moden ke atas bayi anda dan jangan ikut sahaja nasihat sesiapa yang tidak bertauliah ya Mommy!<\/p>\n<p>Seeloknya, rujuklah pakar sakit puan anda sendiri kerana mereka mempunyai <a href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/blog\/faqs-about-newborn-by-malaysian-mums\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">lebih pengetahuan tentang masalah-masalah yang melibatkan bayi dan juga ibu yang baru bersalin<\/a>.<\/p>\n<\/article>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kesihatan bayi yang baru dilahirkan memang menjadi fokus utama ibu bapa, terutama sekali pasangan yang baru mendapat cahaya mata buat kali pertamanya. Tidak hairanlah&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":91,"featured_media":8755,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"wprm-recipe-roundup-name":[],"wprm-recipe-roundup-description":[],"wpupg_custom_link":[],"wpupg_custom_link_behaviour":["default"],"wpupg_custom_image":[],"wpupg_custom_image_id":[]},"categories":[2,5],"tags":[1472,1445,1446,1444,1443],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v16.2 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Cara Merawat Baby Kuning Yang Boleh Dipercayai &amp; Diamalkan (2021)<\/title>\n<meta name=\"description\" content=\"&#039;emur bawah matahari&#039; sebenarnya antara petua merawat baby kuning yang patut dielakkan. Baca petua dan informasi mengenai jaundis yang lain.\" \/>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/baby-kuning-jaundis-punca-cara-merawat\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Cara Merawat Baby Kuning Yang Boleh Dipercayai &amp; Diamalkan (2021)\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"&#039;emur bawah matahari&#039; sebenarnya antara petua merawat baby kuning yang patut dielakkan. Baca petua dan informasi mengenai jaundis yang lain.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/baby-kuning-jaundis-punca-cara-merawat\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Ibu, Bayi &amp; Kanak Kanak\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2021-05-24T06:29:06+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2021-08-17T08:16:14+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/cdn.motherhood.com.my\/wp-content\/uploads\/sites\/2\/2021\/05\/24142255\/baby-kuning.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1140\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"750\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Est. reading time\">\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"6 minutes\">\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8665"}],"collection":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/91"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8665"}],"version-history":[{"count":14,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8665\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10970,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8665\/revisions\/10970"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8755"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8665"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8665"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/story.motherhood.com.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8665"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}