Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Wrap Ayam ‘Crispy’ Dengan Bahan-Bahan Yang Simple Untuk Sahur Bersama Anak-Anak

Kredit gambar: Valentina's Corner

Perlukan tenaga sepanjang hari di bulan Ramadan? Boleh cuba resepi wrap ayam crispy ini!

Jika Mommy ada lebihan ayam goreng KFC semasa berbuka, boleh la cuba resepi yang mudah ini! Jika tiada lebihan, Mommy juga boleh gunakan ayam goreng frozen ataupun ayam popcorn yang senang digoreng di dalam Air Fryer. Senang la Mommy nak jimat masa untuk sahur.

Resepi Ayam Goreng Crispy

Kredit gambar: Serious Eats

Kalau Mommy rajin, boleh juga sediakan ayam goreng sendiri. Mudah sahaja, boleh ikuti langkah-langkah ini daripada resepi Sheila Rusly:

  1. Perap ayam bersama tepung dan air selama 30 minit.
  2. Pecahkan telur dan masukkan ayam tadi.
  3. Salutkan dengan tepung semula tanpa air.
  4. Goreng dalam minyak hingga masak.

Confirm senang dan ia akan menjadi menu kegemaran anak-anak Mommy. Boleh juga gunakan resepi ayam goreng ini untuk berbuka!

Penyediaan Wrap

Kredit gambar: The spruce eats

Selain itu, resepi ini juga fleksible dan boleh tambahkan bahan-bahan lain seperti kranberi, kekacang, sayur-sayuran salad pilihan Mommy dan sos berlainan jenis. Sayur-sayuran seperti iceberg lettuce, romaine, kobis pun boleh! Cuma Mommy hiris nipis-nipis supaya tidak rasa seperti makan kobis mentah.

Tips lain termasuk juga dengan cara penyediaan wrap seperti:

  1.  Panaskan sekejap dalam pan tanpa minyak selama lebih kurang 5 saat setiap belah wrap. Jangan lama sangat nanti keras jadinya dan mudah pecah apabila digigit.
  2. Angkat dan letak semua sayur, ayam dan sos.
  3. Gulung.

Kalau bukan protein ayam pun, boleh juga tukarkan dengan telur ataupun daging. See? Mudah sahaja untuk hidangan yang berkhasiat untuk sahur kali ini. Mesti ia memberikan tenaga yang cukup untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Selamat mencuba dan selamat bersahur!

Mari kita lihat resepi penuh dibawah.

Print

Resepi Wrap Ayam Crispy

Course Sarapan
Cuisine Barat
Keyword ayam, Salad/Kerabu/Ulam-ulaman

Ingredients

  • Roti tortilla
  • Isi ayam (Bahagian ada & potong kecik)
  • Salad
  • Tomato
  • Lobak (Hiris halus-halus)
  • Timun (Hiris halus-halus)
  • Keju
  • Mayonis
  • Sos thousand island

Instructions

  • Bakar roti wrap dalam oven 2-3 min.
  • Ayam goreng tepung, beli yang kentucky.
  • Sapu rata mayonis atas roti wrap & letak bahan-bahan tadi. Ayam, salad, lobak, timun, keju & sos thousand island.
  • Last sekali, gulung roti & siap.

Kredit: Kuali Mama