Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Yuran Tadika Semakin Mahal: Apa Mak Ayah Perlu Tahu

Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun 2022. Masih ada yang belum ‘recover‘ dengan situasi pandemik. Tak kurang juga yang perlu ‘bangkit semula’ daripada insiden banjir yang melanda negara beberapa minggu lepas. Paling hangat diperkatakan, kesibukan ibu bapa mendaftarkan anak-anak ke sekolah termasuklah tadika.

Highlighted

Kredit gambar: Akaun Twitter Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Bercakap tentang tadika, Min ‘terpasang telinga’ baru-baru ini dan terkejut mendapat tahu yuran tadika semakin tinggi. Bayangkan, caj yuran yang dikenakan untuk menghantar seorang anak ke tadika di Lembah Klang adalah sebanyak RM600 hinggalah RM1,200 sebulan!

Tidak cukup dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, pening juga mak ayah memikirkan caj yuran pendaftaran tadika apatah lagi nak mencari yang terbaik untuk anak-anak. Daripada menambah kerisauan dan dilema mak ayah di luar sana, ikuti tips berikut untuk memilih tadika yang bersesuaian dengan kemampuan.

1. Lokasi, lokasi, lokasi!

Ya, paling penting yang mak ayah perlu diambil kira dan mengapa lokasi tadika menjadi keutamaan. Contoh, kalau caj yuran tadika berdekatan dengan rumah sedikit mahal berbanding dengan tadika melebihi radius 10 km, daftarkan sahaja anak di tadika berdekatan dengan rumah.

Kenapa? Sebab kos perjalanan perlu diambil kira termasuklah jumlah masa yang diperlukan untuk pergi dan balik dari tadika ke rumah, kedua-duanya menyumbang kepada kos yang perlu ditanggung sepanjang musim persekolahan.

2. Scouting dan Research

Selain daripada mengenal pasti lokasi tadika berdekatan dengan rumah, mak ayah juga perlu cari tadika yang menepati specifications seperti caj yuran tadika, persekitaran, tukang pengajar atau guru-guru di tadika itu. Lakukannya lebih awal dan plan ahead, bukan sewaktu awal tahun musim persekolahan.

Tahukah anda? Tadika yang jauh lebih murah dan berpatutan ada senarai waiting list? So persiapan awal adalah sangat penting. Kalau mak ayah boleh observe satu sesi kelas di tadika pilihan pun bagus juga.

Ini kerana anak mak ayah akan berada di tadika pilihan selama beberapa jam, bukannya 15 hingga 30 minit.

Kredit gambar: hmetro.com.my

3. Buat Kira-kira dan Perbandingan

Always trust your guts in parentingSo, kalau mak ayah tak jumpa tadika berdekatan yang diinginkan, mak ayah boleh move on untuk cari tadika lain.

Tapi, gunakan checklist yang sama: Lokasi, caj yuran, persekitaran dan juga guru tadika. Pastikan ia tidak melebihi bajet. Jika terlebih bajet, lakukan kira-kira untuk perbelanjaan di tadika itu.

Mak ayah juga boleh buat perbezaan kos keseluruhan serta perbandingan untuk setiap satu tadika yang diinginkan.

4. Menabung Dari Awal

Jangan lupa menabung untuk masa depan anak-anak mak ayah. Jadikan tabiat menabung sebagai satu keperluan setelah mendirikan rumah tangga.

Perancangan awal dan menabung saling berkait rapat, try to educate yourself berkenaan menabung. Jangan duk sibuk nak beli stroller mahal je tapi time nak sekolah kan anak ‘terkangkang’, menggelabah takde duit.

5. Psst… Tip Tambahan!

Optional dan tidak semestinya wajib dilakukan. Bergantung dengan diri masing-masing, kehendak anak dan kemampuan mak ayah.

Ada ibu bapa yang pentingkan sesi pembelajaran yang lebih praktikal atau ke arah kesenian, boleh cuba untuk daftarkan anak ke playschool.

Kredit gambar: Instagram @watiabllah

Begitu juga dengan mak ayah yang inginkan anak mereka mahir menerusi bidang akademik, jadi carilah tadika yang academic driven. Ada yang mahukan medium Bahasa Inggeris diutamakan, so boleh cuba tadika yang menyediakan sesi pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.

Sama juga buat ibu bapa yang mahukan medium pembelajaran agama Islam untuk anak-anak. Pilihlah tadika yang menawarkan subjek Iqra’, Bahasa Arab, Tajwid dan lain-lain.

Untuk memilih taska atau tadika yang sesuai, ikutlah kehendak dan kemampuan masing-masing, namun mengambil kira tip-tip yang telah diterangkan seperti di atas terlebih dahulu.