“Ingat, doa, doa dan doa. Inshaallah semuanya dipermudahkan,”
Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah SWT. Ia adalah ‘senjata’ yang amat berguna yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Allah sangat suka hamba-hambanya berdoa, merayu dan merintih kepadaNya, memohon apa sahaja yang diinginkan baik di dunia mahupun di akhirat. Allah SWT berfirman,
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah Ghafir: 60)
Kata Ibnu Rajab al-Hanbali (w.795 H):
“Sesungguhnya doa itu dituntut (untuk dilakukan) dan dijanjikan untuk ditunaikan (doa tersebut) seperti firman Allah swt : :” Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Rujuk Jami’ al-Ulum wa al-Hikam (hlmn 392)
Highlighted
Sebagai umat Islam, kita boleh berdoa di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Tetapi, doa yang paling istimewa dan inshaallah diperkenankan olehNya mestilah doa selepas solat. Sama seperti solat, doa juga harus dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib dan penuh tawaduk’, sesuai dengan kehendak syarak. Lagi baik kalau kita turut berzikir sebelum diteruskan dengan doa selepas solat. Antara zikir yang boleh dilakukan ialah:
Zikir Selepas Solat
Waktu selepas solat merupakan waktu yang sesuai untuk duduk sebentar dan berzikir, sebelum diteruskan dengan berdoa selepas solat. Hanya dengan beristighfar dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sahaja pun mencukupi. Tak susah pun, 5 minit sahaja cukup untuk kita memanjatkan rasa syukur dan mengurangkan rasa kebimbangan dalam hati.
+Zikir 1
Istighfar:
أَسْتَغفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ
Maksudnya: Aku mohon keampunan mu Allah Yang Maha Agung.
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلاَمُ . تَبَارَكْتَ يَا ذَاالْجَلالِ وَالاِكْرَامِ
Allahumma antas salaam, waminkas salaam, wa ilaika ya’udus salaam. Tabarakta ya dhal jalaali wal Ikram.
Maksudnya: Ya Allah Engkau lah As-Salaam (Yang memberi keselamatan), dari-Mu lah keselamatan, dan keberkatan dari-Mu, Yang Maha Agung lagi Maha Mulia.
+Zikir 2
Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
“Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani).
Zikir 3
سبحان الله
Subhaanallah (33 kali)
Maksudnya: Maha Suci Allah
الحمد لله
Alhamdulillah (33 kali)
Maksudnya: Segala puji bagi Allah
ألله أكبر
Allahu Akbar (33 kali)
Maksudnya: Allah Maha Besar
+Zikir 4
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Laa ilaaha illallaåh wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, yuhyiy wa yumiytu wahuwa ‘ala kulli syay-in qådiir.
لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيرٌ
Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai in qodiir.
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah satu sahaja. Tiada mempunyai sekutu. Dia mempunyai kerajaan dan perlu dipuji, dan Dialah Yang amat berkuasa terhadap sesuatu.
+Zikir 5
اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Allahumma laa maani’a a’toita, walaa mu’tii lima mana’ta, walaa yanfa’u zaljaddi minkal jadd.
Maksudnya: Ya Allah, tiada Yang menghalang jika Engkau memberi, dan tiada Yang memberi jika Engkau menghalang, dan tiada manfaat usaha yang lebih kerana Engkau yang memberinya manfaat.
+Zikir 6
- Ayatul Kursi
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Nas
+Zikir 7
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا , وَ رِزْقًا طَيَّبًا , وَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as’aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqan tayyiba, wa ‘amalan mutaqabbala
Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.
Selepas berzikir, teruskan dengan doa selepas solat seperti doa-doa dibawah:
Doa Selepas Solat yang Boleh Diamalkan
#1 Doa Pembuka
#2 Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
#3 Isi Doa
#4 Penutup Doa
Dalam masa yang sama, adalah lebih baik anda beradab semasa berdoa. Berdoa pun harus beradab tau! Barulah lebih khusyuk dan semoga dimakbulkan Allah SWT. Antara adab-adab berdoa adalah:
Adab-adab Berdoa
- Pastikan diri bersih daripada hadas kecil dan hadas besar.
- Memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat.
- Menghadapkan diri ke arah kiblat.
- Kedua-dua tangan dirapatkan seperti sedang menadah air dan diangkat sejajar dengan bahu. Fokuskan pandangan pada kedua-dua tapak tangan.
- Rendahkan jiwa dan letakkan diri dalam keadaan khusyuk.
- Letakkan keyakinan di dalam diri bahawa Allah SWT akan memakbulkan doa kita. Baca doa dengan penuh perasaan.
- Mulakan bacaan doa dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas Nabi SAW.
- Isitghfar atau memohon keampunan kepada Allah di atas dosa-dosa yang dilakukan oleh diri sendiri. Kemudian mintalah agar Allah mengampunkan dosa kedua-dua ibu bapa dan saudara yang lain.
- Pastikan doa dibaca dengan suara perlahan agar tidak mengganggu orang lain. Elakkan membaca doa yang bersajak.
- Lebih elok untuk fahami doa yang disebut dan ulang doa-doa yang penting.
- Doa yang diminta mestilah doa yang baik iaitu bukan untuk melakukan dosa dan bukan untuk memisahkan hubungan silaturrahim.
- Akhiri doa dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas Nabi SAW.
- Sapukan kedua-dua tapak tangan ke muka.
Ingat, pintalah apa sahaja yang anda inginkan pada Dia yang Maha Esa. Sampaikanlah pada-Nya dengan penuh rasa rendah diri, ikhlas, dan khusyuk.
Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk didik dan ajar anak-anak mengenai solat, zikir, membaca al-quran dan doa selepas solat sejak mereka kecil lagi. Mulakan dengan doa-doa harian yang mudah seperti doa makan, doa sebelum tidur, doa menaiki kenderaan, doa keluar rumah, doa masuk tandas dan juga doa ketika hujan. Doa-doa ini pendek dan ringkas sahaja ayatnya. Inshaallah, anak-anak akan membesar dengan nikmat keberkatan-Nya. Amin.