Ibu, Bayi & Kanak Kanak

6 Tips Kekal Remaja Selepas Melahirkan Anak

kekal-remaja

credit: Shive Magazine

Tahniah atas kelahiran bayi anda! Mesti anda gembira sangat kan? Tapi…… Benda biasa jadi lepas melahirkan anak atau dalam masa postpartum,rambut akan gugur, muka jadi berkedut, berat badan naik, ada yang siap keluar jerawat lagi. Ala, dah tak nampak muda remaja dah kan?

Masa hamil lagi la, ada yang leher berkerak (daki), muka berbintik merah, banyak lagi.

Ini la pengorbanan para ibu untuk melahirkan seorang nyawa. Bayi kesayangan. Ya, para ibu memang tak kisah langsung pasal semua ni tapi ada satu masa kalau tengok cermin, mesti macam “ala rambut gugur” “hmm muka kedut”, kan?

Kajian dah buktikan yang para ibu lepas melahirkan anak akan nampak lebih tua dari usia. Alamak!

Highlighted


Tapi jangan risau! Ada je supermoms dekat luar sana kekal remaja, “hot” dan menawan lepas melahirkan anak.

Baca 6 Tips Kekal Remaja dan Menawan Selepas Melahirkan Anak.

1. Curi Masa untuk Tidur.

Kalau bayi anda tidur, anda perlu ambil kesempatan tu untuk tidur sekali. Jangan ambik kesempatan nak main phone la nak tengok IG la, cubalah bagi masa diri tu rehat. Memang akan rasa lagi segar dan bertenaga walaupun dapat tidur sekejap je.

2. Minta Tolong Suami uruskan Kerja Rumah.

Apa? Sebelum kahwin suami ada cakap “lautan api sanggup ku redah” kan? Ha, masa ni lah para suami nak kena buktikan ya. Redah la pinggan mangkuk dekat dapur tu sekali baju bertimbun dalam mesin basuh tu ya. Kesian isteri penat, bagilah para isteri ni rehat. Cakap sayang kan….. hehe

3. Makan Makanan Sihat.

Biasa dengar kan? Kalau boleh ambil makanan tambahan atau “supplement”, lagi baik. Makan spirulina atau susah sangat makan sayur banyak-banyak. Memang cliche tips ni tapi pergi la mana-mana pun memang orang akan suruh makan makanan berkhasiat untuk kekal sihat dan nampak cantik.

 

4. Sabar! atau omputih cakap “Calm Down!”

Lepas bersalin berat tak turun-turun lepas tu ada la orang duk sibuk tanya “kenapa nampak gemuk” “bila nak kurus” “nampak macam makin gemuk je” eh please! Jangan layan orang macam tu.

credit: meme generator

Memang lepas bersalin lama nak ambil masa nak turun berat. Ada je yang cepat turun bergantung pada orang la jugak. Tapi janganlah try nak makan pil kurus ke apa sebab semua ini normal. Jangan stress! Makin stress, makin tak cukup tidur, makin gugur rambut,  makin tak menawan la nanti. Ingat ya?

5. Minum Banyak Air

Kalau badan cukup air, kulit pun nampak lembap je kan. Eh? Rasanya macam semua orang dah tahu je pasal ni. Apa-apa pun minum air memang penting dalam hidup kita. Cuba minum 4-5 gelas sehari kalau rasa macam 8 gelas sehari tu banyak sangat. Memang akan nampak beza dekat kulit. Nanti suami pun tanya “eh pakai produk apa sayang?” boleh la anda jawab “minum air Coway je”. Haha!

credit: tenor

6. Beli Baju Baru

Bukan selalu boleh shopping kan. Bila beli barang baru, mood pun akan jadi bagus. Beli kasut baru, baju baru, pakaian dalam baru, barulah rasa macam dunia ni aku yang punya gittewww. 

credit: giphy

(jangan lupa minta duit suami ya. 😛 )

Untuk membeli barang bayi murah sila KLIK DISINI!