Depression adalah antara sakit mental yang semakin merisaukan sekarang ni. Penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia menjelang 2020 selepas sakit jantung. Bukan anak muda je, tapi ibu bapa pun boleh dapat depression ni. Dan depression BUKANnya gila ye!
Ikuti luahan menyayat hati adik Reyna tentang ibunya yang menghidap Major Despressive Disorder (MDD).
Lebihkan kawan-kawan berbanding Ibu
Reyna pada ketika itu baru berumur 14 tahun. Seperti anak muda yang lain, dia lebih gemar untuk luangkan masa dengan kawan-kawan berbanding ibu bapanya.
https://twitter.com/reynaxmichael/status/1028670371040378880
Dapatkan barang bayi yang BEST dan MURAH disini.
Ibu lebih banyak tidur dan suka menyendiri
Highlighted
BACA: Pendidikan Seks galakkan aktiviti seks?!
Selepas MDD, disahkan pula Bipolar Disorder
Selain major depression, ibunya turut menghidapi Bipolar Disorder (BD) yang mana kelakukannya sukar diramal.
Apa itu Bipolar Disorder?
BD adalah karakter mood yang sentiasa berubah diantara kemurungan dan mania. Karakter penghidap Bipolar Disorder akan berubah dengan pantasnya. Mereka boleh menjadi terlalu happy atau terlalu sedih dan marah dalam minggu yang sama.
Ibu berkelakuan seperti kanak-kanak 3 tahun
Diuji pula dengan Vascular Dementia
Lepas satu, satu lagi dugaan yang terpaksa dihadapi ibu dan keluarga Reyna. Ibunya kemudian disahkan menghidapi Vascular Dementia, dipercayai akibat daripada mild stroke yang pernah berlaku.
5 tahun yang mencabar
Reyna juga turut kongsi bagaimana pentingnya untuk anak-anak ambil berat mengenai kesihatan mental ibu bapa kita. Jangan hanya terlalu fokus pada kawan-kawan hingga ibu bapa kita terabai. Mereka juga amat merindui dan memerlukan masa bersama anak-anak.
Your parents’ mental health matters as much as your friend’s
Wanita lebih ramai mengalami depression
Berdasarkan infografik depression yang dikongsi oleh Malaysian Youth Mental Health Initiative (MINDA), kaum wanita lebih berpotensi untuk menghidap MDD berbanding kaum lelaki.
Depression ni tak kira usia. Mungkin lebih ramai anak muda yang menghidapi penyakit ni, tapi jangan lupa kepada mereka yang lebih tua.
Pernah tak anda terlalu stress tapi terus rasa tenang dan macam masalah tu selesai bila anda bercakap dengan ibu anda? Begitu juga untuk ibu bapa kita. Luangkan sedikit masa anda tiap hari untuk ibu bapa selagi mereka masih ada 🙂