Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas! Bahaya Penggunaan Retinol Untuk Ibu Yang Mengandung Dan Ibu Menyusu

Masih ramai ibu-ibu yang sedang hamil dan menyusu anak belum take note tentang bahaya penggunaan retinol kepada kandungan dan si manja.

Wanita hamil dinasihatkan untuk mengelak daripada menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi retinol atau bentuk vitamin A lain, seperti retinoid, asid retinoik, dan tretinoin.

Tahukah Mommy, dos vitamin A yang tinggi telah dikaitkan dengan kecacatan kelahiran dan memberikan kesan buruk pada kehamilan.

Apa itu Retinol?

Highlighted


Retinol adalah bahan aktif dari vitamin A yang banyak digunakan dalam produk skincare wanita.

Fungsi retinol adalah untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus, kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain.

Retinol hadir dalam berbagai bentuk seperti krim, gel, losyen dan serum.

Bahaya Retinol Untuk Ibu Mengandung 

Bahan aktif retinol dapat meningkatkan risiko kecacatan kelahiran jika digunakan oleh ibu mengandung. Bukan itu sahaja, ibu mengandung juga berisiko untuk mengalami keguguran.

Hal ini kerana, retinol di kesan dapat menyerap ke dalam darah dan boleh menimbulkan kesan negatif pada ibu yang sedang hamil.

Berdasarkan kajian daripada The European Medicines Agency, retinol dikatakan dapat menyebabkan gangguan saraf pada ibu hamil dan janin.

Elakkan dan berhenti guna produk yang mengandungi retinol untuk mengurangkan sebarang potensi yang berisiko kepada janin yang sedang berkembang.

Bahaya Retinol Untuk Ibu Menyusu

Untuk ibu yang menyusu juga harus elakkan penggunaan retinol kerana berisiko memberikan kesan buruk kepada si kecil.

Retinol yang menyerap ke dalam kulit wajah turut dapat memasuki tubuh badan melalui aliran darah. Secara tak langsung, akan diteruskan kepada bayi melalui susu badan yang diberikan jadi ia berisiko kepada perkembangan bayi Mommy.

Bayi yang terkena retinol secara tidak sengaja pada kulit mereka juga akan menyebabkan iritasi kulit pada si kecil.

Disarankan untuk ibu yang menyusu agar memilih produk yang sesuai dan selamat bagi ibu menyusu.

Adalah lebih bagus jika Mommy menggunakan produk yang mengandungi bahan selamat agar tumbesaran si kecil terjamin sihat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberikan pencerahan yang jelas kepada Mommy tentang bahaya retinol kepada ibu mengandung dan ibu menyusu.


Dapatkan lebih banyak info yang berguna dan bermanfaat tentang kehamilan di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.