Berita baik untuk mak-mak yang tidak bekerja atau golongan suri rumah yang berkelayakan, anda boleh memohon bantuan i-Suri KWSP bagi tahun 2021.
i-Suri? Apa tu?
i-Suri KWSP atau Insentif Suri merupakan Caruman Sukarela untuk suri rumah yang berdaftar dibawah sistem e-Kasih.
Kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim yang dikenali sebagai Program Sukarela Insentif Suri (SURI).
Cara Permohonan i-Suri KWSP 2021
- Bagi suri rumah yang berkelayakan dan ingin mendaftar insentif i-Suri KWSP, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat dengan membawa:
- Kad Pengenalan
 - Borang i-Suri KWSP 16 G (M) untuk pendaftaran kali pertama.
 - Borang i-Suri KWSP 6A (2) untuk disertakan semasa pembayaran.
 
 
Syarat Kelayakan i-Suri KWSP 2021
- Warganegara Malaysia.
 - Golongan suri rumah yang berdaftar dengan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018.
 - Belum mencapai umur 60 tahun.
 - Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
 - Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
 
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-Suri ini, anda boleh melayari laman rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau hubungi di talian: 03-80008000
Siapa yang Boleh Mencarum?
- Diri sendiri (isteri) yang merupakan suri rumah.
 - Suami kepada pasangan yang layak.
 
NOTA: Bagi suri rumah, anda hanya boleh memilih satu insentif sahaja pada satu masa – i-Saraan atau i-Suri. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), jangan lupa untuk membatalkannya dahulu, kemudian baru membuat permohonan bagi i-Suri.
Manfaat Insentif i-Suri
- Berpeluang untuk menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 pada setiap tahun.
 - Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
 - Menerima dividen tahunan KWSP.
 - Menerima bantuan kematian sebanyak RM2,500.
 
*Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Cara & Saluran Bayaran
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan unutk membayar insentif ini, seperti:
- Perbankan internet
 - Kaunter ejen bank
 - Ejen bank berdaftar
 - Kaunter KWSP
 
Untuk Pertanyaan Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan untuk memohon bantuan ini, anda boleh menghubungi:
- Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03 – 8922 6000
 - atau layari Portal KWSP; www.kwsp.gov.my.
 
