Tempoh selepas bersalin adalah satu fasa yang penuh dengan perubahan, bukan sahaja dari segi emosi tetapi juga fizikal.
Dalam masa yang sama, Mommy perlu menyesuaikan diri dengan rutin baharu, tubuh juga sedang melalui proses pemulihan yang memerlukan perhatian dan sokongan yang betul.
Sama ada bersalin secara normal atau pembedahan C-section, badan tetap memerlukan masa untuk kembali stabil. Aktiviti harian yang sebelum ini kelihatan mudah seperti bangun dari katil, berjalan atau mengangkat bayi boleh terasa lebih mencabar apabila badan belum pulih sepenuhnya.
Dalam situasi ini, sokongan pada bahagian perut memainkan peranan penting. Ia bukan sahaja membantu memberikan kestabilan ketika bergerak, tetapi juga memberi rasa lebih selesa dan yakin untuk Mommy menjalani rutin harian tanpa rasa terlalu terbeban.
Kini, Mommy mula sedar bahawa pemilihan sokongan perut yang sesuai bukan sekadar untuk keselesaan sementara, tetapi juga sebagai sebahagian daripada penjagaan diri selepas bersalin.
Dengan pilihan yang tepat, proses pemulihan boleh menjadi lebih teratur dan membantu ibu kembali aktif dengan lebih yakin.
Shapee Exclusive Belly Support Band Menang Bengkung Pemulihan Selepas Bersalin Terbaik
Highlighted
Shapee merupakan jenama tempatan sejak tahun 2016 yang dikenali dengan produk maternity dan keperluan Mommy yang praktikal serta selesa digunakan.
Dengan fokus kepada keselesaan, fungsi dan rekaan moden, Shapee menghasilkan produk yang sesuai dengan keperluan sebenar Mommy dari fasa kehamilan hingga selepas bersalin.
Salah satu produk yang menonjol adalah Shapee Exclusive Belly Support Band, yang direka khas untuk membantu Mommy dalam tempoh pemulihan.
Produk ini telah menerima pengiktirafan sebagai Bengkung Pemulihan Selepas Bersalin Terbaik dalam Motherhood Choice Awards 2026, membuktikan kepercayaan ramai Mommy terhadap keberkesanannya.
Mengapa Ramai Mommy Memilih Shapee Exclusive Belly Support Band
Shapee semakin mendapat perhatian dalam kalangan Mommy kerana pendekatannya yang memahami keperluan selepas bersalin dengan lebih menyeluruh.
Setiap produk direka dengan teliti, menggabungkan keselesaan, fungsi dan material yang sesuai untuk membantu Mommy melalui tempoh pemulihan dengan lebih yakin.
Shapee Exclusive Belly Support Band direka khas untuk memberikan sokongan optimum pada bahagian teras badan (core), membantu menyokong otot abdomen serta memperbaiki postur badan. Sokongan ini penting untuk memastikan Mommy dapat bergerak dengan lebih stabil dan selesa dalam rutin harian.
Rekaannya yang fleksibel dan mengikut bentuk badan memastikan ia kekal kemas tanpa mudah tergelincir atau bergulung, walaupun dipakai dalam tempoh yang lama.
Penggunaan gentian bamboo charcoal bersama fabrik mesh yang breathable pula membantu mengekalkan rasa kering dan selesa, sekaligus mengurangkan rasa panas atau iritasi.
Selain itu, reka bentuknya yang lebih lebar memberikan liputan menyeluruh pada bahagian perut, membantu menyokong proses pemulihan dengan lebih efektif.
Sistem tali Velcro yang boleh laras juga memudahkan Mommy mendapatkan kesesuaian yang tepat mengikut perubahan bentuk badan tanpa perlu menukar saiz.
Dengan rekaan yang lembut dan tanpa boning, ia turut sesuai digunakan oleh Mommy selepas pembedahan C-section. Secara keseluruhannya, gabungan keselesaan, sokongan dan praktikal ini menjadikan Shapee pilihan yang semakin diyakini oleh Mommy masa kini.
Ramai Mommy Memilih Shapee
Ramai Mommy yang telah mencuba produk ini berkongsi pengalaman yang positif sepanjang tempoh menggunakan bengkung Shapee.
Kebanyakan mereka menghargai keselesaan yang diberikan, sokongan pada tubuh badan serta kemudahan pemakaian dalam rutin harian. Tidak hairanlah ia semakin menjadi pilihan Mommy selepas bersalin.
“Rasa insecure lepas bersalin, lepas pakai Shapee Belly Support Band terus rasa confident. Yang penting selesa & senang sangat nak pakai!” – Fitrah Alysha
“Banyak membantu mengurangkan my lower back pain, support bahagian perut, pelvis dan seriously sangat-sangat comfortable! – Dr. Irma Izzati
Cara Dapatkan Shapee Exclusive Belly Support Band
Mommy yang mahu mencuba Shapee Exclusive Belly Support Band, boleh membelinya secara online melalui laman web rasmi Shapee. Produk ini juga boleh didapati di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop melalui akaun rasmi Shapee, memudahkan pembelian dari rumah.
Bagi Mommy yang ingin melihat dan merasa sendiri sebelum membeli, produk ini turut tersedia di kedai fizikal Shapee. Dengan pelbagai pilihan yang tersedia, Mommy boleh pilih cara yang paling mudah dan selesa mengikut gaya hidup masing-masing.
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan pelbagai informasi tentang keibubapaan dan kesihatan di SINI!
