Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Gempar – Bayi Hilang di Muar Ditemui Dalam Keadaan Menyedihkan

Nur Aisyah - culik

credit: buletindaily.com

Untuk baca edisi Inggeris berita ini, klik sini.

Kecoh dibuatnya bila seorang bayi perempuan yang berumur 17 bulan yang bernama Nur Aisyah diculik tanpa sebarang motif dan ditinggalkan di dalam semak sampai digigit serangga! Apa salah  Nur Aisyah?

Ibu kepada Nur Aisyah hanya menyedari kehilangannya ketika beliau bangun untuk menyediakan sahur, pada jam 5 pagi.

“Sebelum kejadian, saya ada bersama dengan Nur Aisyah di dalam bilik kerana menonton televisyen dan apa yang saya ingat, saya menutup televisyen kira-kira jam 3 pagi sebelum saya tidur bersama Nur Aisyah, ketika itu tiga lagi anak, suami dan ibu saya juga sudah tidur.” – ibu Nur Aisyah, Siti Noorfadilah Yusofe, 30

Highlighted


Walaubagaimanapun, penculik itu yang memecah masuk rumah hanya mencuri 2 biji telefon bimbit sementara barang-barang lain yang berharga seperti beg tangan, tidak diusik! Apa motifnya?

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, hasil penahanan suspek dan soal siasat yang dilakukan kemudiannya membawa kepada penemuan bayi perempuan berkenaan.

“Hasil daripada soal siasat yang kita lakukan akhirnya membawa kepada penemuan mangsa iaitu bayi perempuan berkenaan di satu kawasan belukar kira-kira satu kilometer dari rumah keluarga mangsa kira-kira jam 3.45 petang.”

credit: utusan online

Siti Noorfadilah juga berkata, dia memang tidak dapat mengagak dan tidak tahu apa motif individu terbabit yang membawa pergi anak bongsunya itu kerana setahu beliau, beliau tidak pernah bergaduh, bermusuh atau berlaku perkara yang tidak baik dengan lain dan sehingga kini pun beliau tidak tahu untuk mengesyaki sesiapa kerana tidak mempunyai musuh.

https://www.youtube.com/watch?v=uZ4j4l0yvSQ

Bayi yang berusia 17 bulan itu dipercayai ditemukan polis hampir 12 jam kemudian dalam keadaan menangis apabila disyaki ditinggalkan keseora­ngan di kawasan semak berdekatan pencawang elektrik di daerah ini.

Malah, badan dan muka Nur Aisyah tersebut yang ditemukan pada pukul 3.45 petang itu dipenuhi kesan gigitan serangga akibat di­tinggalkan di kawasan belukar.

Pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes terbabit.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip menegaskan bahawa kes akan disiasat mengikut Sekyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Sekyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.

Marilah kita sama-sama doakan agar kesihatan dan semangat adik Nur Aisyah akan kembali pulih secepat mungkin, ya?

Untuk membeli barangan bayi murah sila klik disini!