Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kecantikan Sejak Nenek Moyang, Ketahui Kelebihan Pakai Bedak Sejuk!

Bedak sejuk merupakan bedak yang sangat legend dan masih ada di pasaran sehingga kini.

Bedak sejuk merupakan produk kecantikan yang sudah lama terkenal dan wujud dari zaman nenek moyang kita lagi. Kalau zaman dulu, ramai wanita memakai bedak sejuk untuk menjaga kecantikan kulit mereka.

Bedak sejuk diperbuat daripada beras dan berbentuk segi tiga seperti piramid, berwarna putih, bersaiz kecil, bertekstur lembut dan mudah hancur.

Mommy ada bedak sejuk kat rumah? Kalau ada, bolehlah Mommy cuba pakai bedak sejuk ni dekat rumah.

12 Kelebihan Pakai Bedak Sejuk

Highlighted

Kredit gambar: Gvado blog

1. Memutihkan kulit muka

Bagi Mommy yang mempunyai isu dengan tona kulit tidak sekata sangat sesuai menggunakan bedak sejuk ini kerana dapat memutihkan kembali kulit muka dan tona yang sekata akibat cahaya matahari.

2. Menyegarkan kulit muka

Bedak sejuk dapat menyegarkan kulit muka kerana produk ini diperbuat daripada tepung beras yang memberi kesan untuk menyejukkan persekitaran sekeliling. Ini sangat bagus terutama apabila wajah terdedah dengan cuaca yang panas.

3. Melembapkan kulit muka 

Jika Mommy ada masalah kulit kering, bedak sejuk berfungsi sebagai pelembap kulit. Kulit wajah akan kelihatan lebih segar dan berseri. Kulit yang kering akan menyebabkan wajah nampak tua dan kusam.

4. Mengecilkan saiz pori-pori

Penggunaan bedak sejuk secara konsisten dapat mengecilkan saiz pori-pori yang terbuka terutama di bahagian hidung dan pipi. Kulit wajah akan nampak kasar apabila liang poriterbuka.

5. Menyelesaikan masalah jerawat 

Bedak ini turut dipercayai mampu mengecilkan dan membersihkan liang pori tersumbat angkara minyak, peluh atau sebum yang boleh menjadi punca munculnya jerawat pada kulit muka anda.

6. Membersihkan pori-pori yang tersumbat

Selain mengecilkan saiz pori-pori, bedak sejuk juga dapat membersihkan liang pori yang tersumbat.

7. Menanggalkan sel-sel kulit mati 

Mommy tahu tak bahawa terdapat banyak sel-sel kulit mati pada wajah meskipun sering memcuci muka. Apabila ia tidak dibersihkan akan menyebabkan kulit menjadi kering, bersisik dan tampak kusam. Sel kulit mati perlu dibuang agar kulit muka kelihatan bersih dan sihat. Jadi, amalkan bedak sejuk supaya dapat mengatasi masalah tersebut.

8. Menegangkan kulit wajah 

Kulit Mommy sedang mengalami proses penuaan dengan kedutan dan kerutan, jangan risau Mommy boleh jadikan bedak sejuk sebagai masker untuk menegangkan kembali kulit muka.

9. Melicinkan wajah

Bedak sejuk dapat mengatasi masalah muka seperti kesan parut jerawat mahupun kulit rosak akibat kosmetik. Kesannya, wajah Mommy akan kelihatan lebih licin serta tampak gebu dan mulus.

10. Merawat kesan lecur dan ruam 

Bagi Mommy yang tidak tahu, bedak sejuk bukan sahaja boleh dipakai di wajah tetapi boleh juga disapu pada mana-mana bahagian tubuh badan. Jika ada bahagian kulit yang melecur ringan, boleh sapukan sedikit sejuk ia dapat menyejukkan bahagian tersebut.

11. Mengurangkan sebum 

Sebum ialah minyak yang dihasilkan oleh kulit. Sebum yang berlebihan pada kulit wajah akan menyumbatkan pori-pori wajah yang terbuka.

Dengan menggunakan bedak sejuk, pengeluaran sebum oleh kelenjar kulit dapat dikawal. Kesannya muka Mommy tidak nampak terlalu berminyak dan masalah kulit dapat dikurangkan.

12. Bagus untuk merawat kulit sunburn 

Terlalu lama di bawah pancaran cahaya matahari akan menyebabkan kulit wajah terbakar menjadi gelap, pedih dan kering. Ada cara mudah untuk Mommy merawat semula kulit sunburn iaitu dengan menggunakan bedak sejuk.

Kulit muka akan menjadi lembap dan segar serta merawat semula kulit yang kemerahan.

Cara Pakai Bedak Sejuk

Cara pakai bedak sejuk ini sangat mudah tau! Mommy pun boleh cuba dekat rumah.

  1. Ambil beberapa biji bedak sejuk letak di dalam bekas mengikut sesuai dengan kegunaan di muka anda.
  2. Campurkan sedikit air biasa untuk lembikkan bedak sejuk agar menjadi cecair.
  3. Bacuh dengan air yang secukupnya sahaja jangan terlalu cair dan terlalu likat bagi mudahkan bedak sejuk melekat di kulit muka.
  4. Sapu rata pada muka dan biarkan sehingga ia kering.

Tiada had masa yang ditetapkan, Mommy boleh memakai seberapa lama. Kalau nak pakai setiap masa dirumah pun tiada masalah.

Kalau Mommy pakai dengan konsisten, kesan pada kulit muka akan tampak lebih licin.


Dapatkan lebih banyak tips-tips berkaitan fizikal dan mental untuk ibu di SINI.