“Lemasnya Rasa!” Hilangkan Hidung Tersumbat Dengan 13 Cara Ini Mommy

Cara Hilangkan Hidung Tersumbat
Kredit gambar: istockphoto

Apabila bangun je dari tidur, makan makanan yang diperam dan cuaca sejuk, hidung pasti tersumbat. Ini sebenarnya tanda-tanda orang yang ada resdung tau.

Apakah Punca Hidung Tersumbat?

Geram kan bila jadi macam ni. Nak bernafas susah, makan pun tak rasa apa, tidur pun tak lena! Ish…apa punca hidung tersumbat ni ya? Jom kita tengok beberapa daripada WebMD:

  1. Diserang selesema
  2. Cuaca sejuk
  3. Alergik
  4. Jangkitan sinus

Hilangkan Hidung Tersumbat Dengan 13 Cara Ini

Hanya dari rumah, Mommy boleh legakan hidung tersumbat ni dengan pelbagai cara. Antara yang dikongsikan oleh healthline ialah:

#1. Pasang humidifier

Highlighted

Cara Hilangkan Hidung Tersumbat guna humidifier
Kredit gambar: istockphoto

Hidung Mommy akan tersumbat apabila keluarnya lebihan mucus. Selalunya, badan kita akan hasilkan mucus secara berlebihan apabila laluan pernafasan kita kering.

Jadi, untuk elakkan dan selesaikan masalah ini, Mommy kena lembabkan udara ya. Pasang je humidifier di rumah.

#2. Mandi air panas/suam

Cara Hilangkan Hidung Tersumbat mandi air panas
Kredit gambar: istockphoto

Perasan tak kalau Mommy berendam dalam air panas ke, hidung yang tersumbat tu perlahan-lahan ‘mencair’? Haa.. wap air panas dan air suam ni dapat melegakan laluan pernafasan kita ya dan sekali gus mencairkan mucus yang berlebihan tu.

#3. Banyakkan minum air kosong

Cara Hilangkan Hidung Tersumbat minum air kosong
Kredit gambar: istockphoto

Cara yang lain untuk cairkan kahak dan clear kan saluran pernafasan Mommy adalah dengan banyakkan meminum air kosong.

Bukan air berperasa atau yang lain ya, yang terbaik adalah air kosong.

#4. Tuam muka dengan tuala yang dicelup air suam

Cara Hilangkan Hidung Tersumbat tuam dgn tuala
Kredit gambar: istockphoto

Kalau tak nak mandi atau berendam dalam air panas, bolehlah ambil tuala kecil dan tuam muka Mommy selepas dicelup dalam air suam.

Cara ni lebih mudah lah.

#5. Baring dengan posisi kepala lebih tinggi

Cara Hilangkan Hidung Tersumbat tidur bantal tinggi
Kredit gambar: istockphoto

Kalau kedudukan kepala berada lebih rendah, memang akan rasa lebih tersumbat hidungnya. Cuba letakkan beberapa bantal atau gunakan bantal yang tinggi sebelum letakkan kepala.

Nanti perlahan-lahan pernafasan Mommy akan terasa lega.

#6. Keluarkan hingus yang berlebihan

Cara Hilangkan Hidung Tersumbat keluarkan hingus
Kredit gambar: istockphoto

Tak boleh juga kalau kita biarkan hingus tu macam tu je. Kena usaha keluarkannya tetapi jangan hembus kuat sangat.

Sekali-sekala, keluarkan dan bersihkan saluran dalam hidung ya?

#7. Sedut air masuk dalam saluran hidung

Cara Hilangkan Hidung Tersumbat sedut air dlm hidung
Kredit gambar: istockphoto

Tak kurang juga membantu, cuba Mommy sedut air ke dalam hidung. Selalunya kita buat untuk bayi apabila hidung mereka tersumbat dengan hingus kan?

Kita semburkan air ke dalam salah satu lubang hidung yang kemudiannya akan tendang hingus keluar ke sebelah lagi.

Kalau orang dewasa pula, kita boleh juga cuba sedut air keluar masuk saluran hidung beberapa kali.

#8. Hidu essential oil

Kredit gambar: istockphoto

Jika di rumah ada essential oil seperti eucalyptus, Mommy cuba titiskan beberapa titis ke tapak tangan dan hidu sedalam-dalamnya. Lebihan tu sapu di dada ya.

Cuba buat macam ni beberapa kali, pasti membantu!

#9. Sapu dada dengan minyak hangat

Cara Hilangkan Hidung Tersumbat sapu minyak panas di dada
Kredit gambar: istockphoto

Boleh juga guna minyak hangat untuk sapu di bahagian dada, leher dan sekitar hidung untuk melegakan sistem pernafasan Mommy.

#10. Guna penapis udara

guna penapis udara di rumah
Kredit gambar: istockphoto

Banyak je alergik yang boleh mengakibatkan hidung tersumbat ni. Salah satunya adalah alergik kepada debu dan habuk yang kita tak nampak.

Nak elakkan masalah ni, Mommy boleh pasang penapis udara di rumah ya. Lebih baik lagi, di bilik tidur.

#11. Minum air teh panas

Cara Hilangkan Hidung Tersumbat minum tea
Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada air kosong, elok juga kalau Mommy minum air teh panas. Teh boleh menenangkan kita dan suhunya yang panas boleh melegakan saluran pernafasan serta mencairkan kahak. Jadi, gunakan cara hilangkan hidung tersumbat ini bila perlu dan sekiranya Mommy hilang selera makan.

#12. Guna saline spray

wanita guna saline spray
Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada itu, penggunaan saline spray juga merupakan salah satu cara hilangkan hidung tersumbat. Dengan hanya satu spray, ia membantu melembapkan saluran pernafasan dan melegakannya.

#13. Makan ubat yang dirujuk oleh doktor

lelaki makan ubat doktor
Kredit gambar: istockphoto

Kalau Mommy tak ada masa nak buat semua ni ke, boleh je makan ubat yang dirujuk oleh doktor seperti ubat cairkan kahak.

Motherhood dah cuba dan ia memang membantu.


Dapatkan pelbagai info kesihatan yang lain di SINI.

0 replies on ““Lemasnya Rasa!” Hilangkan Hidung Tersumbat Dengan 13 Cara Ini Mommy”