Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Petua & Cara Mudah Untuk Hilangkan Jerawat Pasir Yang Terkini

Jerawat pasir atau comedonal acne adalah sejenis jerawat yang luarannya kelihatan seperti bintik-bintik halus umpama pasir.

Setiap perempuan ingin kulit wajah mereka terhindar dari segala jenis jerawat yang akan menganggu emosi serta keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan orang ramai.

Bagi golongan perempuan, rupa paras yang cantik dan bersih memainkan peranan penting dalam meningkatkan keyakinan diri mereka.

Punca Jerawat Pasir

1. Tidak Membersihkan Mencuci Muka dengan Kerap atau Betul

Highlighted


Kurang membersihkan dan mencuci muka menyebabkan kulit semakin berminyak dengan penghasilan sebum yang makin bertambah dan tidak disingkirkan.

Kulit muka yang berminyak juga akan menyebabkan pengumpulan sel kulit mati yang banyak terutamanya di zon T iaitu dahi dan hidung.

Jadi, pembentukan jerawat pasir berlaku apabila liang pori mula tersumbat dengan sel mati dan keratin yang terdapat di permukaan kulit.

2. Diet Pemakanan Manis dan Berlemak

Pengambilan makanan berlemak seperti makanan segera, makanan bergoreng dan daging akan meningkatkan kandungan lemak dalam badan.

Ini akan mempengaruhi keadaan kulit yang akan menjadi semakin berminyak dan mengundang masalah pembentukan jerawat seperti jerawat biasa mahupun jerawat pasir.

3. Cuaca Panas dan Matahari

Pendedahan kepada cuaca panas akan menyebabkan kulit muka cepat berpeluh.

Apabila berpeluh, liang pori akan terbuka untuk mengeluarkan cecair peluh tersebut yang biasanya banyak di kawasan dahi dan hidung.

Kesan daripada penghasilan peluh yang banyak ini, masalah jerawat pasir akan menjadi lebih teruk terutamanya di kawasan dahi.

4. Memicit Blackhead Whitehead

Blackhead dan whitehead merupakan bahan yang tersumbat di dalam liang pori.

Pembentukannya disebabkan pengumpulan sebum, kotoran dan sel kulit mati. Pada liang pori yang tersumbat oleh blackhead dan whitehead inilah jerawat pasir boleh muncul.

Mereka yang suka memicit keluar blackhead dan whitehead  akan menyebabkan liang pori yang telah dipicit keluar mengundang lebih banyak lagi pembentukan jerawat pasir yang baru jika tidak dibersihkan dengan produk yang sesuai.

5. Persekitaran yang Kotor Tak Hygienic 

Jangkitan bakteria dan pengumpulan kotoran boleh hinggap di muka anda jika anda dikelilingi oleh persekitaran atau rutin harian yang kotor.

Antara contoh persekitaran yang kotor menjadi punca jerawat pasir adalah seperti berikut:

  • Sarung bantal yang jarang dicuci
  • Terdedah dengan kawasan berhabuk dan berdebu pada tempoh yang lama
  • Asap rokok
  • Tidak mencuci make up
  • Penggunaan alat kosmetik yang tidak sesuai/tidak selamat
  • Kerap menyentuh muka dengan tangan

5 Cara Hilangkan Jerawat Pasir

1. Madu

Cara untuk menghilangkan jerawat pasir dan bekasnya adalah dengan menggunakan madu. Kandungan antibiotik dalam madu mampu mencegah infeksi penyebab radang pada jerawat dan berfungsi memudarkan bekasnya.

Cara menghilangkan jerawat pasir dan bekasnya dengan madu adalah sebagai berikut:

1. Sediakan madu (tak kisah jenama apa)

2. Sapukan pada bekas jerawat

3. Biarkan hingga madu mengering

4. Bilas dan bersihkan dengan air suam

2. Putih telur

Kandungan enzim lysozome di dalam putih telur dapat memusnahkan bakteri penyebab jerawat.

Putih telur juga dapat mengangkat debu dan sel-sel kulit mati sehingga dapat mencegah timbulnya jerawat.

Cara membuatnya pun mudah:

1. Siapkan telur, pisahkan putih dengan kuningnya

2. Kacau putih telur hingga mengembang

3. Sapukan pada bahagian berjerawat dan bekasnya

4. Biarkan selama 10 minit, lalu bilas dengan air

3. Cara Hilangkan Jerawat Pasir: Tomato 

Cara menghilangkan jerawat pasir dengan cepat menggunakan tomato. Tomato adalah buah yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Cara menghilangkan jerawat pasir menggunakan tomato adalah sebagai berikut:

1. Pilih buah tomato yang segar dan sudah masak

2. Blend tomato sampai hancur

3. Setelah halus, sapukan pada keseluruhan wajah seperti mask

4. Biarkan ia mengering selama 1 jam

5. Bilas wajah dengan menggunakan air bersih

4. Lidah buaya 

Lidah buaya yang mengandung antioksidan, mineral, vitamin C dan E menjadi salah satu cara menghilangkan jerawat pasir.

Gunakan gel dari lidah buaya sebagai mask muka lalu biarkan mengering dan bilas dengan air.

5. Memakai Air Beras

Air beras memiliki kandungan allantoin yang dapat membantu menghilangkan jerawat pasir. Allantoin merupakan senyawa antibakteria yang berfungsi untuk menenangkan kulit berjerawat.

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu sapukan air beras pada permukaan kulit yang berjerawat.

Jika diamalkan secara konsisten, kulit wajah anda akan kelihatan lebih cerah dan terhindar dari kulit yang berminyak.

Mudah bukan? Mommy boleh gunakan barang yang ada dekat rumah sahaja dan tidak memerlukan modal yang besar untuk memiliki kulit wajah yang bersih dan sihat.

Mommy boleh la buat facial muka dekat rumah lepasni!


Dapatkan lebih banyak tips dan info untuk ibu yang menarik di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.