Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jangan Stress Sangat, Cuba Dulu 16 Cara Hilangkan Jerawat Ni

Cara Hilangkan Jerawat

Kredit gambar: istockphoto

Kulit muka berjerawat ni bukanlah sesuatu yang kecil sebenarnya. Mental dan emosi kita memang akan terjejas sekali, terutamanya kalau keadaan jerawat tu teruk seperti berjerawat batu. Jadi, mommy perlu tahu cara hilangkan jerawat yang mampu hilangkan segala jerawat yang ada.

16 Cara Hilangkan Jerawat 

Yang geramnya pasal jerawat ni, ia memang boleh berjangkit. Orang-orang tua kata, air bisanya tu yang terkena di kawasan lain akan menyebabkan jerawat tu merebak.

Memang kadang-kadang tu rasa nak putus asa je apabila tengok cermin. Tapi mana boleh kita biarkan je.

Jom Mommy, cuba beberapa tips daripada Motherhood ni. Pasti ada yang sesuai untuk kulit Mommy:

#1. Sapu tea tree oil yang dicampur dengan minyak zaitun

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Jerawat ni kan banyak bakteria yang terkumpul padanya. Tea tree oil pula, merupakan minyak pati yang anti-bakteria.

Campurkan ia dengan minyak zaitun dan sapu nipis di kawasan muka yang berjerawat.

#2. Jangan scrub muka

Scrub muka, jika dirasa dengan jari, mungkin tidaklah kasar sangat. Tetapi untuk kulit muka dan terutamanya kulit muka yang sensitif, ia tidak sesuai sebenarnya tau.

Kalau Mommy nak scrub juga, guna yang chemical punya berbanding daripada physical scrub.

#3. Sapu madu yang dicampur dengan serbuk kayu manis

Serbuk kayu manis ni sifatnya panas dan jika disapu terus ke kulit, ia boleh membuatkan kulit Mommy terbakar dan parut dalam akan terbentuk.

Jadi letakkan sedikit je dengan madu dan oleskan di kawasan berjerawat ya.

#4. Cuci muka dengan air limau nipis

Kredit gambar: istockphoto

Air limau nipis yang bersifat acidic memang bagus untuk rawat kulit wajah. Tapi jangan banyak sangat pula jus limaunya ya?

Campurkan dengan air yang ditapis dan cuci muka dengannya sekali sekala.

#5. Kurangkan pakai mekap

Memang agak sukar nak amalkan cara ni terutamanya buat Mommy yang berkerja. Kita nak kelihatan kemas dan bergaya kan?

Tapi kalau pakai mekap sentiasa, jerawat mungkin akan mengalami keradangan dan bertambah teruk.

#6. Oles ais kiub batu ke wajah

Kalau ada jerawat yang sedang aktif tu, nampak kemerah-merahan sangat tu, bolehlah cuba oleskan ais kiub batu ke wajah. Suhunya yang dingin mampu meredakan keradangan jerawat dan mengecilkan pori-pori wajah.

#7. Pakai mask kunyit dan susu

Kredit gambar: istockphoto

Cuba Mommy buat. Campurkan kunyit bersama susu segar menjadi pes dan oleskan ke seluruh wajah. Biarkan ia sehingga kering dan cuci dengan air suam.

Kunyit bersifat anti-radang dan susu juga membantu mengecutkan jerawat.

#8. Guna pencuci muka yang sesuai

Bila kulit kita berjerawat, ia akan jadi sensitif. Sebab itulah Mommy kena guna pencuci muka yang sesuai.

Pastikan ia lembut untuk kulit dan sesuai untuk kulit yang sensitif ya?

#9. Amalkan makan banyak buah dan sayur

Cuba buat selama sebulan dua dan tengok hasilnya. Amalkan memakan sayur dan buah banyak-banyak dalam diet seharian Mommy.

Nanti tengok, pasti kesannya akan terlihat pada kulit Mommy.

#10. Minum air kosong secukupnya

Kredit gambar: istockphoto

Antara tips terpenting juga, kena minum air kosong secukupnya supaya badan kita cukup hidrasi dan boleh keluarkan toksin daripada badan secara optimum.

#11. Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal

Risaulah juga, kot banyak bakteria yang terkumpul di cadar dan sarung bantal kan? Memang kena tukar sentiasa ya!

#12. Jangan picit jerawat

Selain daripada itu, jangan sesekali picit jerawat Mommy. Nanti ia merebak ke tempat lain dan keradangan kulit akan bertambah.

Kredit gambar: istockphoto

#13. Elakkan makanan berminyak

Cuba kurangkan makanan berminyak dan tengok kesannya. Kulit yang berjerawat akan menjadi semakin teruk kalau sentiasa makan makanan berminyak.

#14. Amalkan pengambilan makanan tambahan

Dalam pemakanan seharian kita, mungkin banyak juga nutrisi yang tidak mencukupi. Untuk kulit yang sihat dan cantik, biasanya orang amalkan makan vitamin C dan E lah.

Tetapi seeloknya Mommy rujuk kepada doktor terlebih dahulu.

#15. Sapu bedak sejuk

Opah kita, kalau nampak kulit cucu berjerawat, pasti mereka akan sapu bedak sejuk kan? Mungkin nampak biasa je tapi sebenarnya ia memang bagus tau.

Bedak sejuk ni diperbuat daripada tepung beras yang sifatnya menyejukkan dan baik untuk kulit kita. Cuba pakai sekali sekala ya.

#16. Makan ubat

Kredit gambar: istockphoto

Ada banyak je sebenarnya ubat yang membantu untuk mengurangkan dan menyembuhkan kulit yang berjerawat.

Nak lebih elok, jumpa je doktor pakar kulit dan mereka pasti akan membantu Mommy sebaiknya!

Cara Hilangkan Jerawat

Nak rawat diri ni, kenalah menyeluruh. Jaga pemakanan dan gaya hidup kita dan ambil makanan tambahan, apa yang perlu.

Rajin-rajinkan diri buat mask dan manjakan kulit wajah juga ya Mommy?