Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Cara Hilangkan Parut Jerawat yang TERKINI (Kaedah Tradisional dan Kaedah Moden)

Impian setiap wanita untuk memiliki kulit wajah yang sihat dan bersih.

Tidak mustahil untuk merealisasikan impian itu jika Mommy konsisten dalam perawatan muka untuk kulit yang lebih cantik.

Taukah Mommy, bekas jerawat terbahagi kepada dua jenis iaitu Post-inflammatory Erythema (PIE) dan Post inflammatory Hyperpigmentation (PIH).

PIE ialah bekas jerawat yang berwarna merah manakala PIH ialah bekas jerawat yang berwarna gelap atau juga dipanggil bintik hitam. Selain itu, terdapat juga jenis bekas jerawat yang berlubang bagi sesetengah orang.

Jadi, apa yang perlu dibuat jika mempunyai masalah parut jerawat di muka? Mari kenalpasti punca tersebut.

Ada dua kaedah yang boleh Mommy ikuti iaitu kaedah moden dan tradisional untuk membantu menghilangkan parut jerawat ini dengan cara yang berkesan.

Punca Parut Jerawat

Kesan akibat jerawat yang paling ketara adalah parut jerawat, yang mungkin memakan masa bertahun untuk sembuh.

Jadi, kenalpasti punca jerawat dengan lebih menyeluruh agar dapat mengatasi permasalahan ini dengan memiliki kulit yang cantik dan sihat.

#1. Genetik

#2. Perubahan Hormon 

#3. Ubat-ubatan

#4. Produk Berminyak 

#5. Pemakanan

#6. Kerengsaan 

#7. Tekanan 

12 Cara Hilangkan Parut Jerawat Yang Berkesan

Kaedah Moden 

#1. Krim Anti Jerawat

Mommy boleh beli krim anti jerawat di farmasi atau kedai kecantikan. Pastikan produk tersebut telah diiktiraf dan mendapat lulusan kkm dahulu sebelum membuat pembelian.

Elakkan pembelian secara atas talian agar tidak tertipu dengan barangan tiruan.

Highlighted


#2. Gunakan Serum Mengandungi Vitamin C 

Pastikan baca dahulu kandungan bahan dalam serum agar ia bersesuaian dengan kulit muka Mommy.

Serum Mengandungi Vitamin C boleh mencerahkan kulit wajah. Dalam masa yang sama, ia juga mampu mengurangkan parut di wajah dengan penggunaan yang kerap.

#3. Fractional laser therapy

Rawatan laser jenis ini boleh menembusi lebih mendalam ke dalam kulit daripada kaedah laser biasa atau dermabrasi.

Laser jenis ini tidak mengeluarkan lapisan atas kulit. Sebaliknya, ia menggunakan denyutan cahaya laser untuk memasuki kulit dan menggalakkan pengeluaran kolagen. Ia kurang invasif dan mempunyai masa penyembuhan yang lebih pendek

#4. Gunakan pencuci muka yang mengandungi AHA dan BHA

Pencuci muka yang mengandungi AHA atau BHA dapat memberikan pengelupasan lembut pada wajah. Malah, penggunaan asid ini juga boleh memudarkan parut dan menyelesaikan masalah pigmentasi.

#5. Exfoliate (Pengelupasan)

Tujuan exfoliate muka adalah untuk membuang sel-sel kulit mati. Apabila sel kulit mati telah dibuang maka ia dapat mempercepatkan penjanaan semula kulit baru yang lebih sihat.

Pastikan beli produk pengelupasan yang sesuai dengan kulit Mommy untuk kesan yang lebih cepat.

Lakukan kaedah ini sebanyak 2-3 kali sahaja dalam seminggu. Elakkan exfoliate muka setiap hari ia boleh menipiskan kulit muka anda.

#6. Pelembap

Penggunaanpelembap atau moisturizer sangat penting dalam menghilangkan parut jerawat. Kulit memerlukan kelembapan yang bagus untuk kekal sihat.

Elakkan kulit Mommy kering dan kusam. Kulit yang sihat akan mempercepatkan proses pemulihan sel kulit mati dan menghilangkan bekas parut jerawat anda.

Kaedah Tradisional 

#1. Guna Kulit Kayu Manis Dan Bedak Sejuk 

Sangat mudah!

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.

Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang.

Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

 

#2. Guna Lidah Buaya (Aloe Vera)

Lidah buaya mudah untuk didapati kerana terdapat ramai orang yang menanam pokok ini di kawasan rumah mereka.

Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya.

Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu.

InsyaAllah, parut akan hilang.

#3. Asam Jawa

Bahan ini yang pastinya ada dekat dapur Mommy. Mudah dan tiada perlu keluarkan modal.

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair.

Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering.

Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Parut akan mulai pudar dengan cepat jika Mommy konsisten.

#4. Madu 

Ambil sedikit madu dan campurkan dengan bedak sejuk.

Kemudian, tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

#5. Timun 

Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

#6. Putih Telur 

Telur mengandungi sejumlah besar protein dan dengan menggunakannya secara langsung kepada kulit anda, anda boleh mempercepatkan proses penyembuhan.

Protein adalah blok pembinaan tisu selular, dan otot, jadi sapukan secara langsung dan biarkannya di muka anda boleh meningkatkan sedikit kecepatan pemulihan parut jerawat Mommy.

Itulah beberapa cara yang boleh Mommy gunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Pilihan di tangan Mommy!

Kedua-dua kaedah boleh diamalkan mengikut kesesuaian kulit muka seseorang itu.

Semoga dengan beberapa cara hilangkan parut jerawat ini membantu Mommy untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih cantik dan bersih.


Dapatkan lebih banyak info tentang kesihatan dan kecantikan di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.