Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Anda Ada Masalah Haid? Jom Try 15 Cara Melancarkan Haid Paling Berkesan Ini

cara melancarkan haid

Kredit gambar: www.healthshots.com

Masalah haid tidak lancar, tidak teratur dan datang lambat sering terjadi dalam kalangan wanita. Kitaran haid yang normal adalah selama 28 hari.

Cara pengiraan kitaran haid yang betul adalah bermula dari hari pertama haid keluar sehingga satu hari sebelum haid yang seterusnya.

Namun, bagi sesetengah wanita ianya tidak berlaku kepada mereka. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini berlaku? Apakah pula cara melancarkan haid yang boleh dilakukan?

Bagi menjawab semua persoalan di atas, pada perkongsian kali ini kami akan membantu Mommy yang mempunyai masalah berkaitan haid ini. Ikuti kupasannya di bawah!

Faktor Haid Lambat

Highlighted

Kredit gambar: saffronfactor.com

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kenapa haid lambat. Antara faktornya ialah:

  1. Merancang kehamilan dengan pengambilan sebarang ubat, suntikan dan lain-lain kaedah boleh mengganggu kitaran haid.
  2. Penyakit tiroid yang dihadapi membuatkan haid lambat disebabkan oleh penghasilan hormone metabolik.
  3. Sindrom polisistik ovary (PCOS) juga mengganggu kitaran haid.
  4. Gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan berat badan meningkat dan menurun dengan mendadak menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon.
  5. Menjalani rawatan kimoterapi juga boleh mengganggu kitaran haid wanita.

Cara Melancarkan Haid

Kredit gambar: www.thechannel46.com

Namun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan Mommy untuk membantu kelancaran haid Mommy. Antara caranya ialah seperti berikut:

#1. Pengambilan Makanan Berkhasiat

Antara faktor yang menyumbang kepada haid lambat ialah gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan berat badan turun dan naik mendadak.

Seterusnya, menyebabkan ketidakseimbangan hormon di dalam badan berlaku. Oleh itu, pastikan Mommy mangamalkan pemakanan yang seimbang.

Makan makanan yang tinggi zat besi, vitamin C, dan serat dapat membantu menjaga kesihatan sistem pembiakan Mommy dan melancarkan haid.

#2. Pengurusan Tekanan

Cara seterusnya untuk membantu melancarkan haid ialah pengurusan tekanan. Dalam kata lain kawal tahap tekanan atau stress yang dihadapi.

Tekanan dan stress yang dihadapi boleh menyebabkan haid Mommy menjadi tidak teratur.

#3. Elakkan Minuman Berkafein

Tahukah Mommy, minuman berkafein boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam badan?

Oleh itu, sekiranya Mommy mempunyai masalah haid lambat kurangkan atau elakkan meminum minuman yang mempunyai kafein buat sementara waktu.

#4. Cara Melancarkan Haid Dengan Halia

Selain itu, penggunaan bahan alami seperti halia dapat membantu melancarkan kitaran haid Mommy. Caranya mudah hanya dengan rumbuk dan rebus halia di dalam air.

Tapis dan sedia untuk diminum. Boleh tambah sedikit madu untuk memberi rasa yang lebih enak. Amalkan selama 3 kali sehari.

#5. Minum Air yang Mencukupi

Di samping itu, air yang mencukup juga membantu untuk melancarkan kitaran haid Mommy. Air yang mencukupi dalam tubuh membantu untuk seimbangkan hormon dalam badan sekaligus membantu melancarkan haid.

#6. Cara Melancarkan Haid dengan Kulit Kayu Manis

Kitaran haid Mommy boleh dilancarkan dengan menggunakan kulit kayu manis. Bagaimana? Sangat mudah.

Samada taburkan ke dalam susu atau digunakan dalam masakan. Kayu manis mempunyai kesan pemanas yang baik untuk menstabilkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.

#7. Jus Carrot dan Anggur

Bukan itu sahaja, carrot dan anggur juga mampu untuk membantu Mommy untuk melancarkan haid Mommy yang tidak teratur.

Vitamin A dan vitamin C dalam kedua sayur dan buahan ini akan membantu menstabilkan hormon Mommy sekaligus membantu untuk melancarkan haid Mommy.

#8. Cara Melancarkan Haid dengan Nenas

Di dalam buah nenas terkandung enzim bromelain di mana berfungsi untuk melembutkan dinding rahim Mommy dan ini akan membantu melancarkan haid yang tidak lancar itu.

#9. Air Kelapa

Air kelapa bukan sahaja boleh menghilangkan dahaga tetapi boleh membantu melancarkan haid Mommy. Air kelapa mempunyai sebatian laurik yang bersifat antikulat, antibakteria dan antivirus.

Lengkap untuk kesihatan tubuh.

#10. Cara Melancarkan Haid dengan Kunyit

Selalunya kita menggunakan kunyit dalam masakan. Tetapi tahukah Mommy kunyit boleh melancarkan haid. Banyak khasiat yang terkandung di dalam kunyit ini.

Antaranya ialah sebatian fenolik iaitu curcurmin yang bersifat antiradang dan antioksida. Cubalah! Pasti Mommy akan terkejut dengan hasilnya.

#11. Pengambilan Vitamin Tambahan

Bukan itu sahaja, Mommy juga boleh mencuba mengambil vitamin tambahan untuk mengatasi masalah haid lambat ini.

Beberapa suplemen atau vitamin tambahan seperti vitamin B6, vitamin E, dan magnesium sering dikaitkan dengan melancarkan haid.

Namun, pastikan Mommy mendapatkan konsultasi dari farmasi terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang vitamin tambahan.

#12. Jangan Merokok

Merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi juga akan memberi kesan kepada sistem pembiakan wanita. Oleh itu, elakkan dan jauhi tabiat merokok ini.

#13. Mandian Air Panas

Mandi air panas bukan sahaja menyegarkan tetapi ternyata baik untuk melancarkan haid. Selain itu, Mommy juga cuba amalan bertungku yang baik untuk wanita.

#14. Cara Melancarkan Haid dengan Rehat yang Cukup

Haid yang lancar bermula dengan badan yang sihat. Badan yang sihat sudah pastinya memerlukan rehat yang secukupnya.

Jika badan Mommy tidak mendapat rehat yang cukup pastinya kitaran haid Mommy akan menjadi kacau bilau. Oleh itu, pastikan badan Mommy mendapat rehat yang secukupnya.

#15. Berjumpa Doktor

Cara yang terbaik untuk haid yang lancar adalah dengan berjumpa doktor. Hal ini kerana, kemungkinan haid Mommy mempunyai masalah disebabkan oleh sebarang penyakit yang tidak kita ketahui.

Oleh itu, hanya melalui pemeriksaan doktor sahaja boleh mengesan sebarang penyakit tersebut. Bertindak awal supaya tidak menyesal di kemudian harinya.

Namun, jika tiada sebarang penyakit doktor boleh memberi nasihat untuk melancarkan haid Mommy.

Kesimpulannya, cara-cara di atas mempunyai kesan berbeza kepada setiap orang. Tidak salahnya berikhtiar.

Namun, sekiranya keadaan haid Mommy membimbangkan terus berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Selamat mencuba!


Dapatkan pelbagai lagi petua dan tips kesihatan dan kecantikan yang lain di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.