Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Cara Melebatkan Rambut Secara Semula Jadi Yang Berkesan!

cara lebatkan rambut

Kredit gambar: istockphoto

Apabila meningkatnya usia, Mommy mungkin akan perasan yang rambut Mommy makin menipis dan kelihatan jarang-jarang. Bila ikat rambut tu, rasa sikit je rambut dan mudah je gugur selepas tu.

Terutamanya selepas bersalin, rimas dan risau bila tengok bersepahnya rambut di lantai.

15 Cara Melebatkan Rambut Yang Mommy Patut Cuba!

Selain daripada mendapatkan rawatan yang pakar, apa kata Mommy cuba beberapa cara yang kebanyakannya, Mommy boleh usahakan dari rumah je:

#1. Guna telur mentah

Ramai yang cuba dan katakan ia menjadi. Senang je caranya menurut Medical News Today. Pecahkan telur dan kocakkan ia. Selepas itu, sapukan pada rambut yang lembap. Tunggulah hampir sejam dan basuh bersih.

#2. Sapu minyak zaitun

Orang tua-tua pun selalu pesan, minyak zaitun ni bukan elok untuk kesihatan je. Jika dilumur dan diurutkan di kepala, rambut dan kulit kepala akan menjadi lebih sihat. Penggunaan minyak zaitun ni juga bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kutu rambut.

#3. Sapu aloe vera/lidah buaya

Kalau Mommy ada tanam pokok lidah buay, elok sangatlah. Buang kulitnya dan basuh dahulu getah lidah buaya ni tau Mommy.

Getahnya berwarna oren dan gatal jika terkena kulit. Selesai basuh, bolehlah penyek-penyekkan gel dan lendirnya di celah-celah rambut dan kulit kepala.

Buat selalu ya, kalau sapu di bulu mata pun akan tebal nanti.

#4. Jaga pemakanan

Sesetengah makanan mengandungi nutrisi yang mampu melebatkan dan menyihatkan rambut. Sebagai contoh, kacang badan dan walnut, ikan salmon, telur, kacang hijau dan Greek Yogurt.

#5. Guna avocado

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada sedap dan creamy teksturnya, buah avocado ni mampu untuk melembapkan kulit dan menyihatkan rambut. Ramai yang guna pes buah avocado yang dihancurkan untuk sapu ke muka dan tak kurang juga, untuk dilumurkan ke seluruh kepala.

Cubalah, tengok kesannya nanti ya?

#6. Lumur minyak kelapa

Selain daripada minyak zaitun, minyak kelapa lah yang sering digunakan dalam masyarakat kita untuk melebatkan rambut. Orang dulu-dulu kan, mereka selalu lumurkan minyak kelapa ke kepala anak mereka sebelum pergi ke sekolah.

Tapi Motherhood cadangkan, Mommy lumurkan minyak ini ke kepala sebelum waktu tidur. Nanti dah bangun pagi, boleh cuci bersih rambut.

#7. Lumur minyak castor

Kalau masyarakat Barat pula, mereka juga suka untuk gunakan minyak castor. Minyak ini pun kaya dengan vitamin E dan dipercayai dapat membantu pertumbuhan rambut.

#8. Sentiasa pakai pelembap rambut

Kadang-kadang tu, rambut kita gugur disebabkan ia kering dan menggerbang. Jadi jangan lupakan pelembap rambut dalam penjagaan harian ya Mommy?

#9. Lumur minyak zam-zam

Kalau di kedai jamu atau kedai herba, Mommy boleh jumpa minyak zam-zam ni. Ia telah berada dalam pasaran berpuluh tahun dan sering menjadi pilihan orang-orang tua kita untuk dilumurkan ke rambut.

Katanya boleh menyihatkan rambut, mengurangkan uban dan melebatkan rambut. Kena cuba ni!

#10. Lumurkan santan segar

Kredit gambar: istockphoto

Ada juga yang amalkan petua untuk lebatkan rambut dengan melumurkannya dengan santan. Sama seperti pakai minyak, hanya lumurkan dan tunggu sehingga sejam ke macam tu.

Lepas tu, basuh bersih ya. Kalau nak guna santan kotak pun boleh.

#11. Urut kulit kepala

Ada juga kajian yang menyatakan, urutan kulit kepala yang betul dapat meningkatkan ketebalan rambut.

#12. Ambil makanan tambahan

Di samping itu, Mommy boleh juga ambil makanan tambahan yang boleh membantu pertumbuhan rambut. Boleh tanya doktor dan penasihat kesihatan ya? Biasanya, makanan tambahan ni mengandungi Biotin lah.

#13. Guna syampu yang sesuai

Ada juga, yang rambutnya gugur disebabkan penyalahgunaan syampu. Sebenarnya, tak ada masalah lain pun. Cuma pemilihan syampunya sahaja yang tidak sesuai.

Mommy boleh dapatkan pendapat doktor dan orang sekeliling yang menghadapi masalah yang sama ya?

#14. Kurangkan basuh rambut

Tak lupa juga, kalau Mommy sentiasa basuh rambut, terutamanya beberapa kali sehari, ini boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala Mommy hilang natural oil nya. Jadi rambut akan kurang sihat dan mudah gugur.

#15. Kurangkan styling dan pendedahan kepada haba

Seeloknya, kurangkanlah styling rambut kerana nanti rambut Mommy akan terdedah kepada haba yang tinggi. Rambut kemudiannya akan lebih rapuh dan menjadi kurang sihat.

Kadang-kadang tu boleh, tapi bukan heavy-styling lah ya?

Kredit gambar: istockphoto

15 Tips Melebatkan Rambut

Pilihlah mana-mana cara melebatkan rambut yang Mommy selesa. Bukan untuk diri sendiri je, untuk anak-anak yang tersayang pun boleh praktikkannya.

Selamat mencuba Mommy!