Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Cara Mudah Tidur Menurut Islam Yang Boleh Diamalkan

Kredit Foto: Adobe Stock

Tidur yang nyenyak dan berkualiti sangat diidamkan setiap individu, terutamanya bagi ibu bapa. Mungkin semasa bujang pun susah untuk kita mendapat gaya dan cara tidur yang mudah, inikan pula apabila ketika hamil kerana posisi yang tidak betul atau sudah mempunyai anak-anak.

Tidak dapat tidur boleh menjadi sesuatu yang merisaukan dan akan memberi kesan keesokan harinya.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh belajar untuk tidur lebih cepat dan nyenyak dengan mencuba beberapa cara mudah tidur yang disyorkan dalam Islam. 

Highlighted

Kredit: semuanyajdt.com

Yang lebih menarik, cara-cara mudah tidur ini bukanlah dengan menggunakan ubat tidur atau lain-lain ubatan.

Sebaliknya, dengan hanya mengamalkan beberapa tips mudah tidur yang semula jadi pasti dapat membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti.

Jom sama-sama ketahui cara-cara mudah tidur di sini!

7 Cara Mudah Tidur  Yang Boleh Diamalkan

1) Corak tidur yang konsisten

Kredit: Adobe Stock

Tidur pada waktu yang berlainan setiap malam adalah kebiasaan bagi ramai orang. Walau bagaimanapun, corak tidur yang tidak teratur ini sebenarnya boleh mengganggu tidur kita kerana ia akan mengganggu circadian rhythm kita. 

Circadian rhythm merupakan kitaran 24 jam yang merangkumi jam biologi badan kita, yang membantu melancarkan fungsi dan proses tubuh badan yang penting. 

Fungsi utamanya adalah untuk menentukan sama ada badan kita sudah bersedia untuk tidur atau tidak. Sebab tu penting untuk kita tidur pada waktu yang sama setiap malam kerana ini secara tidak langsung melatih jam tubuh badan kita untuk tidur.

2) Tutup lampu

Kredit: Adobe Stock

Cahaya yang terang atau menyukarkan kita untuk tidur juga sebenarnya mengganggu circadian rhythm. Cahaya tersebut akan mempengaruhi otak dan badan kita menilai waktu malam.

Jadi, adalah lebih baik untuk menutup lampu dan membiarkan bilik dalam keadaan gelap ketika hendak tidur akan membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

3) Elakkan tidur siang

Tidur pada waktu siang, terutama yang melebihi 2 jam juga dapat mengganggu circadian rhythm kita.

Berdasarkan kajian yang dilaporkan dalam American Academy of Neurology, individu yang tidur siang melebihi 90 minit 25% lebih berisiko untuk mengalami strok berbanding individu yang melakukan power nap pada waktu siang antara 30 minit hingga 1 jam. 

Oleh sebab itu, sekiranya anda rasa mengantuk pada siang hari, jangan tidur melebihi 1 jam. Cuba untuk tidur dalam hanya 30 minit hingga 1 jam sahaja.

Malah, untuk yang beragama Islam pun, waktu power nap yang bagus disiang hari adalah sebelum masuknya waktu Zohor atau dipanggil waktu qailulah, dan jangan tidur selepas Asar.

Cara begini membolehkan anda mendapatkan tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti pada waktu  malam.

4) Bersenam di siang hari

Kredit: Adobe Stock

Latihan fizikal juga memberi kesan positif terhadap kualiti tidur anda. 

Satu kajian rutin senaman aerobik yang konsisten selama empat bulan yang dilakukan kepada orang dewasa dengan masalah insomnia telah menunjukkan mereka berjaya mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dengan ketara dan juga mengurangkan rasa mengantuk pada waktu siang dan juga masalah tekanan.

Anda tak perlu lakukan senaman yang ekstrem pun. Cukup sekadar berjalan perlahan selama sekurang-kurangnya 20-30 minit sehari atau melakukan beberapa pusingan.

5) Meditasi

Kredit: Adobe Stock

Meditasi juga salah satu cara mudah tidur, di mana ia membantu mengurangkan kegelisahan, yang sering mengganggu tidur.

Teknik ini dapat menenangkan fikiran yang gelisah atau anxiety, mengalihkan perhatian anda dari pemikiran yang sibuk, dan seterusnya membuatkan anda untuk tidur dengan lebih mudah.

6) Elakkan kafein

Kredit: Adobe Stock

Kafein boleh merangsang badan anda untuk kekal terjaga dan boleh mengganggu corak tidur kita. Sebab itu ramai yang mengambil kafein di siang hari, terutamanya pada waktu pagi – supaya tidak mudah mengantuk semasa bekerja atau melakukan aktiviti harian. 

Oleh itu, lebih baik untuk anda elakkan daripada meminum kafein sekurang-kurangnya empat jam sebelum tidur.

7) Membaca Buku

Setelah penat seharian bekerja dan menyelesaikan segala keperluan dan kehendak, adalah lebih baik untuk anda membawa buku secara santai sebelum tidur.

Kredit: streamerium.com

Elakkan penggunaan telefon pintar mahupun gajet, dan ambil sebuah buku (buku fizikal ya Mama, bukan elektronik), dan baca beberapa helai muka surat atau selama yang anda mahu.

Membaca buku adalah terapi dan seperti ‘memberi’ isyarat kepada badan untuk berehat dan mempersiapkan tubuh untuk tidur serta menenangkan minda daripada memikirkan masalah sebelum tidur.

Malah, ia juga dapat meningkatkan kualiti tidur pada waktu malam.


Mama boleh cuba cara mudah tidur di atas dan juga bagi mereka yang beragama Islam, anda juga boleh mengamalkan amalan-amalan dan doa sebelum tidur yang diajar Rasulullah SAW ini:

Amalan Sebelum Tidur yang Diajar Rasulullah SAW

1. Berwuduk

Kredit: rukundansunatwudhu

Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wudukmu untuk melakukan solat.” (HR Bukhari dan Muslim)

2. Tidur Mengiring Ke Kanan

Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

3. Meletakkan Tangan Kanan di Pipi Kanan

Rasulullah SAW apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya“. (HR. Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

4. Elakkan Tidur Meniarap

Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR Abu Dawud)

Selain tidak digalakkan untuk tidur dalam keadaan meniarap, ia juga berkait rapat dengan masalah kesihatan badan, dimana gaya tidur ini boleh menggangu jantung dan saluran pernafasan.

Kredit: mstar.com.my

5. Jaga Kebersihan Tempat Tidur

Apabila seorang dari kamu akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengibaskan kainnya pada tempat tidurnya itu terlebih dahulu, kerana ia tidak tahu apa yang ada di atasnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

6. Tidur Selepas Waktu Isyak & Witir

Rasulullah SAW membenci tidur malam sebelum (solat Isyak) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Kekasihku iaitu Rasulullah SAW mewasiatkan kepadaku tiga wasiat: (1) berpuasa tiga hari setiap bulannya, (2) mengerjakan dua rakaat solat Dhuha, (3) mengerjakan witir sebelum tidur.” (HR. Bukhari)

8. Membaca Doa Sebelum Tidur

Foto Kredit: fahmipedia.com

9. Membaca Ayat Kursi dan Surah 3 Qul

Membaca ayat Kursi dan juga surah 3 Qul yang terdiri daripada surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan surah An-Naas juga sangat digalakkan.

Sekiranya anda masih susah untuk tidur, anda boleh cuba mengamalkan doa ini setiap malam.

Foto Kredit: twitter.com/FarranIz

Semoga dengan keberkatanNya, anda dapat tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti, terutamanya bagi ibu bapa.