Kehamilan

Kehamilan merupakan saat-saat yang sangat indah untuk semua wanita. Walaupun setiap proses kehamilan adalah berbeza untuk setiap individu, namun ia merupakan satu proses kehidupan yang harus dibanggakan. Mungkin ada sesetengah ibu melalui proses kehamilan yang sukar, namun penantian selama sembilan bulan diceriakan dengan kehadiran zuriat yang bakal meneruskan generasi nenek moyang kita. Rumah tangga menjadi lebih ceria dan hubungan antara suami isteri serta ahli keluarga yang lain turut bertambah erat dengan kehadiran ‘orang baru’ dalam rumah kita. Ikuti maklumat terkini yang telah diolah ke dalam bentuk artikel untuk menambah pengetahuan ibu dan bapa mengenai kehamilan.