Setiap dari seorang wanita mempunyai fisiologi yang berbeza. Walaupun secara biologi seorang wanita dianugerahkan oleh Tuhan sepasang rahim yang akan mengandungkan zuriat setelah berkahwin.
Highlighted
Pastinya berita kehamilan adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita. Ada yang mengalami tanda-tanda awal kehamilan, malah tidak kurang juga tidak menyedari tanda hamilnya langsung.
Begitulah unik dan istimewanya setiap dari seorang wanita di dunia ini.
Sebelum kehamilan berlaku, biasanya setiap wanita normal akan mengalami kitaran haid yang konsisten.
Dan dalam kitaran tersebut, terdapat simptom yang biasa dialami sebelum dan/atau semasa kedatangan haid, yang hampir sama dengan simptom awal kehamilan, antaranya:
- kembung perut
- jerawat
- kegelisahan dan perubahan mood
- perubahan tabiat usus, dari sembelit hingga cirit-birit
- perubahan dalam libido
- kemurungan
- keletihan
- keinginan makanan dan peningkatan selera makan
- sakit kepala
- intoleransi terhadap alkohol
- sakit sendi dan otot
- sakit perut (juga dikenali sebagai “kekejangan”)
- payudara lembut
- kenaikan berat badan kerana penambahan cecair dalam badan
Bilakah masa bagi mengesan kehamilan sebelum kitaran haid?
Dalam jangka masa kira-kira 10 hari sebelum kedatangan haid bagi kitaran normal, sebilangan wanita mengalami gejala kehamilan awal yang biasa seperti payudara lembut, loya, keletihan, kepekaan bau atau sakit perut dalam beberapa hari selepas proses persenyawaan berlaku.
Dalam tempoh ini gejala lain jarang muncul sehingga sekitar jangka masa kitaran haid tiba.
Terdapat juga wanita yang menyedari dan dapat mengesan gejala awal kehamilan yang lain seperti pada perubahan pada areola, keputihan secara konsisten selama beberapa minggu.
Tetapi, ada juga wanita yang langsung tidak mengalami apa-apa simptom seperti ini.
Contoh-contoh sakit perut yang mungkin menunjukkan anda hamil:
Secara amnya, perut agak mengeras ketika proses kehamilan dan fasa mengandung.
Perut yang mengeras ini adalah disebabkan oleh tekanan rahim anda yang mula membesar dan memberi tekanan kepada perut.
Proses ini menyebabkan kadangkala anda mengalami kesakitan di perut. Anda berkemungkinan besar sedang alami sakit perut yang menunjukkan tanda hamil.
Cuma, adakah benar sakit perut ini tanda anda hamil? Atau sekadar ‘false alarm’?
Baik – di sini disertakan beberapa kesakitan di bahagian perut; berkemungkinan adalah tanda awal kehamilan atau sebaliknya:
-
Kesakitan atau kekejangan di bahagian perut
Pada awal kehamilan kesakitan ini kebiasaannya disebabkan oleh rahim yang mula mengembang bersama dengan otot perut.
Kadangkala kesakitan ini seperti senggugut yang serta merasakan seperti menerima jahitan di bahagian dalam perut.
Kekejangan dan kesakitan ini kebiasaanya berlanjutan selama beberapa minggu.
Ianya melibatkan kawasan di sekitar bawah perut, ari-ari dan kadangkala terasa sehingga ke bahagian pinggang.
Kesakitan ini juga kadang-kadang boleh diredakan seketika sekiranya anda berada pada posisi yang berbeza – seperti berbaring, terlentang, duduk dan sebagainya.
-
Kembung perut
Kembung perut biasanya disebabkan jenis makanan, atau pengeluaran gas yang berlebihan atau gangguan pergerakan otot sistem pencernaan.
Kembung perut boleh menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan di bahagian perut.
Kadangkala menjadikan perut kelihatan lebih besar kerana ianya mengembang disebabkan gas yang terhasil di dalam perut.
-
Sakit perut kerana sembelit
Sembelit berlaku apabila usus besar menyerap terlalu banyak air dari bahan buangan atau najis, yang menyebabkan ianya sukar untuk dikeluarkan dari badan melaui proses pembuangan air besar.
Ianya menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan di bahagian perut. Kadangkala ianya terasa seperti perut memulas dan pedih.
-
Sakit perut berserta mual
Kadang-kadang ramai yang menganggap sakit perut berserta mual ini dalah disebabkan keracunan makanan atau ketidakhadaman perut. Ianya mungkin salah satu petanda awal kehamilan.
Sekiranya mual dan sakit perut ini adalah berlarutan dari satu hingga lapan jam selepas makan, berkemungkinan besar ianya adalah keracunan makanan dan memerlukan rawatan segera bagi mengelakkan badan dehidrasi, keletihan melampau atau simptom penyakit yang lain.
Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya sakit ini berlarutan.
Perlu diingatkan – kesemua tanda di atas berkemungkinan besar menandakan anda hamil. Selain daripada contoh sakit perut tanda hamil di atas, anda boleh melihat tanda awal mengandung di sini.
Dan perlu dipastikan bahawa tiada sebarang pendarahan berlaku dalam fasa awal ini kerana pendarahan tersebut mungkin berbahaya atau berisiko tinggi menjejaskan kehamilan anda.
Sekiranya terdapat gejala pendarahan, anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang diperlukan.