Sembelit semasa mengandung memang sakit tapi jika sembelit selepas bersalin lagi sakit.
Sembelit dalam tempoh selepas bersalin adalah gangguan usus, yang disifatkan oleh gejala, seperti sakit atau ketidakselesaan, ketegangan, najis keras, dan rasa pengosongan usus yang tidak lengkap.
Seorang ibu muda iaitu Puan Ezzah Nor telah berkongsi tips elak sembelit lepas bersalin di laman Twitter miliknya. Tips tersebut telah diamalkan dan terbukti berkesan kerana beliau mudah nak membuang air besar selepas bersalin.
Menurut perkongsian beliau, makan more foods that contain fibre sangat membantu untuk membuang air besar dengan lancar.
5 Tips Elak Sembelit Selepas Bersalin
1. Makanan sebelum bersalin
Sebelum bersalin digalakkan untuk makan overnight oats & mix fruits smoothie.
Mix fruits smoothie sangat mudah, Mommy boleh gunakan apa sahaja jenis buah yang disukai dan campurkan sekali madu dengan susu segar. Blend semua sekali dan boleh minum.
Highlighted
Untuk overnight oats, boleh gunakan apa sahaja resepi yang Mommy suka.
Makan buah oren semasa pantang bagus untuk cepat sembuhkan luka bersalin dan dapat membantu melawaskan perut.
2. Minum air
Pastikan sebelum dan selepas bersalin Mommy minum air yang secukupnya. Keperluan air mengikut aktiviti dan berat badan anda.
Asalkan jangan air kencing sampai jadi warna pekat.
3. Guna stool softener
Mommy boleh sediakan dan beli stool softener dekat farmasi sebelum bersalin. Jangan beli dekat Shopee ye!
Mommy perlu ambil kalau rasa seram sangat nak membuang air besar.
4. Segera ke toilet
Kalau dah sakit perut cepat-cepat ke toilet. Jangan tangguh sebab makin tangguh ia akan semakin keras.
Semoga perkongsian ini dapat membantu bakal-bakal Mommy untuk lebih bersedia dan melakukan persiapan yang betul.
Dapatkan lebih banyak tips dan info untuk ibu yang bermanfaat di SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.