Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jangan Dibiarkan! Atasi Masalah Faraj Berbau Dengan 9 Tips Ini

Setiap wanita perlu memastikan kebersihan faraj dijaga agar tidak menimbulkan rasa tidak selesa pada diri.

Faraj atau vagina berbau adalah bau yang datangnya daripada faraj itu sendiri. Bau ini bergantung kepada tahap hidrasi badan, makanan yang dimakan dan status kesihatan seseorang.

Malah, bau faraj juga boleh berubah sepanjang kitaran haid atau ketika anda hamil atau menopaus.

Punca-Punca Faraj Berbau

1. Peluh 

Peluh akan meninggalkan kotoran pada kulit lalu meningkatkan penyebaran bakteria.

2. Jangkitan bakteria 

Jangkitan bakteria yang ada di alat kelamin tersebut menyebabkan sakit ketika kencing atau seks dan keluar cecair putih.

3. Perubahan hormon

Lendiran faraj bergantung kepada pelepasan hormon yang terjadi di dalam badan setiap bulan. Contohnya, ovulasi atau haid.

4. Jarang tukar pad/pantyliner

Perbuatan yang jarang menyalin pad atau pantyliner juga akan menyimpan bakteria yang boleh mendatangkan bau yang kurang enak.

5. Pemakanan 

Pakar mendedahkan bahawa makanan juga boleh memberikan kesan pada bau yang dikeluarkan dari vagina.

Menurut kajian, makanan seperti cili, bawang putih, bawang, keju, lada hitam akan memberi kesan kepada bau badan.

9 Cara Atasi Masalah Berbau

1. Makan Yogurt 

Yogurt mengandungi probiotik yang membantu mengimbangi PH dalam vagina

Highlighted


2. Menjaga Kebersihan Diri 

Kerap mandi boleh membantu mengatasi masalah faraj berbau. Kekalkan kebersihan seharian untuk mengelakkan pengumpulan bau yang tidak disukai.

3.Pemilihan seluar dalam yang sesuai 

Pilih seluar dalam yang longgar dan kain kapas supaya vagina boleh bernafas.

4. Minum Jus Kranberi 

Asid dan antioksidan dalam buah dapat menghilangkan bau busuk dan membunuh bakteria jahat.

5. Cuka Epal 

Gunakan sedikit cuka epal dalam air mandian tunggu selama 20 minit. Cuka epal berkesan membunuh bakteria.

6. Minyak Pati 

Minyak pati membantu menghilangkan bau faraj. Masukkan minyak pati ke dalam air dan basuh faraj sebanyak 3-5 kali sehari.

7. Pemakanan yang Seimbang dan Sihat 

Makan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijian penuh dan protien tanpa lemak boleh menyebabkan bau badan lebih lembut berbanding makanan segera.

8. Kekalkan Hidrasi 

Minum air yang mencukupi baik untuk kulit anda dan membantu kesihatan faraj juga.

9. Ubat-ubatan 

Ubat antibiotik sesuai dimakan untuk mengelakkan jangkitan saluran kencing.

Semoga perkongsian ini membantu dan berkesan untuk Mommy!


Dapatkan lebih banyak info tentang penjagaan diri Mommy di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.