Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kenali #FitMums di Instagram

fitmoms

Kekal cergas dan sihat di sepanjang proses kehamilan adalah satu kemestian.  Akan tetapi, ibu-ibu di Instagram ini membawa perspektif cergas semasa hamil ke suatu tahap yang baru dan berbeza. #FitMums kebiasaannya memuatnaik gambar mereka hanya mengenakan bikini menunjukkan kesan ‘stretch mark’ yang tidak jelas kelihatan. Mereka juga turut berkongsi video rejimen senaman mereka termasuklah senaman angkat berat.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Highlighted

Sumber: Google

Carian #FitMums akan menunjukkan lebih daripada 8 juta posting. Kebanyakan gambar dan video adalah berkaitan dengan ibu hamil melakukan senaman ketika sarat mengandung atau menunjukjan perut yang tegang selepas melahirkan 2 minggu.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Sia Cooper, 27 tahun seorang jurulatih peribadi dan juga ibu kepada dua orang anak berkata: “Pada hari saya masuk di dalam bilik barsalin, saya sebenarnya telah melakukan senaman selama satu jam dengan dumbbell dan membuat senaman ‘squat’ dan saya telah membuat satu senaman yang hebat sebelum anak saya lahir!”

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Sumber: Google

Walaupun sasaran mereka adalah bertujuan untuk memberi inspirasi pada ibu-ibu di luar sana, namun #FitMums ini telah dikritik kerana menghantar mesej yang di salah anggap oleh pengikut mereka.Bagi sesetengah ibu hamil, (yang mengalami sifat sensitif) mereka rasa mempunyai knflik diri untuk melihat wanita yang hamil tetapi mempunyai bentuk badan yang menawan dan mampu melakukan senaman sepanjang proses kehamilan.

Menekankan bahawa ‘tiada alasan’ untuk melakukan senaman juga membuat kekeliruan kepada kebanyakan ibu yang hamil kerana tidak mengutamakan kesihatan kandungan.

Melakukan senaman yang berlebihan ketika kehamilan akan menimbulkan risiko pada kesihatan. Aliran darah kepada bayi dalam kandungan akan terencat, jadi adalah lebih baik jika mendengar nasihat pakar kesihatan dahulu sebelum melakukan apa-apa jenis senaman semasa proses kehamilan.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Mempunyai ‘baby bump’ yang kecil berkemungkinan menunjukkan ketidaknormalan pada berat badan semasa hamil di mana ia boleh membuat tumbesaran janin terbantut.

Tetapi walau bagaimana pun, ibu hamil seharusnya meraikan dan menjalani proses kehamilan dengan gembira dan setiap wanita hamil haruslah memberi semangat pada wanita hamil yang lain.

‘Baby bumps’ besar atau kecil masih juga cantik. Perkara yang paling penting adalah gembira dan mempunyai kandungan yang sihat.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Artikel ini dipetik daripada The Asian Parent.