Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi French Toast Pisang Mentega Kacang Coklat, Confirm Sedap!

Roti antara makanan yang paling mudah untuk disediakan dan sering menjadi menu pilihan ketika sarapan pagi mahupun minum petang.

Mommy boleh la cuba buat satu resepi mudah french toast pisang dengan mentega coklat untuk rasa yang lebih sedap dan enak.

Pastinya akan menjadi makanan kegemaran anak-anak Mommy nanti.

French Toast Pisang Mentega Kacang Coklat

Bahan-Bahan:

  • 4 keping roti 
  • Mentega kacang coklat
  • 2 biji pisang
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan susu
  • 1 sudu gula pasir
  • secubit garam
  • 2@3 sudu mentega tanpa garam, untuk masak

Cara-Cara:

1. Sapu setiap keping roti dengan mentega kacang coklat.

Kredit Gambar: Youtube@Mak Intan’s Garden

2. Kemudian, letakkan pisang (telah dipotong dua) ke atas roti tersebut.

Kredit Gambar: Youtube@Mak Intan’s Garden

3. Ambil satu lagi kepingan roti dan tindihkan pada bahagian yang telah disapu mentega dan pisang tersebut. 

Kredit Gambar: Youtube@Mak Intan’s Garden

4. Di dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, gula, secubit garam dan kacau hingga sebati lalu ketepikan.

Kredit Gambar: Youtube@Mak Intan’s Garden

5. Di dalam kuali besar, cairkan mentega di atas api sederhana. Selepas mentega cair, celup dan salut bahagian roti ke dalam campuran telur dan masakkan di atas kuali.

Kredit Gambar: Youtube@Mak Intan’s Garden

6. Masak selama lebih kurang 3 hingga 4 minit di setiap bahagian, atau sehingga warna keperang-perangan. Potong dua dan boleh di hidang serta-merta.

Kredit Gambar: Youtube@Mak Intan’s Garden

 

Print

French Toast Pisang Mentega Kacang Coklat

Ingredients

  • 4 keping roti
  • Mentega kacang coklat
  • 2 biji  pisang
  • 2 biji telur
  • ¼ cawan susu
  • 1 sudu gula pasir
  • secubit garam
  • 2@3 sudu mentega tanpa garam

Instructions

  • Sapu setiap keping roti dengan mentega kacang coklat.
  • Kemudian, letakkan pisang (telah dipotong dua) ke atas roti tersebut.
  • Ambil satu lagi kepingan roti dan tindihkan pada bahagian yang telah disapu mentega dan pisang tersebut.
  • Di dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, gula, secubit garam dan kacau hingga sebati lalu ketepikan.
  • Di dalam kuali besar, cairkan mentega di atas api sederhana. Selepas mentega cair, celup dan salut bahagian roti ke dalam campuran telur dan masakkan di atas kuali.
  • Masak selama lebih kurang 3 hingga 4 minit di setiap bahagian, atau sehingga warna keperang-perangan. Potong dua dan boleh di hidang serta-merta.

Selamat mencuba Mommy!


Dapatkan lebih banyak resepi yang sedap dan menarik di SINI.