Go Back

French Toast Pisang Mentega Kacang Coklat

Ingredients
  

  • 4 keping roti
  • Mentega kacang coklat
  • 2 biji  pisang
  • 2 biji telur
  • ¼ cawan susu
  • 1 sudu gula pasir
  • secubit garam
  • 2@3 sudu mentega tanpa garam

Instructions
 

  • Sapu setiap keping roti dengan mentega kacang coklat.
  • Kemudian, letakkan pisang (telah dipotong dua) ke atas roti tersebut.
  • Ambil satu lagi kepingan roti dan tindihkan pada bahagian yang telah disapu mentega dan pisang tersebut.
  • Di dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, gula, secubit garam dan kacau hingga sebati lalu ketepikan.
  • Di dalam kuali besar, cairkan mentega di atas api sederhana. Selepas mentega cair, celup dan salut bahagian roti ke dalam campuran telur dan masakkan di atas kuali.
  • Masak selama lebih kurang 3 hingga 4 minit di setiap bahagian, atau sehingga warna keperang-perangan. Potong dua dan boleh di hidang serta-merta.
Tried this recipe?Let us know how it was!