Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi French Toast S’mores Kesukaan Ramai, Pastinya Sedap!

Antara makanan dessert yang paling disukai kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana rasa manis dan sesuai dihidangkan pada bila-bila masa sahaja.

Anak-anak Mommy peminat french toast s’mores? Mari ikuti resepi french toast s’mores yang mudah dan confirm sedap ini.

Resepi French Toast S’mores

Bahan-Bahan:

  • 4 keping roti, sebaik-baiknya yang sudah kering
  • 1 sudu mentega
  • 1 telur
  • 2 sudu susu
  • 16 marshmallow, dipotong melintang
  • Nutella

Toppings:

  • Marshmallows
  • Sos Coklat

Cara-Cara:

1. Campurkan susu dan telur di dalam mangkuk, cukup besar untuk celup roti.

2. Sapukan Nutella di atas keempat-empat roti. Dengan banyak untuk rasa yang lagi sedap. 

Kredit Gambar: Youtube@The Flat Top King

3. Letakkan marshmallow di atas roti, dengan bahagian melekit marshmallow di atas.

Kredit Gambar: Youtube@The Flat Top King

4. Panaskan mentega di dalam kuali dengan api sederhana.

5. Celupkan roti ke dalam campuran telur, kemudian masukkan ke dalam kuali.

Kredit Gambar: Youtube@The Flat Top King

6. Tekan menggunakan spatula untuk bantu untuk mencairkan marshmallow. Jangan tekan terlalu kuat – atau marshmallow akan tertumpah keluar daripada roti.

7. Bila bahagian bawah roti menjadi keperang-perangan (lebih kurang 2 ½ ke 3 minit), terbalikan dan masak lagi satu bahagian sehingga perang (lebih kurang 2 minit).

Kredit Gambar: Youtube@The Flat Top King

8. Hidang serta-merta, dengan marshmallow dan sos coklat sebagai topping., maka jadilah French Toast S’mores anda!

Kredit Gambar: Youtube@The Flat Top King

Tips

  1. Roti ini perlu dimasak di atas api sederhana, bukan tinggi, kerana anda ingin bahagian tengah sandwich untuk panas secukupnya supaya marshmallow cair, jadi perlu masak lebih lama daripada french toast yang lain.
Print

French Toast S’mores

Course Pencuci Mulut
Cuisine Barat
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri, Keluarga

Ingredients

  • 4 keping Roti
  • 1 sudu Mentega
  • 1 biji Telur
  • 2 sudu Susu
  • 16 Marshmallow
  • Nutella
  • Marshmallows (untuk topping)
  • Sos Coklat (untuk topping)

Instructions

  • Campurkan susu dan telur di dalam mangkuk, cukup besar untuk celup roti
  • Sapukan Nutella di atas keempat-empat roti. Dengan banyak untuk rasa yang lagi sedap.
  • Letakkan marshmallow di atas roti, dengan bahagian melekit marshmallow di atas.
  • Panaskan mentega di dalam kuali dengan api sederhana.
  • Celupkan roti ke dalam campuran telur, kemudian masukkan ke dalam kuali.
  • Tekan menggunakan spatula untuk bantu untuk mencairkan marshmallow. Jangan tekan terlalu kuat – atau marshmallow akan tertumpah keluar daripada roti.
  • Bila bahagian bawah roti menjadi keperang-perangan (lebih kurang 2 ½ ke 3 minit), terbalikan dan masak lagi satu bahagian sehingga perang (lebih kurang 2 minit).

Selamat mencuba Mommy!


Dapatkan lebih banyak resepi yang sedap dan menarik di SINI.