Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ikan Ini Sesuai Untuk Diet Dan Rendah Kalori! Resepi Keli Goreng Menggunakan Air Fryer

Kali ini, Motherhood kongsikan pula Resepi Keli Goreng dengan menggunakan air fryer. Berita baik untuk penggemar ikan keli kerana ikan ini adalah rendah kalori! Tetapi peringatan untuk Mommy untuk tidak makan ikan ini selalu ya.

Menurut Dr Adeolu, seorang pengamal di Pusat Perubatan Persekutuan, Jabi, Abuja, memberi amaran;

“Ikan keli mempunyai jumlah merkuri yang sangat rendah, yang sangat toksik kepada tubuh manusia dan sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak, ia boleh merosakkan sistem saraf.”

Jadi, awas ya Mommy!

Khasiat Ikan Keli

Namun begitu, tak salah untuk dijadikan menu beberapa minggu sekali kerana ia juga mengandungi pelbagai khasiat kepada kesihatan.

Selain rendah kalori dan natrium, ikan keli penuh dengan protein, lemak sihat, vitamin dan mineral. Ikan keli ialah makanan laut yang mengandungi sumber nutrien yang hebat termasuk vitamin B12, selenium dan asid lemak omega-3 dan omega-6.

Kredit gambar: Harvest Select
  • Vitamin B12
  • Selenium
  • Fosforus
  • Tiamin
  • Potassium
  • Kolesterol
  • Omega-3
  • Omega-6

Manfaat ikan keli pada kesihatan:

  • Penuh dengan protein tanpa lemak – Sumber protein yang baik, kaya dengan asid amino penting yang diperlukan untuk membina otot, tulang dan tisu yang berbeza dalam badan.
  • Mengandungi asid lemak omega-3 – Boleh membantu merawat keadaan neurologi dan mental, termasuk kehilangan ingatan,  ADHD dan kemurungan
  • Sumber vitamin B12 yang baik – Ia sangat kaya dengan lemak omega-3 yang menyihatkan jantung dan vitamin B12.
  • Menjadikan sistem imun lebih kuat – Sistem imun yang kuat dapat membantu tubuh untuk melawan serangan jangkitan daripada bakteria, virus dan lain-lain.

Untuk mereka yang sedang diet, ikan keli mengandungi jumlah kalori yang sederhana pada setiap hidangan atau setiap gram. Oleh itu, adalah pilihan yang ideal untuk Mommy yang sedang menjaga berat badan anda.

Seterusnya, ia boleh menjadi tambahan yang sihat kepada mana-mana hidangan seperti nasi ataupun dengan ulam-ulaman.

Walau bagaimanapun, menggoreng akan menambah jauh lebih banyak kalori dan lemak daripada kaedah memasak seperti membakar atau memanggang. Namun, Mommy boleh menggorengnya dengan menggunakan air fryer sahaja untuk kurangkan kalori. Senang bukan?

Kredit gambar: Dapur Sabak Salai

Ternyata, ikan keli mempunyai pelbagai kesan positif dan juga negatif untuk kesihatan kita. Walau bagaimanapun, Mommy boleh cuba resepi Keli Goreng hanya menggunakan Air Fryer sahaja. Apa-apa pun, makan dengan moderasi dan berwaspada! Selamat mencuba!

Print

Keli Goreng Menggunakan Air Fryer

Course Menu Utama
Cuisine Asia
Keyword Keluarga
Prep Time 15 minutes
Cook Time 23 minutes
Total Time 38 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 2 ekor ikan keli saiz sederhana
  • 3 biji cili api
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak zaitun

Instructions

  • Pertama sekali, bersihkan ikan keli dan potong dua. Kelarkan.
  • Kemudian, tumbuk halus cili api dan bawang putih.
  • Sapukan cili api, bawang putih, garam dan minyak zaitun pada seluruh permukaan ikan keli.
  • Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Masukkan ikan ke dalam Air Fryer dan masakkan selama 10 minit.
  • Terbalikkan dan masak lagi 10 minit.
  • Akhir sekali, keluarkan ikan dan hidangkan.