- Pertama sekali, bersihkan ikan keli dan potong dua. Kelarkan.  
- Kemudian, tumbuk halus cili api dan bawang putih.  
- Sapukan cili api, bawang putih, garam dan minyak zaitun pada seluruh permukaan ikan keli.  
- Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.  
- Masukkan ikan ke dalam Air Fryer dan masakkan selama 10 minit. 
- Terbalikkan dan masak lagi 10 minit.  
- Akhir sekali, keluarkan ikan dan hidangkan.