Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Supermom, Iman Abdul Rahim Kongsikan ‘Smart Tips’ Beliau Sanitasi Barangan Di Rumah Sejak Pandemik

Sejak bermulanya pandemik, Motherhood yakin kehidupan Mommy semua telah banyak berubah – baik dari segi aktiviti harian, pemakanan dan juga pemakaian. Malah, penjagaan barangan harian buat diri sendiri dan anak-anak juga telah berubah.

Kita menjadi lebih teliti dan lebih peka dengan keadaan sekeliling. Penggunaan sanitiser atau pembersih nyahkuman sudah menjadi ‘sebati’ dalam kehidupan harian kita masa kini. Semua benda rasa nak sanitise; setiap permukaan, tangan, handphone, wallet, dan sebagainya.

Motherhood sekali lagi mendekati dan cuba mendalami kehidupan seorang Instafamous atau influencer terkenal, Iman Abdul Rahim mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu kepada dua orang cahaya mata perempuan sejak bermulanya pandemik ini.

Jom lihat temu bual eksklusif ini.

Iman, ingat lagi last time kita jumpa, masa tu Iman sedang mengandungkan Munira. Mesti Iman lagi sibuk kan sekarang?

Iman: Itulah! Sekarang ini, sibuk nak menjaga anak-anak kan – dua orang, perlu pastikan mereka makan, mandi, bermain, dan belajar.

Selepas itu, mereka menyepahkan rumah, saya perlu kemaskan rumah. Jadi, memang banyak lah aktiviti dekat rumah dan juga perlu pastikan mereka selalu bersih. Terutamanya pada musim pandemik ini.

Apakah rutin harian Iman yang berubah sejak kita dilanda pandemik?

Iman: Okay, mari! Jom saya tunjukkan bilik mereka. Ini adalah bilik mereka. Ini katil Maysaa dan ini katil Muniraa.

Selagi boleh, saya memang akan kurangkan penggunaan bahan kimia untuk mereka. Kalau boleh, saya suka gunakan steam untuk sanitasi dan steril barang-barang mereka.

Tengoklah, contohnya mereka sepahkan dekat sini. Kadangkala, mereka selalu membuat sepah di sini.

Yang ini pun, perlu selalu disanitasi juga; alat permainan mereka.

Ini adalah LG Styler. Ia menggunakan 100% air dan saya tidak perlu risau kerana ia tidak menggunakan sebarang bahan kimia langsung.

Untuk saya pastikan baju-baju bersih dan alat permainan mereka juga bersih.

Bagaimana Iman menguruskan masa dan kekal produktif?

Iman: Saya suka merancang aktiviti harian saya. Jadi, sebelum saya tidur, saya akan rancang apa yang saya akan gayakan untuk keesokan harinya. Hal ini kerana, saya tidak mahu memikirkan hal tersebut pada waktu pagi.

Jadi, sebelum saya tidur, saya sudah tetapkan pakaian saya. Dan untuk baju kerja suami, seluar kerja suami, semua saya sudah fikirkan, dan masukkan ke dalam LG Styler.

Keesokan paginya, apabila kita pakai, baju berbau wangi dan kurang kedutan. Sekarang, saya nak keluar. Saya nak refresh blazer saya.

Apabila kita menggunakan mod refresh, nanti bau pakaian akan lebih segar dan kurang kedutan. Jadi, ini untuk blazer saya.

Dan jangan lupa mainan anak pun kita perlu sanitasi juga! Tekan butang Start, Refresh Mode, dan boleh terus tunggu ia sehingga siap.

Bagaimana Iman menggayakan sesuatu pakaian dengan penuh keyakinan?

Iman: Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya akan memilih pakaian yang selesa. Hal ini kerana saya masih menyusukan anak, jadi saya perlukan pakaian yang selesa untuk proses menyusu anak. Dan semestinya saya mahu memakai pakaian yang cantik, flare dan sopan.

Apabila melihat anak-anak membesar depan mata, mereka bermain bersama-sama, sepahkan rumah bersama-sama. Pada suatu hari, Muniraa menangis kemudian kakaknya datang memujuknya.

Jadi, sejuk sangat hati saya melihat mereka.

Sebentar, ya! Saya perlukan mandikan anak-anak sebab saya mahu keluar. Guys! Cepat bersiap, kita mahu keluar!

Oh, baju sudah siap. Jom pergi tengok! Baunya sungguh segar dan sudah tiada kedutan! Jadi saya tidak perlu gosok!

Apakah perkara penting yang Iman belajar dari ibu bapa Iman tentang membina keluarga sendiri?

Iman: Kita perlu banyak bersabar dan bijak mengawal emosi. Kerana “A happy mum is a happy family”.

Begitu gembira dan ceria melihat Supermom kita, Iman Abdul Rahim ini. Walaupun mempunyai dua orang anak yang masih kecil—Maisaa dan Muniraa—Iman masih aktif dan ceria menjalani kehidupan harian, terima kasih kepada LG Styler!

LG Styler, Smart Wardrobe Unik Idaman Semua! 

LG Styler, merupakan sebuah almari pintar atau Smart Wardrobe yang boleh mengurangkan 99.9% bakteria, virus dan alergen, serta mensanitasi fabrik dan bahan lain yang mungkin sukar untuk dicuci secara tradisional dengan teknologi terhebat LG, iaitu TrueSteam.

Almari pintar ini juga boleh mengekalkan kebersihan dan kesegaran pakaian, di samping mengekalkan jangka hayat pakaian kita.

Seperti yang ditunjukkan oleh Iman, bukan sahaja pakaian harian tau Mommy.

LG Styler ini juga boleh sanitise dan menyegarkan soft toys anak-anak. Hal ini adalah kerana, ia telah diterapkan dengan inovasi dan ciri-ciri praktikal yang amat sesuai dengan keperluan dan kemudahan bagi cucian kering di rumah.

Tak percaya? Jom lihat pelbagai kehebatan LG Styler ini:

  • Sistem pengeringan yang cermat dan efisien: Melalui sistem pam haba, sistem pengeringan rendah suhu mampu mengeringkan pakaian dengan lebih cepat, tanpa rasa bimbang akan kerosakan baju kerana haba yang panas, berbanding dengan cara pengeringan udara.
  • Ruangan Pants Press: Ruangan ini khas disediakan untuk pemakaian sut di mana ia dapat mengekalkan lipatan sempurna yang pada kebiasaannya sukar apabila digantung.
  • Mesra alam sekitar: LG Styler juga diterapkan dengan fungsi pintar dan mesra alam sekitar melalui teknologi TrueSteam yang hanya menggunakan air, tanpa bahan kimia. Malah, sistem pam habanya kurang menggunakan tenaga bagi tujuan pengeringan.
  • Sesuai untuk pelbagai jenis material: Barangan peribadi seperti beg tangan (yang sesuai untuk pembersihan wap), tali pinggang dan soft toys juga boleh disanitasi di dalam LG Styler ini .

Teknologi TrueSteam

Teknologi terkini daripada LG ini beroperasi dengan menggunakan air 100 peratus, tanpa bahan kimia.

‘Moving Hanger’ pula membantu untuk menghilangkan habuk, alergen, dan kedutan dan membuatkan pakaian berbau lebih segar! Jangan risau, operasi sistemnya senyap dan tidak membingitkan iaitu hanya 41dB dan 200 vibrasi seminit. Sesuai sangat buat Mommy dengan anak kecil.

Hebat bukan LG Styler ini? Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai LG Styler ini, layari laman web LG Electronics Malaysia atau kunjungi pengedar sah LG terdekat dengan anda di seluruh negara.

Mommy juga boleh ikuti laman Facebook LG disini dan nantikan pelbagai artikel dan informasi menarik di Motherhood Story.