Menjadi seorang bapa semestinya banyak tanggungjawab dan bapa perlu motivasi dan nasihat yang sewajarnya daripada sesama bapa yang lain. Apa kata kita sempena Hari Bapa ini, jom kita lihat ‘Dad-fluencers’ yang sentiasa mengkongsikan tips dan juga nasihat mereka.
Kadang-kadang kita memerlukan sedikit inspirasi daripada bapa lain dengan bagaimana cara mereka menghargai dan memanjakan pasangan mereka dan bagaimana mereka memberi layanan kepada anak-anak mereka.
Di bawah adalah Instagram ‘Super-Dads’ yang harus daddy take note dan follow!
6 ‘Dad-fluencers’ Yang Daddy Harus Follow!
#1 Dr Sheikh Muszaphar
Terkenal dengan ilmu keibubapaan, Dr Sheikh Muszaphar hampir setiap hari dia akan berkongsi petuanya tentang keibubapaan. Instagram-nya harus di follow!
View this post on Instagram
#2 Dr Say Shazril
Doktor selebriti kegemaran ramai ini sangat terkenal dengan kehidupannya sebagai seorang doktor, suami, dan ayah kepada keluarganya. Lihatlah bagaimana beliau sangat sweet dengan isteri dan anak-anak.
View this post on Instagram
#3 Tomok
Mommy akan sentiasa melihat penyanyi Tomok menjalankan tugasnya sebagai bapa kepada anak-anaknya di Instagram! Tomok juga sangat aktif dalam mengambil bahagian sebagai bapa kepada anak-anaknya.
View this post on Instagram
#4 Taleeb Mizad
Taleeb Mizad sering memuat naik ringkasan hidupnya sebagai seorang manusia dan juga seorang bapa. Sering memberi kata-kata semangat dan inspirasi kepada followers-nya!
View this post on Instagram
#5 Johan & Ozlynn
Lihat gelagat dan aksi kelakar Johan dan isterinya Ozlynn di Instagram mereka! Walaupun pasangan ini merupakan selebriti terkenal, namun mereka berdua sangat tegas sebagai ibu bapa dan sentiasa kongsikan masa-masa emas bersama keluarga. Mungkin Mommy boleh ambil amalan yang mereka lakukan sebagai inspirasi!
View this post on Instagram
#6 Dr Izzar Anwari
Sering kongsikan tentang kesihatan kanak-kanak, banyak info yang bermanfaat untuk dijadikan tauladan oleh bapa-bapa ini. Follow jangan tak follow ya Mommy dan Daddy!
View this post on Instagram
Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy vote jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!
 
        



 
            		