Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ketahui 5 Jenis Bau Faraj Wanita, No 5 Paling Bahaya!

Masih ada wanita yang memandang remeh dan tak endah mengenai kebersihan vagina mereka.

Tahukah anda, faraj mempunyai berbilion bakteria yang tinggal di dalamnya dan bakteria ini mungkin bertukar-tukar setiap hari bahkan setiap jam tanpa anda ketahui.

Oleh itu, kesannya menyebabkan bau kemaluan wanita juga berubah-ubah mengikut keadaan.

Ada masanya bau faraj berubah disebabkan oleh kitaran haid, rutin kebersihan diri atau ia memang bau normal faraj anda yang tersendiri.
Mari kenalpasti jenis-jenis bau faraj, supaya Mommy lebih berjaga-jaga dan dapat merawatnya dengan segera.

5 Jenis Bau Faraj Wanita

Highlighted


1. Bau miss v seperti duit syiling atau tembaga 

Jangan risau kerana ia adalah jenis bau vagina normal.

Kebiasaanya, seseorang wanita datang haid, maka faraj mereka akan mempunyai bau seperti tembaga.

2. Bau seperti clorox 

Faraj yang berbau seperti klorin atau cecair peluntur adalah hal yang normal dan tidak perlu dibimbangi.

Ini selalu terjadi apabila setelah bersama dengan si suami.

3. Bau sesuatu yang masam seperti yogurt asli 

Nilai pH bagi faraj yang normal semestinya sedikit berasid iaitu antara 3.8 hingga 4.5. Sebab bau faraj seperti ini ialah faktor keasidan.

Wanita yang sedang subur di tengah-tengah bulan akan mengalami bau faraj ini.  Namun, bergantung juga kepada pemakanan individu tersebut.

Bakteria Lactobacilli yang menyebabkan faraj menjadi sedikit berasid.

4. Berbau tajam seperti bau ketiak berpeluh 

Tahukah Mommy, jika anda over exercise akan menyebabkan vagina berbau lebih tajam dan berpeluh.

5. Bau seperti bangkai atau hanyir busuk

Bau faraj yang tidak normal. Kalau bau ini lebih berhari-hari, anda perlu jumpa doktor dengan segera untuk dapatkan rawatan.

Apabila melihat cecair faraj bertukar kepada kuning kehijauan itu bermakna diserang trichomoniasis iaitu penyakit kelamin. Ia adalah sejenis jangkitan kelamin yang boleh dirawat melalui ubat antibiotik.

Dimana, ia akan menganggu kesuburan dan menyebabkan kesukaran untuk hamil pada masa akan datang dan ada risiko menyebabkan kedua-dua tiub fallopio anda tersumbat.

Ada bau faraj yang normal dan tidak, pastikan anda lebih alert terhadap kebersihan diri dan vagina!

Jika anda mempunyai simptom seperti kegatalan atau rasa terbakar, sakit, kesakitan ketika melakukan hubungan seks, keluar cecair yang tidak normal atau pendarahan selain darah haid, maka berjumpalah doktor dengan kadar segera.


Dapatkan lebih banyak info bermanfaat mengenai kesihatan untuk ibu di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.