Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Tips Kecantikan ‘Homemade’ Untuk Rayakan Ibu, Mommy & Semua Yang Bergelar Mama

Tips Kecantikan ‘Homemade’ Untuk Rayakan Mama

Kredit gambar: istockphoto

Buat ibu-ibu yang sudah penat lelah menjalankan tanggungjawab untuk anak-anak dan keluarga, gunakan peluang bulan Syawal ini untuk memanjakan diri sendiri.

Mommy pun pasti nak kelihatan cantik dan berseri je kan di hari raya? Tambahan pula dengan sambutan Hari Ibu pada 8 Mei yang lalu. Tak salah pun kalau Mommy nak celebrate raya dan hari Ibu sekarang. Masih belum terlambat dan Min sendiri menyokong ibu-ibu yang sering hadiahkan atau manjakan diri sendiri selepas berpenat lelah di tempat kerja dan di rumah.

8 Tips Kecantikan ‘Homemade’ Untuk Rayakan Mama

Apa kata, tahun ni kita cuba buat semuanya dari rumah je? Mudah dan dengan kos yang murah, Mommy harus cuba beberapa tips kecantikan ‘homemade’ ini:

1. Rawatan scrub muka

Terutamanya kalau kulit wajah Mommy ada blackhead dan whitehead, bolehlah buat rawatan scrub untuk wajah terlebih dahulu.

Antara ramuan scrub yang elok adalah:

  • Campuran oat dan susu
  • Campuran serbuk beras pulut dan serbuk kunyit
  • Parutan timun batang
  • Parutan lobak merah
  • Parutan ubi kentang
  • Campuran oat dan madu

Scrub wajah dengan mana-mana resepi homemade scrub yang Mommy suka dan bilas dengan air suam. Cubalah, memang akan nampak perbezaan terus pada wajah Mommy!

2. Rawatan masker muka

Selepas scrub kulit wajah dan bersihkan ia daripada kotoran-kotoran halus, barulah Mommy boleh tampalkan homemade masker di muka.

Masker ni banyak fungsi dia tau, berbeza-beza kesannya bergantung kepada bahan yang digunakan. Sebagai contoh:

  • Untuk cerahkan wajah: air parutan kentang
  • Untuk serikan wajah: pes serbuk beras, serbuk kunyit, air perahan lemon dan yogurt
  • Untuk lembapkan kulit: parutan buah tomato
  • Untuk lembutkan kulit: air susu

Bergantung kepada keadaan kulit Mommy, pilihlah masker yang sesuai. Kalau nak buat semua pun boleh. Asalkan bahan-bahannya ada, boleh je buat rawatan masker muka ni bila-bila. Dah la senang, tak perlu kos yang mahal pula tu.

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

3. Lulur badan

Bukan kulit wajah je nak dimanjakan kan? Kulit badan pun amat penting tau, terutamanya di bahagian pelipat-pelipat tu.

Badan kita ni setiap hari hasilkan kulit mati supaya keadaan kulit kita optimum. Jadi dari masa ke semasa, memang terkumpul lah daki di badan tu. Bukannya setiap kali Mommy mandi dan lap badan, badan tu betul-betul bersih ya.

Jadi sebab itulah kadang-kadang, Mommy perlu buat lulur badan atau dikenali juga sebagai scrub badan. Resepi lulur badan ni pun banyak tapi ada je yang guna resepi yang sama untuk kulit wajah juga.

Antara resepi yang sering digunakan oleh orang-orang tua kita ialah, campuran serbuk beras + serbuk kunyit + susu dan air perahan limau nipis.

Cubalah, sapu dahulu pes campuran lulur ini ke seluruh badan dan gosok perlahan-lahan. Nanti Mommy dah cuba, mesti rasa lembut dan bersih je kulit!

4. Rawatan rambut

Macam mana pula dengan rambut? Mahkota wanita mestilah sentiasa berseri kan? Macam kulit wajah juga, keadaan rambut yang berbeza memerlukan rawatan yang berbeza.

Mommy boleh cuba beberapa resepi untuk masker rambut ini ya:

  • Untuk rambut kering: campuran kuning telur dan susu
  • Untuk rambut kusam: campuran yogurt dan air perahan lemon
  • Untuk rambut hapak dan kulit kepala tak sihat: limau purut
Kredit gambar: istockphoto

5. Rawatan kaki

Kaki, terutamanya di kawasan celah-celah jari dan sekeliling kuku sering menjadi tempat berkumpulnya daki dan kadang-kadang, boleh menimbulkan bau yang tidak enak.

Kalau tak ada pedicure kit, boleh je Mommy bersihkan kaki dan kuku kaki dengan ramuan dari rumah je:

  1. Rendamkan kaki dalam rendaman air susu + limau nipis + air mawar selama beberapa minit.
  2. Kemudian, scrub kaki Mommy dengan garam halus. Jangan kasar-kasar ya?
  3. Sapukan pelembap pada kaki, terutama di celah-celahnya.

Memang bersih kaki dan kuku kaki Mommy pun akan nampak sihat selepas manjakannya sebegini. Tak percaya cubalah!

6. Rawatan penjagaan tangan

Tangan wanita ni dijadikan indah bentuk jari dan kukunya. Sebab itulah kena sentiasa jaga. Selain daripada selalu oleskan losyen, Mommy boleh buat rawatan pada tangan dengan bahan-bahan di rumah je.

  1. Rendamkan tangan supaya kulit dan kuku menjadi lebih lembut.
  2. Scrub keseluruhan bahagian tangan hingga kuku dengan scrub pilihan.
  3. Oleskan body oil atau losyen tangan untuk mengekalkan kelembapan dan kelembutan.

7. Mandi bunga

Selain itu, seronok juga kalau Mommy dapat mandi bunga di rumah. Cumanya, ini hanya boleh dilakukan kalau ada bath tub atau kolam mandi portable. Berikut merupakan cara-cara yang Mommy boleh cuba untuk mandi bunga:

  1. Isikan air suam dalam bath tub dan masukkan kelopak bunga mawar, bunga melur, limau purut dan bunga-bunga yang lain yang Mommy suka. Kalau nak ganti air dengan susu pun elok.
  2. Ramaskan sedikit kesemua bahan-bahan dalam air tetapi jangan kuat sangat pula. Kalau nak masukkan minyak aromatheraphy beberapa titis pun boleh.
  3. Rendamkan badan dalam air bunga ini sambil gosok-gosok kelopak bunga dan potongan limau purut di badan.

Bila dah siap, bergantung kepada keselesaan Mommy sama ada nak bilas atau tak ya. Jika Mommy letak susu, sebaiknya bilas lah ya.

Kredit gambar: istockphoto

8. Sauna

Sekarang ni, tak perlu dah ke pusat rawatan kecantikan untuk buat rawatan sauna. Banyak dah sauna portable yang dijual sekarang, boleh buat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ada yang letak daun pudina, uncang teh, kelopak bunga, bunga citrus dan macam-macam lagi dalam tab sauna ni supaya khasiat dan baunya menyeliputi tubuh dengan wap sauna. Wangi dan segar lah tubuh nanti!

Diri Pasti Lebih Tenang, Segar dan Bertenaga

Kredit gambar: istockphoto

Haa…tak susah pun kan nak jaga dan segarkan diri dari rumah? Kalau Mommy ikuti petua-petua kecantikan homemade ni, tentu lain kali Mommy akan buat lagi lepas rasai kesannya.

Sekiranya Mommy risaukan anak-anak, apa kata buat perjanjian dengan encik suami untuk benarkan Mommy manjakan diri satu hari di rumah, dan biarkan suami yang menjaga anak-anak? Pasti lebih seronok dan Mommy pun akan rasa lebih tenang, badan lebih segar dan bertenaga!


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!