Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Mengurangkan Stress Kehidupan Suri Rumah Yang Mencabar

Cara Mengurangkan Stress Kehidupan Suri Rumah Yang Mencabar

Kredit gambar: istockphoto

Sebagai seorang suri rumah, ada anak mahupun tidak, kehidupan dan keadaan emosinya tak sama seperti mereka yang berkerja.

Masyarakat mungkin fikir, alah…duduk di rumah je pun, apa yang nak stress nya?

Tak semudah itu kan Mommy? Duduk di rumah ni bukan goyang kaki je. Kalau ada pembantu pun, ada je kerja lain yang nak kena buat.

5 Cabaran Menjadi Seorang Suri Rumah

Banyak cabaran menjadi suri rumah ni, antaranya:

#1. Kurang masa untuk diri sendiri

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Eh…duduk di rumah pun tak ada masa ke?

Mesti Mommy yang menjadi suri rumah pernah dapat soalan macam ni kan? Hanya mereka yang menjadi suri rumah je faham rasa macam mana bila ditanya soalan macam ni.

Bayangkanlah, dah siap membasuh pakaian, nak jemur lagi. Dah kering, nak angkat dan lipat serta seterika lagi. Itu baru berkaitan dengan pakaian. Belum yang lain-lain lagi.

Biasanya tak sempat pun nak buat semua kerja rumah dalam masa sehari. Apatah lagi nak ada masa untuk goyang kaki.

#2. Emosi kurang stabil

Kredit gambar: istockphoto

Bila asyik duk buat rutin yang sama hari-hari, ditambah pula dengan stress melayan kerenah anak-anak, memang terganggu kan emosi kita ni Mommy?

Motherhood faham sangat lah. Baru nak selesai satu perkara, ditambah pula dengan yang lain. Itu tak kira kalau kita kurang sihat lagi.

#3. Sering dipandang rendah dan tidak dihormati oleh segolongan pihak

Kredit gambar: istockphoto

Antara cabaran menjadi suri rumah ni, kita buatlah kerja banyak mana, terbaik macam mana pun, akan ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa, kita ni bukanlah setaraf dengan mereka yang berkerjaya sebagai contohnya.

Mommy ke mana je akan ada orang pandang rendah dan tidak menghormati pendirian Mommy.

#4. Kurang pergaulan dan pendedahan

Kredit gambar: istockphoto

Bila dah jadi suri rumah, memang tak sempat untuk kita bergaul dengan orang sekeliling sangat. Dah banyak kerja, nak jaga anak-anak pula tu.

Kesannya, kita memang akan kurang pergaulan dan pendedahan berbanding mereka yang berkerja dan bersosial.

#5. Badan sentiasa penat

Kredit gambar: istockphoto

Tanya je lah pada mana-mana suri rumah, badan mereka terasa cergas ke? Pasti ramai yang akan menjawab, setelah seharian menjaga dan menguruskan rumah, memang lenguh-lenguh dan kepenatan badan.

5 Langkah Untuk Kurangkan Stress Sebagai Suri Rumah

Orang kata, happy wife, happy life kan? Kalau Mommy sentiasa stress, ini pasti akan memberi kesan kepada rumah tangga dan keluarga Mommy.

Jom belajar macam mana nak kurangkan stress menjadi suri rumah ni:

#1. Cari masa untuk me-time

Me-time ni penting ya Mommy. Walaupun setengah jam, dah cukup untuk menguraikan kekusutan fikiran dan stress Mommy.

Berpakat dengan Daddy ya supaya Mommy boleh luangkan masa untuk diri sendiri.

#2. Dating sekali sekala

Asyik buat rutin sama je setiap hari. Kenalah ada escape sekejap. Meluangkan masa berdua dengan Daddy kadang-kadang tanpa sebarang kerja dan komitmen pasti akan membantu!

#3. Bangga dan bersyukur dengan gelaran suri rumah yang disandang

Ada kata-kata yang mengatakan bahawa, madrasah pertama seorang anak adalah ibunya.

Mungkin sekarang Mommy tak nampak lagi kesannya tapi percayalah, jika kita mendidik anak kita sendiri, hati akan lebih lega dan suka apabila anak membesar dengan baik.

Jika tiada anak sekalipun, percayalah Motherhood cakap bahawa Daddy pasti suka kalau pulang ke rumah letih-letih, Mommy ada menunggunya.

Posisi sebagai suri rumah ini mulia dan Mommy tidak perlu rasa kurang dengan berada di posisi ini.

#4. Dapatkan fresh air setiap hari

Walaupun menjadi suri rumah, tak semestinya 24 jam terperuk je. Ambillah masa dalam 15 minit ke untuk berjalan di sekitar rumah sambil menghirup udara segar.

Tak pun, bila Daddy dah balik kerja nanti, boleh ambil angin berjalan-jalan. Reset balik kekusutan tu!

#5. Bersenam setiap hari

Dalam nak memberi yang terbaik untuk keluarga, jangan lupa untuk jaga diri sendiri ya? Mommy memang kena cari masa untuk bersenam. Kalau tak, asyik tangguh-tanggguh dan tak jadi je.

Buatlah yoga atau zumba di rumah. Cuba buat setiap hari selama seminggu dan tengok kesannya.

Bantuan Dari Segi Kewangan Untuk Suri Rumah

Kerajaan kita mengiktiraf usaha mulia Mommy yang menjadi suri rumah ni. Mommy dah korbankan cita-cita Mommy dan berkhidmat untuk keluarga.

Tak ada sangat pendapatan untuk diri sendiri kan? Jadi kerajaan Malaysia menghulurkan Bantuan i-Suri untuk suri rumah iaitu pada kadar RM480 setahun.

Boleh tengok secara terperinci di sini dan cuba untuk memohon ya Mommy?

Suri Rumah Adalah Pekerjaan Yang Mulia

Mommy jangan sesekali rasa rendah diri ya menjadi suri rumah. Hanya mereka yang kuat fizikal, mental dan emosi je boleh berterusan menyandang gelaran ini.

Semoga Mommy sentiasa bersemangat dan kuat!


Ikuti pelbagai tips untuk kesihatan Mommy di SINI.