Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kes HFMD Melebihi Paras Kritikal di Kedah dan Pulau Pinang

credit: UmmuAyyashDotCom

Ibu bapa diminta agar tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekiranya mempunyai tanda-tanda jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Sehubungan itu, dua lagi sekolah termasuk sebuah sekolah di Georgetown yang sebelum ini hanya membabitkan kelas Tahun Satu hingga Tahun Tiga yang ditutup, telah diarahkan tutup sepenuhnya berikutan penularan wabak penyakit, tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Jumlah kes yang dicatatkan ketika ini ialah sebanyak 1,783 berbanding 1,691 pada hari sebelumnya.

jelas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri , Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin.

Highlighted

credit: DoktorBudak.com

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail menasihatkan kepada ibu bapa atau pengasuh yang mempunyai tanda jangkitan HFMD diminta supaya melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah selain memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa mereka ke tempat awam.

Beliau juga menegaskan bahawa tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan penyakit HFMD namun begitu bagi menghalang penularan virus ini, Jabatan Kesihatan Kedah menggesa orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska dan sekolah agar sentiasa menjaga kebersihan.

Apa itu HFMD? 

HFMD ialah satu penyakit yang disebabkan oleh virus dan gejala penyakit itu adalah demam, ruam (maculopapular dan vesicles) di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut dan lidah, serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).

HFMD disebabkan oleh jangkitan virus khasnya dari jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71) dan virus ini merebak antara pesakit melalui sentuhan dengan tangan atau permukaan yang dicemari najis. Ia juga boleh tersebar melalui air liur, najis atau rembesan pernafasan daripada mereka yang terjangkit.

credit: SirapLimau

Pencegahan Penyebaran HFMD

Cara terbaik untuk mengurangkan penyebaran mana-mana virus adalah dengan menjaga kebersihan tangan. Ajarkan anak anda kebiasaan mencuci tangan. Amalkan juga tips berikut untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga yang lain:

1. Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas makan, dan selepas keluar daripada tandas.

2. Elakkan berkongsi makanan, minuman, peralatan, tuala dan sikat gigi dengan orang lain.

3. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci.

4. Bersihkan mainan dan permukaan yang sering disentuh.

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!