Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Khasiat Bunga Telang Yang Baik dan Penting Untuk Kesihatan Tubuh

khasiat bunga telang

Kredit gambar: kesihatanalternatif.com

Bunga telang bukan sekadar digunakan sebagai bahan pewarna dalam makanan terutama jika hendak membuat nasi kerabu tetapi terdapat banyak khasiat bunga telang yang penting untuk kesihatan tubuh yang ramai tidak tahu.

Selain digunakan dalam masakan dan dijadikan sebagai teh herba, bunga telang ini juga boleh digunakan di dalam perubatan tradisional dan produk kosmetik.

Malah penggunaan bunga telang ini juga sangat popular terutama di kawasan pantai timur jika dibandingkan dengan kawasan di selatan tanah air.

Untuk mengetahui apakah kebaikan bunga telang ini, jom ikuti kupasannya di bawah!

Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan Tubuh

Highlighted


#1. Mampu Merawat Luka

Terdapat kajian yang dijalankan ke atas model haiwan, di mana didapati bahawa ekstrak biji dan akar bunga telang boleh menyembuhkan luka. Kajian ini menunjukkan ekstrak biji dan akar bunga telang apabila dimakan secara oral ataupun disapu sebagai ubat dapat menyembuhkan tiga jenis luka yang terdapat pada haiwan tersebut.

#2. Khasiat Bunga Telang Dalam Mengubati Sengatan Haiwan Berbisa

Khasiat bunga telang memberi manfaat kepada anda yang terkena sengatan haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking. Di India akar bunga telang telah digunakan di dalam perubatan tradisional mereka untuk mengubati pelbagai penyakit seperti mengubati patukan ular dan sengatan kala jengking.

#3. Bunga Telang Mampu Hilangkan Sakit Kepala

Bunga telang khasiat yang terdapat padanya juga dikatakan mampu mengurangkan gejala sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, kemudian masukkannya ke dalam kain, jadikannya merupai bentuk bantal dan lapikkan di bawah kepala sewaktu tidur.

#4. Merawat Masalah Cirit Birit

Kredit gambar: kulinerkota.com

Antara khasiat air bunga telang yang seterusnya adalah ia mampu merawat masalah cirit birit dengan cara merebus bunga tersebut lalu diminum.

#5. Mengubati Penyakit Bisul

Caranya adalah dengan mengambil beberapa kuntum bunga telang kemudian tumbuk dengan sedikit gula melaka. Bahan yang ditumbuk tadi ditampal di bisul. Ulang selama beberapa kali sehingga bisul tersebut menjadi kecut.

#6. Melebat dan Menghitamkan Rambut

Kredit gambar: www.halodoc.com

Kebaikan bunga telang yang seterusnya adalah ia turut mampu melebat dan menghitamkan rambut. Selain itu, ia juga boleh mengilatkan rambut dan dapat menyuburkan kulit kepala dan merawat masalah rambut gugur.

Cara-caranya adalah dengan meramas bunga telang di dalam air lalu cuci rambut anda dengannya sama seperti syampu.

#7. Dapat Menstabilkan Gula Dalam Darah

Bunga telang khasiat di dalamnya juga berupaya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis.

#8. Khasiat Bunga Telang Dalam Penjagaan Dalaman Wanita

Kredit gambar: jogja.genpi.co

Kebaikan bunga telang untuk wanita pula adalah ia dapat memperbaiki masalah kitaran haid agar lebih baik serta mengurangkan masalah keputihan.

Tidak hairanlah mengapa bunga telang sering dijadikan pilihan kerana ia bukan sahaja digunakan sebagai pewarna semulajadi dalam makanan, tetapi turut terkandung pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh.

Semoga dengan adanya perkongsian ini, anda akan dapat memanfaatkan sepenuhnya tanaman herba ini untuk kesihatan diri dan keluarga.


Ketahui khasiat bahan-bahan yang lain di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.