Perubahan dalam kehamilan memang tak dapat dielakkan. Antara perubahan ketara yang Mommy akan lalui adalah perut yang mengembang, penambahan berat badan, rahim yang membesar, morning sickness, ketidakstabilan emosi dan juga sakit belakang.
Tetapi Mommy mesti tak sangka ada juga perubahan badan yang mungkin Mommy tidak sangka dan terkejut apabila mengalaminya.
Memang tidak dinafikan perubahan sewaktu kehamilan ni berbeza-beza mengikut orang. Sebab tu Mommy jangan sama kan diri dengan ibu-ibu lain tau!
Jom tengok perubahan ketika hamil dan juga apa yang Mommy boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini.
Perubahan Yang Berbeza-beza
Highlighted
Semestinya, wanita akan melalui kaki bengkak, kulit jadi gelap terutamanya pada bahagian leher, ketiak dan juga antara betis. Pedih ulu hati, yeast infections, bau badan, rambut gugur dan macam-macam lagi lah.
Perubahan warna kulit yang paling common dalam kalangan ibu-ibu mengandung, adalah bahagian badan yang akan senang untuk jadi gelap—selalunya dekat kawasan pelipat macam celah peha & ketiak.
Jeragat dan tahi lalat akan jadi lebih gelap dan Mommy juga mungkin akan ada melasma, yang dipanggil sebagai “topeng kehamilan”.
Bagi Mommy yang berkulit lebih gelap, ianya lagi senang untuk nampak perubahan berbanding wanita yg berkulit cerah.
Tetapi Mommy jangan risau, seperti yang kita sebut tadi, kerana selalunya, ia akan pudar selepas kelahiran si manja.
Apa Itu Melasma?
Apa yang penting yang Mommy harus tahu tentang Melasma ni adalah, ia gangguan kulit di mana melanosit (sel penghasil warna) dalam kulit Mommy menghasilkan pigmen tambahan atas sebab tertentu.
Orang yang mempunyai lebih banyak pigmen dalam kulit mereka seperti orang Afrika, Afrika Utara, Timur Tengah, Latin atau Hispanik.
Asia, India, atau keturunan Mediterranean lebih berkemungkinan mengalami chloasma, kerana mereka secara semula jadi mempunyai pengeluaran melanin yang lebih aktif.
Simptom
Simptom melasma dalam kehamilan adalah tompokan atau tompok gelap pada dahi, pipi, dagu atau sekitar mulut Mommy.
Kawasan ini mungkin menjadi lebih gelap apabila terdedah pada matahari atau Mommy semakin hampir dengan masa untuk melahirkan si manja.
Tapi Mommy, melasma ni tak sakit atau buat kulit rasa gatal pun.
Punca melasma ni sebenarnya akibat perubahan hormon, terutamanya kerana lebihan hormon estrogen dan progesteron.
Selain itu, tompok-tompok gelap yang sering timbul di muka boleh menjadi lebih teruk sekiranya;
- terdedah kepada cahaa matahari
- penggunaan produk penjagaan kulit tertentu yang salah atau
- rawatan
- genetik
Satu lagi masalah biasa untuk wanita mengandung ialah jerawat! Ada yang breakout teruk dekat muka dan juga badan sampai rasa tak selesa. Jom kita tengok pula kenapa ini terjadi?
Sebab Berlakunya Jerawat Kehamilan
Jerawat yang teruk sering serang dalam minggu ke-6 kehamilan. Ini juga ada kena mengena dengan kenaikan hormon yang tinggi.
Hormon progesterone akan menyebabkan keluaran minyak berlebihan yang dinamakan sebum. Jika Mommy tak pernah lalui ini, Mommy sangat beruntung tau!
9 Cara Hilangkan Jerawat
Antara perkara yang Mommy boleh amalkan adalah:
- Gunakan pencuci muka yang lembut untuk kulit.
- Guna sabun mandi yang mempunyai bahan yang boleh lawan jerawat seperti tea tree oil dan madu.
- Elakkan cuci muka secara berlebihan.
- Elakkan memakai scrub atau memicit jerawat kerana nanti kulit akan menjadi lebih teruk.
- Gunakan pelembap.
- Pastikan muka sentiasa bersih dan cuci rambut secara rutin yang tetap, lagi-lagi bagi rambut yang mudah berminyak.
- Pastikan sarung bantal, tuala dan sebarang topi yang dipakai selalu bersih, dan biasakan diri untuk mencuci telefon dengan alcohol wipes.
- Pilih produk penjagaan kulit yang bebas minyak dan dilabel non-comedogenic atau non-acnegenic (diformulasi untuk tidak menaikkan jerawat).
- Elakkan stres, kurangkan pengambilan gula dan produk tenusu atau bijirin halus untuk membantu bersihkan kulit Mommy.
Sekarang Mommy pun dah aware dengan perubahan kulit yang sering berlaku ketika hamil ni kan.
Yang penting, Mommy cuba untuk maintain penjagaan kulit Mommy dan jika semakin teruk, dapatkan nasihat doktor.
Bagi kulit yang berjerawat, jangan pula Mommy ambil ubat isotretinoin semasa hamil. Bahaya tau! Dapatkan nasihat pakar dan guna produk-produk dengan bahan yang selamat sahaja.
Kredit: Skunko
Dapatkan tips kehamilan dan kesihatan Mama yang berguna DISINI.