Ibu, Bayi & Kanak Kanak

4 Tanda yang Menunjukkan Anda Seorang Mak yang “Selfish”!

selfish-mak

credit: YouTube

Adakah anda seorang mak yang “selfish”? Mestilah ramai yang cakap “eh, mana ada” kan? Biasalah kalau benda negatif macam ni memang takde orang nak mengaku. Tapi, hari ni saya nak kongsikan beberapa tanda yang menunjukkan awak tu mak yang pentingkan diri sendiri ataupun “selfish”. Bukannya apa, nak bagi kesedaran supaya tidak berlarutan dan memudaratkan anak-anak je nanti.

Highlighted

credit: Save Maine Schools

Tanda-Tanda yang Menunjukkan Anda “Selfish”.

Dapatkan barangan bayi berkualiti hanya di motherhood.com.my!

1. Suka Salahkan Anak-Anak

Hah, ni macam biasa dengar kan? Ada je sesetengah mak ni memang taknak mengaku kesalahan dia. Dia cakap lain, bila anak ikut cakap dia, eh eh anak-anak pulak yang kena marah.

Contoh;

Mak: Keluarkan ayam dari peti ais, mak nak masak.
Anak: *keluarkan ayam*
Mak: Eh kenapa tak keluarkan ikan sekali? Takkan tu pun nak cakap.
Anak: ………………………..
Biasa ke macam ni? Lain kali terangkan satu-satu. Kadang-kadang anak ni memang menurut perintah. Janganlah cepat melenting. Benda boleh bincang. Tak gitu?

2. Berdendam

Ha, jangan terkejut eh. Ada je mak yang jenis macam ni. Ada satu kes ni dia berdendam dengan anak sebab anak tak dapat ikut apa yang dia nak, sampai ke sudah duk ungkit. “Tu lah dulu, mak dah cakap, degil!”

Mak yang baik ialah mak yang sokong anaknya walau apapun keputusan yang anak tu buat. Tapi yang elok lah, takkan anak nak hisap dadah mak nak setuju. Gitu.

3. Terlebih sensitif

Ada pernah dengar kawan saya kena cubit sampai lebam sebab dia letak beg atas kereta mak dia, sebab mak dia cakap “nanti kereta dia calar”.

Sesetengah mak pulak tak boleh kalau anak lupa hari jadi atau tarikh-tarikh penting tapi bila dia sendiri lupa, eh takpe pulak. Tak ke selfish namanya tu. Mana boleh macam tu, sama-sama sayang, sama-sama la kena ingat. Sensitif ni untuk budak kecik je, dah besar dah ada anak, sudah-sudah la tu jadi sensitif.

Dapatkan barangan bayi berkualiti hanya di motherhood.com.my!

4. Kebahagian diri terletak pada anak-anak

Ha, yang ni bahaya. Ada tu sampai anak-anak tak boleh nak kejar cita-cita dan impian sendiri sebab mak suruh sambung kos lain, kerja benda lain. Ada yang sampai 4-5 tahun pun tak habis lagi belajar sebab mak suruh sambung kos medic, tapi anak taknak sebenarnya. Tapi sebab sayang mak, ikut je lah.

Pernah ke terfikir yang anak ni ada impian dia sendiri? Mana lah tahu kalau biar je anak kejar cita-cita dia, anak-anak mungkin akan jadi lebih berjaya?

Ha, amacam, ada kena pedas-pedas ke? Yela siapa yang makan cili dia la terasa pedas. Eh? Apa-apa pun kita sebagai mak ni kena la cermin dulu diri ni, ada teknik-teknik keibubapaan yang kita perlu tahu kalau nak anak ni jadi bagus. Jangan nak asyik melenting tak tentu pasal, ya? 🙂

Dapatkan barangan bayi berkualiti hanya di motherhood.com.my!