Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Mengapa Momcozy Menjadi Pilihan Mommy Moden

Momcozy Air 1 Ultra-Slim Breast Pump

Ada satu momen yang pasti Mommy boleh relate.

Mommy sedang separuh jalan mengepam susu, telefon pula tak henti-henti berbunyi dengan emel masuk, anak kecil tiba-tiba perlukan mama sekarang juga, dan kopi di tepi meja dah sejuk… lagi sekali.

Dalam hati mesti terdetik, “mesti ada cara yang lebih mudah.”

Bukan sempurna. Bukan estetik. Cuma… lebih mudah.

Sebab selalunya, bukan satu perkara besar yang membuatkan hari terasa huru-hara, tetapi perkara-perkara kecil yang kita ulang setiap hari tanpa sedar.

Dan bila ada sesuatu dalam rutin itu yang terasa sedikit lebih ringan, sedikit lebih mudah untuk dilalui, Mommy pasti akan perasan.

Itulah sebenarnya yang menjadikan Momcozy begitu dipercayai.

Dengan memberi perhatian kepada detik-detik kecil dalam rutin harian seorang Mommy, jenama ini berjaya meraih kepercayaan Mommy sehingga menerima pengiktirafan di Motherhood Choice Awards 2026 bagi kategori Pam Susu Boleh Pakai Terbaik (Best Wearable Breast Pump).

Direka Berdasarkan Kehidupan Sebenar

Highlighted


Penyusuan bukan sekadar untuk mengisi perut si manja yang lapar.

Ia melibatkan segala perkara di sekelilingnya — jadual yang perlu diatur, proses persediaan, gangguan yang datang tanpa diduga, dan keperluan untuk sentiasa menghentikan apa yang sedang dilakukan hanya untuk duduk diam.

Di sinilah pam susu boleh pakai benar-benar mengubah pengalaman Mommy moden.

Sebab itulah Momcozy turut menerima pengiktirafan di Motherhood Choice Awards 2026 untuk kategori Pam Susu Boleh Pakai Terbaik.

Tidak lagi perlu terikat pada soket elektrik atau duduk di satu tempat sahaja, pam susu jenis ini membolehkan Mommy bergerak, melakukan pelbagai tugas serentak, dan meneruskan rutin harian tanpa mengorbankan keselesaan atau keberkesanan.

Seperti banyak perkara lain dalam kehidupan seharian, kelegaan yang paling besar bukanlah apabila beban berkurang, tetapi apabila kita masih mampu meneruskan rutin tanpa rasa “terbeban”.

Dalam rangkaian produknya, Momcozy Air1 Ultra Slim Breast Pump menyerlah sebagai pilihan kegemaran ramai Mommy yang sedang mengharungi rutin harian.

Ringan, tidak mudah disedari dan direka untuk kemudahan, ia sesuai digunakan dalam rutin harian mama dengan hayat bateri sehingga 5 hari penggunaan.

Tak perlu setup yang rumit, ada banyak pilihan yang boleh disesuaikan ikut keselesaan si ibu tanpa rasa serabut, dan paling best, tidak bulky untuk dibawa ke mana-mana.

Apa yang Kami Suka

Apa yang paling menyerlah tentang Momcozy bukan sekadar produk yang mereka hasilkan, tetapi pemahaman mereka bahawa sokongan untuk seorang Mommy tidak sepatutnya terhenti pada satu fasa sahaja, kerana setiap peringkat dalam perjalanan keibuan hadir dengan cabarannya yang tersendiri.

Ia hadir menyokong Mommy sepanjang perjalanan keibuan, daripada rasa tidak selesa ketika hamil, pemulihan selepas bersalin, sehinggalah malam-malam yang panjang dan sukar dijangka.

Setiap produk direka untuk membantu menjadikan setiap langkah dalam perjalanan ini terasa lebih mudah untuk diuruskan.

Kerana pada akhirnya, ia bukan sekadar tentang kemudahan. Ia tentang meletakkan keutamaan kepada Mommy.

Dipercayai Oleh Mama

Sudah tentu, lain rasanya bila kita bercakap tentangnya, tetapi lebih bermakna apabila mendengarnya sendiri daripada para ibu yang benar-benar menggunakannya dalam rutin harian mereka.

Jom lihat apa kata mereka!

Di Mana Boleh Dapatkan?

Menjadi seorang Mommy datang dengan pelbagai cabaran, dan walaupun tidak semuanya boleh dipermudahkan, memiliki sokongan yang tepat di sisi boleh memberi perubahan yang bermakna.

Selain pam susu boleh pakai, Momcozy turut menyokong Mommy melalui pelbagai keperluan yang direka dengan penuh teliti, daripada bantal kehamilan dan nursing bra, sehinggalah pakaian pemulihan selepas bersalin dan baby carrier, semuanya dicipta untuk memudahkan rutin harian tanpa menambah kerumitan.

Jika Mommy sedang mencari sesuatu yang mudah disesuaikan dengan rutin harian, produk Momcozy boleh didapati secara dalam talian (http://sea.momcozy.com, Shopee, Lazada, TikTok Shop atau Amazon) serta di rangkaian runcit terpilih yang sah.


Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai informasi tentang keibubapaan dan kesihatan di SINI!