Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Meruang (Vaginal Douching) Adalah Tidak Normal, Stop Tau Mommy!

Vaginal douching atau meruang adalah amalan mencuci faraj dengan cecair lain.

Bahan yang digunakan untuk meruang faraj boleh didapati dalam bentuk campuran sedia ada, yang paling lazim melibatkan air bercampur dengan cuka, serbuk penaik, atau iodin.

Pastinya, kebanyakkan wanita masih belum cakna tentang keburukan apabila melakukan vaginal douching. 

Tahukah anda, faraj wanita sudah mempunyai lendir yang bertindak sebagai agen pembersih semulajadi.

Apakah itu meruang faraj?

Highlighted


Meruang atau douching diambil dari perkataan asal douche yang berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud sebagai mencuci atau merendam.

Ia merupakan kaedah untuk mencuci faraj, yang kebiasaannya menggunakan campuran air bersama cuka.

Manakala douches yang dijual di kedai ubat dan pasar raya pula mengandungi antiseptik serta tambahan wangian. Ia dijual dalam botol atau beg yang disemburkan ke dalam faraj melalui tiub yang disediakan.

Sebab mengapa ramai wanita melakukan teknik meruang? 

Antara alasan umum wanita menggunakan teknik meruang adalah termasuk:

  • Menghapuskan sebarang bau yang tidak menyenangkan
  • Mencegah kehamilan
  • Membasuh darah haid selepas haid
  • Membasuh air mani selepas hubungan seksual
  • Mengelakkan jangkitan seksual

Namun, teknik meruang sebenarnya tidak memberikan kesan yang baik seperti yang dinyatakan.

Kesan sampingan melakukan teknik meruang 

Doktor pakar tidak mengesyorkan para wanita menggunakan produk meruang. Faraj Mommy sebenarnya boleh mengekalkan keseimbangan pH secara semula jadi malahan mempunyai bakteria atau flora faraj yang membantu menghindari jangkitan dan menghalang kerengsaan.

Sekiranya Mommy mengurangkan jumlah bakteria yang sihat dalam faraj anda, bakteria bermasalah mungkin berkembang sekali gus menyebabkan jangkitan, kerengsaan, dan komplikasi yang lebih serius.

Sekiranya Mommy meruang, Mommy mungkin menjejaskan persekitaran semula jadi faraj dan bakal mendapat kesan sampingan yang boleh menjadi serius.

1. Masalah kehamilan 

Wanita yang meruang secara rutin lebih cenderung mengalami kelahiran awal, keguguran, dan komplikasi kehamilan yang lain. Penggunaan bahan meruang juga boleh menyebabkan kehamilan ektopik dan mungkin mempunyai masa yang sukar untuk hamil.

2. Jangkitan

Keseimbangan bakteria yang sihat menghalang bakteria bahaya faraj daripada pertumbuhan yang berlebihan. Namun, penghapusan keseimbangan semulajadi ini boleh mengakibatkan bakteria berkembang dan menyebabkan jangkitan merbahaya seperti bacterial vaginosis.

Meruang boleh menyebabkan jangkitan yang sedia ada bertambah teruk. Sekiranya Mommy meruang ketika mempunyai jangkitan vagina, jangkitan tersebut boleh tersebar ke kawasan sekitar faraj.

3. Penyakit keradangan pelvik (PID)

Ini adalah jangkitan yang berkembang di organ-organ reproduktif. Kebanyakan kes PID disebabkan oleh jangkitan kelamin (STI). Meruang meningkatkan risiko PID dan kesukaran untuk hamil sebagai komplikasi.

4. Jangkitan “cervicitis”

Jangkitan ini adalah keradangan serviks. Seperti PID, “cervicitis” sering disebabkan oleh STI, tetapi wanita yang meruang juga lebih cenderung untuk mengalami keadaan ini.

5. Kerengsaan faraj

6. Kanser serviks 

Meruang sekurang-kurangnya sekali seminggu mungkin mengakibatkan risiko untuk perkembangan kanser serviks.

Cara selamat untuk membersihkan faraj 

Teknik untuk membersihkan faraj Mommy adalah seperti yang berikut:

  1. Dengan satu tangan, bentuk “V” dibuat dengan dua jari pertama Mommy untuk menahan kulit luar dan menyebarkan lipatan faraj anda.
  2. Gunakan air suam dan percikan secara perlahan-lahan pada kawasan tersebut untuk beberapa kali. Basuh dengan sabun lembut jika Mommy mahu menggunakannya.
  3. Jangan gosokkan lipatan dengan kasar dan elakkan daripada memasukkan sabun ke dalam vagina!
  4. Bilas kawasan tersebut secara perlahan-lahan dengan air sehingga semua tiada kesan sabun.
  5. Lap kawasan yang dicuci dengan menggunakan tuala yang bersih.

Jangan gunakan pencuci atau pembersih untuk melakukan vaginal douching kerana akan memberikan kesan bahaya kepada faraj Mommy.

Berhenti dan elakkan melakukan meruang sekarang!

Semoga info ini berguna dan memberi manfaat kepada semua wanita di luar sana tentang bahaya vaginal douching.


Dapatkan lebih banyak info dan tips yang berguna untuk ibu di SINI.